jump to navigation

PAS Perlu Kepimpinan Progresif April 12, 2007

Posted by ummahonline in Surat Pembaca.
trackback

Oleh: Abu MujahedSaya hanyalah seorang ahli Pas sejak tahun 1993 yang tidak punya apa-apa jawatan dalam parti. Saya amat risau dengan prestasi Pas sejak Tuan Guru Abdul Hadi Awang memimpin Pas. Jauh bezanya jika hendak dibandingkan dengan kepimpinan Almarhum Ustaz Fadzil Noor.

Kerisauan saya bertambah setelah saya mendengar ura-ura pihak tertentu untuk mencalonkan Ustaz Harun Taib sebagai Timbalan Presiden pada pemilihan Pas tahun ini. Saya amat bimbang dengan gabungan Hadi dan Harun ini sekiranya ianya menjadi kenyataan. Sudah pastilah bertambah keras imej Pas di mata masyarakat. 

Saya yang tidak berpelajaran ini mengerti bahawa politik itu adalah persepsi. Sudahlah persepsi Pas begitu buruk sejak Ustaz Hadi memimpin Pas, ianya akan bertambah negatif dengan terbentuknya gandingan bersama Ustaz Harun Taib.

Sebagai ahli di peringkat akar umbi, saya amat berharap sekiranya Ustaz Hadi memilih untuk tidak kekal sebagai Presiden dalam pemilihan tahun ini dengan memberi laluan kepada calon Presiden yang berketrampilan sederhana dan progresif seperti Almarhum Ustaz Fadzil.

Bagi saya, Ustaz Hadi wajar meletakkan kepentingan Pas untuk diterima majoriti rakyat jauh mengatasi daripada kepentingan peribadi untuk kekal sebagai Presiden. Jika beliau mampu berbuat demikian, saya mengesyorkan supaya kepimpinan Pas memilihnya sebagai Mursyidul Am yang baru bagi menggantikan Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang selalu uzur.

Suatu bentuk kepimpinan yang progresif perlulah diketengahkan dalam pemilihan Pas tahun ini bagi memacu pertumbuhan drastik Pas. Ingatlah bahawa Pas adalah sebuah parti politik yang bercita-cita untuk menang pilihanraya, justeru, bergeraklah sebagai sebuah parti politik.

Jika tidak, ubahlah gerak kerja Pas menjadi sebuah NGO seperti ABIM.

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: