jump to navigation

Penstrukturan Semula Organisasi PAS April 14, 2007

Posted by ummahonline in Surat Pembaca.
trackback

Oleh: Mohamad Ridhwan Bin Alias

Jika orang bicara tentang mengubah sistem, maka ia tentunya amat sukar sekali untuk merealisasikannya. Apapun kita boleh mendengar pendapat mereka.

Di pihak saya, ini merupakan beberapa cadangan saya ke arah memperkasakan kepimpinan ulama yang terdapat dalam PAS.

1. Majlis Syura Ulama (MSU)

Jadikanlah MSU sebagai teras ideologi dimana fatwa dan peraturan dibincangkan dan keputusan dasar gerakan islam diperakukan. Luas keanggotaan MSU kepada 24 orang (maksima). 15 orang dipilih dalam muktamar dan selebihnya dilantik oleh dewan ulama, dewan pemuda dan muslimat. Seperti cadangan Dr Harun Din, biarlah ia dipilih terus oleh sidang muktamar. Syarat anggota MSU dikekal tetapi usia biarlah 40 tahun ke atas. Ahli Dewan Ulama tidak disyorkan menjadi MSU, ditakutkan berlakunya pertindihan tugas.

Selepas pemilihan, MSU haruslah melantik Mursyidul AM, Timbalan dan Naib mursyidul Am. MSU harus mempunyai kuasa melantik Jawatankuasa Pusat termasuklah Presiden, Timbalan dan Naib Presiden PAS. Muktamar pemilihan dilakukan lima tahun sekali.

MSU harus mempunyai pejabat dan pegawai penyelidik. (seperti cadangan dewan pemuda PAS pusat) Dalam peringkat negeri, Jawatankuasa Syura Ulama(JSU) negeri wajar diwujudkan. Keanggotaan seramai 9 orang. 5 orang dipilih melalui konsvesyen Bahagian-bahagian Pas negeri dan 4 dilantik oleh MSU. Peranan JSU ialah mengawal PAS negeri dan membuat keputusan peringkat negeri.

2. Jawatankuasa Pusat (Parti politik)

Dilantik terus oleh MSU. Berperanan melaksanakan tugas pentadbiran politik. Terdiri daripada Ulama dan profesional. Pelantikan Jawatankuasa Pusat dan jawatan seperti presiden akan dibuat 3 tahun sekali.

Bagi dewan ulama, pemuda dan muslimat. Pemilihan secara pertandingan masih diadakan 3 tahun sekali.

3. Dewan Ulama

Peranan Dewan Ulama (DU) harus diperjelaskan lagi. DU harus memperkasakan usrah. Setiap bahagian harus mempunyai kuliah agama mingguan(seakan-akan majlis ilmu di Masjid Rusila) oleh tokoh DU dan MSU. Setiap anggota diwajibkan berusrah.

4. Usrah

PAS harus mengamalkan sistem berasaskan usrah. Setiap anggota harus komitmen dengan kumpulan usrah masing-masing. Usrah terbahagi kepada usrah muslimat, usrah keluarga(bagi yang berkeluarga), usrah pimpinan(pemuda dan mahasiswa). Setiap bahagian mempunyai Jawatankuasa Usrah. Ahli Usrah kepada Naqib kepada Ketua Naqib (peringkat DUN) kepada Amir Jawatankuasa Naqib Bahagian atau parlimen kepada jawatankuasan Urusan Ulama Bahagian kepada Dewan Ulama Negeri. Usrah bukan tempat perbincangan politik tetapi tarbiyyah berasaskan ilmu.

Setiap bulan, usrah gabungan perlu dilakukan. Pilih satu masjid kampung untuk melakukan aktiviti kebajikan. Jemput masyarakat setempat dalam aktiviti.

5. NGO: Reformasi Peranan PAS

Pas harus mempunyai NGO bagi memperkasakan isu-isu rakyat seperti hak asasi, kepenggunaan, petempatan rakyat, kemiskinan, pekerja dll. Peranan PAS akan dikecilkan tetapi disatukan oleh MSU atas nama gerakan islam (PAS boleh diNGOkan sebagai Ikhwanul Muslimin Malaysia).

a. PAS sebagai parti politik(sayap politik).
b. Yayasan AMAL sebagai pertubuhan kebajikan dan perubatan.
c. NISA sebagai remaja perempuan Islam.
d. Yayasan Kebajikan Muslimat bagi perempuan mantan ahli al NISA.
e. Yayasan Kebajikan Pekerja Muslim.
f. IMPAK untuk petempatan rakyat dan pengguna perlu bersuara lantang.
g. Usrah Kebajikan Profesional (UKP) perlu direalitikan, jangan bersembunyi lagi. Contohilah HALUAN dan ISMA. Setiap bahagian atau daerah harus mempunyai jaringan UKP. Wajibkan pimpinan mahasiswa Islam seluruh IPT menjadi ahli. Jadikan ia alumni pimpinan mahasiswa Islam IPT.
h. GAMIS dijadikan sayap Usrah Kebajikan Profesional.
i. Persatuan Amal Perubatan Ibnu Sina sebagai agensi bantuan perubatan.

Inilah lima cadangan. Hanya pandangan kecil yang tidak menggugah kuasa parti.

 

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: