jump to navigation

Haji Hadi Dipecat Daripada Jawatan Presiden? April 19, 2007

Posted by ummahonline in Surat Pembaca.
trackback

Oleh: Mohamad Ridhwan Bin Alias

Setiap orang ada pendapat. Mahu meluahkan pendapat bagi menyejukkan hati masing-masing. Pertelingkahan pendapat itu biasa, tetapi yang tidak biasa ialah cara kita menerima pendapat. Ada orang membicarakan agar Tuan Guru Haji Hadi dilucutkan daripada jawatan presiden dan diberikan kepada golongan profesional.

Itu cadangan yang bagus tetapi persoalan yang timbul, adakah ia akan menyelesaikan masalah? Adakah PAS akan diterima rakyat dan UMNO. Tidak sebenarnya! Jika Rasulullah SAW tidak diterima orang, apatah lagi manusia yang bernama Abdul Hadi Awang.

Jika Ustaz Nasarudin Mat Isa, Husam Musa, Hatta Ramli dan Saari Sungip menjadi Presiden PAS, orang tidak akan memandang PAS pun kerana itu fitrah perjuangan Islam yang tidak disukai orang. Islam adalah agama yang dagang dan tidak disukai oleh majoriti orang disebabkan kejahilan mereka dan kelemahan dakwah kita.

Ustaz Nasarudin sendiri, saya rasakan masih belum layak dari segi pengaruh akar umbi dan kecekapan pentadbiran. Husam Musa sibuk dengan kerajaan negeri. Dr. Hasan Ali masih dengan imej orang asing (mungkin bersara daripada politik apabila Sabha kembali bangkit).

Pemimpin profesional lain tiada kemampuan. Regu pimpinan Nik Aziz-Haji Hadi-Fadzil Nor masih dicari. Fadzil Noor dah pergi, Nik Aziz sedang menanti. Siapakah diantara pemimpin PAS yang bakal membentuk regu ulama ini. Tokoh-tokoh ABIM seperti Dr. Siddiq Fazdil sepatutnya dijemput memperkasakan pimpinan PAS.

Pimpinan Ikhwanul Muslimin selepas Hasan al Banna seperti Umar Tilmisani, Mustafa Masyhur, Hasan Hudaibi semuanya profesional, tetapi ikhwan masih gagal untuk bangkit di Mesir. Dengarlah sahabat, sedikit sahaja yang mampu bertahan dalam perjuangan Islam sedangkan di sekeliling kita penuh materialistik. Ustaz Nakhaie Ahmad tewas walaupun ia adalah seorang ideolog PAS, Naib Presiden PAS dan orang harapan Ustaz Fadzil Noor. Ustaz Latif Besut dan Ustaz Ghazali Losong tewas walaupun ia tokoh ulama PAS yang banyak mencaci UMNO.

Berkata Hasan al Banna “Jika kamu berpaling dari kami dan berhenti dari amal ini, maka tidak ada lagi hubungan antara kita walaupun ketika itu kamu mengetuai kami dan mendapat gelaran-gelaran dan pangkat yang tinggi. Allah akan menghitung pengunduran kamu dari amal ini dengan hitungan yang ketat. Oleh itu pilihlah untuk dirimu apa yang kamu dampakan dan kami berdoa kepada Allah agar diberikan hidayah dan taufik kepada kita.”

Masalah lemahnya Haji Hadi dan tidak bersama rakyat (makan bersama rakyat, pakai pagoda) bukanlah masalah besar. Paling penting orangnya berilmu yang boleh memberi panduan. Untuk berdakwah dan melaksanakan agenda politik Islam adalah tugas kita semua. Orang lemah macam Haji Hadi dan orang tua macam Nik Aziz apalah sangat kudrat mereka tetapi ketinggian ilmu mereka melayakkan mereka memimpin kita.

Justeru isu lapuk macam pertembungan ulama dan profesional tak usahlah dimainkan. Tugas kita masih banyak dalam perjalanan menuju sebuah negara Islam. Pimpinan PAS seperti Roslan SMS dan pendokongnya tidak perlu pendek akal dalam persoalan ini.

Secara imiginasi adakah ini kepimpinan PAS pasca Nik Aziz?:

Untuk pro ulama:

a. Mursyidul Am- Dr. Harun Din
b.Timbalan Mursyidul Am- Ishak Baharum
c.Naib Mursyidul Am- Abdul Ghani Samsudin (atau Taib Azzamuddin-si Tok Imam)
d.Presiden- Tuan Guru Abdul Hadi Awang
e.Timbalan- Ustaz Nasarudin (saya lebih menyukai Abdul Ghani Samsudin PUM)

Untuk pro profesional

a. Mursyidul Am- Dr. Harun Din
b.Timbalan Mursyidul Am- Tuan Guru Abdul Hadi Awang
c.Naib Mursyidul Am- Ishak Baharum
d.Presiden- Ustaz Nasarudin (secara peribadi saya lebih menyukai Husam Musa atau Saari Sungip)
e. Timbalan –Saari Sungip (atau Khalid Samad)

Walau bagaimanapun, saya ingin tegaskan bahawa saya bukan anti Ustaz Nasarudin dan mana-mana pemimpin PAS. Aku pendokong Gerakan Islam (termasuk tabligh) dan menyokong pihak yang inginkan kebenaran

Akhir, nasihat saya, “Jadikan semangat Ikhwanul Muslimin meleraikan aliran wahabi, salafi, tereqat, syiah, kaum muda dan kaum tua di antara kita… Islam itu mudah dan sederhana”

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: