jump to navigation

Jangan Eksploitasi al-Qaradhawi! April 24, 2007

Posted by ummahonline in Surat Pembaca.
trackback

Oleh: Sahwah

Terdapat persoalan yang harus ditimbulkan buat masa ini, iitu terhadap aliran mutasallif. Selaku peminat setia, penulis merasa terpanggil untuk memberikan sedikit respon terhadap golongan mutasallif yang kerap kali mempergunakan nama Dr. Yusuf al-Qaradhawi, kononnya aliran tersebut mengambil manhaj pemikirannya.

Hakikatnya tidak, bahkan di dalam kitab-kitab beliau, banyak menyelar aliran tersebut. Mengapa Dr. Yusuf al-Qaradhawi dipilih untuk dipergunakan semata-mata meraih sokongan Islamis? Mungkin bagi perkiraan peribadi, mereka mempergunakan nama Dr. Yusuf al-Qaradhawi sebagai seoarang tokoh global, mudah-mudahan orang ramai akan terpedaya dengan mereka atas nama al-Qaradhawi. Dalam erti kata lain, ‘menjaja nama al-Qaradhawi’.

Mungkin bagi sahabat-sahabat yang kurang menyelidik dan mempunyai karangan-karanagan beliau, terus mempercayai itulah manhaj al-Qaradhawi. Justeru terpesona dan terpedaya. Ini dibuktikan dengan tulisan seorang tokoh ummah centric “…sewaktu inilah muncul seorang anak muda graduan Jordan. Dengan membawa fahaman Salafiyyah ala Dr Yusuf al-Qaradawi yang serba moderat…” (Sila baca: Asrisme dan Hizbut Tahrir: Fenomena Dakwah IPT, Mazlee Malik).

Sewaktu ini jugalah penulis ingin menyangkal dakwaannya yang menjaja nama al-Qaradhawi. Langkah ini diambil semata-mata ingin memelihara amanah ilmu dan membersihkan nama ulama’ agung masakini. Dr. Yusuf al-Qaradhawi mengatakan di dalam kitabnya;

Pertama; Kezaliman puak Salafiyyah

Sesungguhnya kalimah salafiyyah telah dizalimi oleh segolongan manusia yang mereka mengaku mereka adalah salafi. Mereka seolah-olah hanya menumpukan perdebatan sekitar masalah ilmu kalam, ilmu feqh, ilmu tasawwuf. Mereka hidup dengan itu siang malam mencanang mereka yang bercanggah pendapat dengan mereka (terhadap masalah-masalah tadi).

Sehinggalah tergambar difikiran sesetengah orang bahawa manhaj salaf adalah manhaj yang suka berdebat. Tidak jadi manhaj yang membina, bekerja….Adapun kebejatan mereka, yang mereka sifatkan mereka adalah salafiyyah, hakikatnya mereka adalah raj’iyyah (undur) kerana banyak memikirkan memandang kebelakang, tidak maju kehadapan. Mereka hanya menyandarkan dakwaan salafiyyah mereka adalah ikutan manhaj Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim. (Sila rujuk: Dr Yusuf al-Qaradhawi, Awlawiyyatul Harakatul Islamiah atau terjemahannya, konsep keutamaan di dalam gerakan Islam, m/s 99, cetakan Maktabah Wahbah Kaherah).

Kedua; Kumpulan Salafiyyin

Mereka terlalu harfiyyah pada pemahaman nas-nas syara’…perkara ini sama sekali bercanggah dengan prinsip Ibn Taimiyyah.

Salafiyyun Albaniyyun. Terbentuk atas pemikiran Syeikh Nasiruddin al-Albani. Mereka memerangi mazhab dan memerangi taqlid. Memerangi menyertai mazhab tertentu walaupun bagi orang awam. Pada masa yang sama pengikut-pengikutnya taqlid terhadap pendapatnya (Syeikh al-Albani).

Maka jadilah mereka mazhab yang kelima. Mereka berpegang pendapat aku betul, tiada kesalahan pun. Dan pendapat lain salah tiada yang betul. Dan banyak dikalangan pemuda-pemuda yang hanya membaca beberapa kitab, khasnya ilmu hadith. Kemudian merasakan mereka telah menjadi boss di dalam urusan ilmu. Mereka mendakwa diri mereka mampu berijtihad untuk agama. Padahal bahasa Arab nahu dan sarfnya pun tidak lepas lagi.

Kalaulah ditanya i’rab suatu ayat, mereka tidak mampu menjawab dengan baik! Dan mereka tidak belajar dengan konsisten ilmu usul feqh…kata Imam al-Zahabi “orang seperti ini seolah-olah ingin terbang tapi tiada bulu”(Sila baca: Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Sahwah Islamiyyah minal Murahaqah ilar Rusydi, m/s 203-205).

Hakikatnya ada banyak lagi komen Dr. Yusuf al-Qaradhawi terhadap aliran cacat ini. Jika penulis mampu, penulis akan dedahkan lagi pandangan al-Qaradhawi.

Justeru, wahai mutasallifin semua, tolong jangan jual nama Syeikh kesayangan kami. Kalian hanya menyonteng arang di muka ulama’ kami termasuk Ibnu Taimiyyah yang kami sanjungi.

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: