jump to navigation

Apakah Kita Membantu Ekonomi Ummah? Mei 3, 2007

Posted by ummahonline in Surat Pembaca.
trackback

Oleh: Latifah Abdul Wahab

Bercakap mengenai ekonomi ummah, adakalanya kita terlopong mendengar ceramah dari promoter barang-barang keluaran baru yang bukan sahaja berlogo halal JAKIM malah dibuat oleh 100% orang Islam. Sering saya terfikir zaman dahulu sebelum logo halal JAKIM dikuatkuasakan, iaitu sekitar pertengahan tahun 80an berbagai jenis keluaran makanan orang melayu dapat dirasa.

Antaranya biskut lemak ala cream krakers buatan sebuah syarikat di Pahang, khabarnya sudah memberhentikan pengeluaran setelah tuan punyanya meninggal. Ada kacang bersalut coklat jenama ANA, ada banyak roti cap orang melayu paling tersohor keluaran arwah al-arqam. Kini sememangnya sudah semakin banyak keluaran orang Islam di pasaran tetapi lebih banyak ke arah produk herba dan makanan kesihatan. Sekarang ni musim kopi segera, dari kopi radix jenama HPA, kopi cengkudu jenama Sureco, Ali cafe, kopi jantan, kopi larat, kopi merah, kopi CNI hingga ke kopi capucino berbagai cap.

Trend produk gamat semakin laris hingga kehabisan stok. Jus kurma campur habbatus sauda, jus pegaga, jus NONI, jus rossel, jus madu becampur kismi, jus kismis minda dll. Cuma ‘sky juice’ sahaja yang masih percuma. Musim Susu IGG pun tak kurang hebat, dengar sahaja iklannya di radio. Yang campur tongkat ali untuk lelaki, yang campur kacip fatimah untuk wanita, yang campur dua-dua tak ada pulak.

Produk kecantikan tak kurang hebat. Lihat sahaja perbagai jenama yang saya tak menghafal, tapi selalu lihat iklan muka ala ‘plastik’ terpamer bersama produk yg diiklankan. Sudah ramai wanita menjadi duta dan pengusaha produk kecantikan sendiri. Tentu perkembangan ini amat membanggakan. Tetapi apakah semua barangan keluaran orang Melayu ini merupakan produk yang diperlukan atau produk mewah?

Keperluan harian seperti sabun basuh, pelembut pakaian, pencuci lantai,pencuci pinggan, ubat nyamuk, gula, susu cair, susu tepung, ikan sardin dan sebagainya masih kurang malah kita terpaksa membeli apa yang sahaja yang dijual di Pasaraya. Dilembah Kelang pernah saya temui dan membeli satu produk sabun basuh buatan orang Melayu tetapi setakat sekali pengeluaran sahaja. Kemudiannya syarikat sudah ‘bungkus’, produk yg diletakkan di kedai-kedai runcit menunggu simpati pelanggan yang sudi membeli. Yang boleh bertahan setakat ini saya lihat cuma sabun ‘freesia’ jenama HPA (MLM) dan terbaharu pencuci pinggan juga keluaran HPA.

Masalahnya bukan kita tak mahu beli produk orang melayu tetapi kita sukar menemuinya di kedai runcit apalagi di Pasaraya. Bagi syarikat yang memasarkan sendiri, masalahnya ialah ketidaktepatan masa, adakalanya produk habis dan pelanggan hampa kerana terpaksa mengunggu bekalan seterusnya yang tak tahu bila akan tiba. Bagi syarikat yang agak advance mereka menggunakan khidmat ‘orang tengah’ yg memasarkan produk-produk lain. Perkhidmatan orang tengah ini memang cekap terutama dari segi ketepatan masa penghantaran barangan.

Bilakah agaknya kita dapat memenuhkan dapur kita dengan barangan makanan dan bahan cuci jenama orang melayu/Islam? Pemintaan sudah ada tapi penawarannya masih lagi ditunggu tak tiba. Ummat Melayu lebih ghairah mencari down line untuk menjadi jutawan segera, yang dah jadi jutawan tak tahu pula hilang ke mana. Tak mahukah mereka sama sama membantu ekonomi ummah?

Sekian untuk difikirkan.

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: