jump to navigation

Muzik, Tak Sekadar Penghias Langit Peradaban Mei 6, 2007

Posted by ummahonline in Catatan Kaki, Kolum.
trackback

Oleh: Ekky Malaky

Kesenian, khususnya muzik, adalah salah satu unsur penting dalam peradaban. Dr. Yusuf Qardhawi sendiri pernah bilang bahawa muzik itu penting kerana berhubungan dengan naluri dan perasaan orang serta berfungsi membentuk bakat, perasaan, dan idealisme peribadi dengan berbagai wasilah yang sangat mengesankan baik yang biasa didengar, dibaca, dilihat, dirasakan, atau pun difikirkan.

Syeikh Qardhawi juga menyatakan bahawa seni itu mirip dengan ilmu pengetahuan. Ia boleh digunakan untuk kebaikan dan pembangunan, tetapi sekaligus boleh juga digunakan untuk kejahatan dan pengrusakan.

Menurut Syeikh Qardhawi yang beberapa kali datang ke Indonesia —salah satunya bertemu Dr Mohammad Natsir, mantan Perdana Menteri RI dan ketua umum Masyumi—ini, tujuan dari kesenian itulah yang menentukan hukumnya. Jika untuk urusan halal, seni menjadi halal. Jika digunakan untuk urusan haram, maka haram pula si ‘seni’ ini. Jadi, sebenarnya seni itu neutral-neutral saja.

Dalam sejarah kebudayaan Islam, muzik tidak sekadar menghiasi, bahkan berperanan penting dalam kehidupan. Ibnu Sina menulis satu bab khusus muzik dalam bukunya yang terkenal, al-Syifa. Al-Farabi bahkan membuat buku Kitab al-Musiqa al-Kabir dan teori-teorinya menjadi rujukan Barat hingga sekarang. Al-Ghazali menulis bab Sama’ (mendengar) pada buku magnum opusnya: Ihya Ulumuddin. Para sufi seperti Jalaluddin Rumi membuat muzik sebagai alat untuk mendekatkan diri pada Tuhan, dan disandingkan dengan tarian thawaf para sufi yang legendaris itu.

Gitar berasal dari pemikir Islam yang saat itu menguasai Sepanyol. Sam Bimbo, saat melakukan pembelaan terhadap pilihan bermuziknya yang memakai gitar, menyatakan bahawa gitar yang kita kenal sekarang sebetulnya berasal dari Arab yang kemudian dibawa ke Spanyol. Orang Arab mengenalnya di abad ke-14, mula-mula dengan empat senar. Di abad ke-15, gitar mengubah menjadi lima senar dan abad ke-19 menjadi 6 senar. Hal ini tercantum dalam Encyclopedia Britanica.

Muzik tidak dianggap sebagai pelengkap penyerta, atau hanya sebatas hiburan. Tetapi lebih dari itu, adalah media pesan, pembangunan dan wadah ekspresi dari kecerdasan emosional bahkan spiritual.

Berawal dari Phytagoras, filsuf dari masa Yunani Kuno, yang mempunyai filsafat bilangan. Muzik adalah bahagian dari filsafat bilangan. Saat itu, muzik adalah kegiatan intelektual. Phytagoras juga menyelidiki pengaruh muzik terhadap kejiwaan sudah menjadi perhatian tersendiri. Sehingga, ada sebahagian orang saat itu yang menjadikan muzik sebagai terapi atau pengubatan psikologis.

Thuwannas merupakan model muzik yang terkenal pada masa Khalifah Rasyidin. Dan, sebahagian sejarahwan menganggap model ini merupakan aliran muzik Arab pertama yang dikolaborasi dari seni muzik Persia. Namun ritme atau aluanan nada dalam muzik tersebut belum beraturan. Ketika Daulah Umayyah I (623–750M) memperluas kekuasaannya, masyarakat Islam pun mengalami asimilasi dua peradaban besar, yaitu peradaban Persia dan Bizantium, dan keduanya mewarnai muzik Arab yang berkembang saat itu.

Pada akhir abad ke-8 M, muncullah seorang ahli muzik bernama Ibnu Misjah. Setelah itu kaum Muslimin banyak yang mempelajari buku-buku muzik yang diterjemahkan dari bahasa Yunani, di antaranya pemikiran Phytagoras, dan India. Mereka mengarang kitab-kitab muzik baru dengan mengadakan penambahan, penyempurnaan, dan pembaharuan, baik dari segi alat-alat instrumen maupun dengan sistem dan teknisnya.

Beberapa di antaranya adalah Yunus bin Sulaimân Al-Khatîb (pengarang muzik pertama dalam Islam) yang menjadi rujukan teoritikus muzik Eropah, Khalîl bin Ahmad (pengarang buku teori muzik mengenai not dan irama), serta Ishâk bin Ibrâhîm Al-Mausully (memperbaiki muzik ‘Arab jâhilliyah dengan sistem baru lewat buku Kitab al-Alhan wa al-Angham, Buku Not dan Irama) yang dijuluki “Imam al-Mughanniyin” (Raja Penyanyi). Tokoh lainnya adalah Yahya bin Mansur Al-Mausuly (penulis teori muzik, terutama not huruf dan teori tari), Hunia bin Ishak (menyalin sejumlah teori muzik karangan dua filsuf Yunani, Plato dan Aristoteles,Problemata dan De Anima, serta menerjemahkan De Voce karya Galen), Tsabit ibnu Qurra, Muhammad ibnu Zakaria ar Razi, dan Qusta ibnu Luqa.

Di masa Daulah Abbassiah (752-1258 M) di abad ke-9, seorang filsuf bernama al-Kindi merasakan bahawa muzik saat itu jauh dari olahan nada dan alunan atau ritme-ritme muzik, sehingga muzik pada saat terasa tanpa nada tidak berirama. Ia pun lantas menggarap muzik secara proposional dengan berbagai pendekatan, termasuk estetika (filsafat keindahan). Dalam perkembangannya ia mencipatakan ilmu muzik dalam berbagai mediasi. Di antaranya menciptakan not balok, karakter muzik dalam berbagai irama, muzik dan kejiwan manusia dan berbagai tinjauan psikologis. Ia pun dikenal sebagai pakar muzik pertama di kalangan intelektual Islam, bahkan ia mendirikan akademik muzik pertama di dunia Islam. Dan, akademi ini pun dikembangkan leh Al-Farabi, Sang Guru Kedua (Mu’alimi al-Tsani) yang telah melahirkan buku Al-Kabir, yang mengeksplorasi tarik suara di dunia muzik.

Alkisah, Suatu hari al-Kindi berkunjung ke istana untuk melihat pergelaran muzik. Di tengah pergelaran ia mengkritik alunan muzik yang digelar tadi, “Muzik yang aku dengar tadi tidak menarik dan tidak berirama.” Kerana kritikan itu, sang khalifah yang ikut mendengarkan acara itu langsung angkat suara, “Kalau kau memang boleh, tunjukkan iramamu.” Dengan tenangnya al-Kindi menjawab, “Aku meminta tiga permohonan, jangan tertawa, jangan menangis dan jangan tertidur.” Ia pun langsung melantunkan biolanya. Pada muzik pertama semua tertawa mendengarkan alunannya. Pada muzik kedua mereka berlinang airmata.dan pada pertengahan alunan muzik ketiga al-Kindi meninggalkan mereka, kerana semuanya tertidur lelap.”

Dari berbagai penelitiannya, Al-Kindi membagi pengaruh muzik terhadap kejiwaan menjadi tiga bahagian:

1. Al-Taraby; ritme atau alunan muzik yang yang menghasilkan sebuah hiburan, sehingga membuat seseorang hanyut ke dalam perasaan senang dan penuh kegembiraan.

2. Al-Aqdaamii; ritme atau alunan muzik yang membawa perasaan seseorang ke dalam nuansa heroik, semangat dan keberanian.

3. <i.al-syajwa</i.al-syajwa: ritme atau alunan muzik yang dapat menghanyutkan jiwa seseorang dalam keharuan dan kesedihan serta kedukaan, bahkan menembus naluri spiritual seseorang.

Pembahagian di atas mempunyai waktu-waktu tertentu dalam pengunaanya, sehingga alunan-alunan yang yang muncul dari sebuah muzik dapat menyentuh kondisi psikis seseorang dalam kondisi dan situasi tertentu. Hingga akhir hayatnya, selain menulis karya filsafat dan sains, al-Kindi menulis tak kurang dari tujuh buku tentang muzik.

Pada masa Bani Umaiyah II di Andalusia, didirikan banyak sekolah muzik, yang paling populer adalah milik Sa‘id ‘Abd-ul-Mu’mîn (wafat tahun 1294 M.).

Saat masa Andalusia inilah pengaruh kebudayaan Islam sangat dominan dalam keseharian masyarakat Eropah saat itu. Termasuk dalam bermuzik. Pada abad ke 8, seorang pendeta Kristen, St Medrad Evangel, mencoba memasukan unsur muzik Islam ke dalam muzik gereja. Seabad kemudian masyarakat Barat Spanyol mulai mengenal ritme dan metrum (pergantian naik turunnya suara secara teratur yang berasal dari Al Farabi abad 12). Kaum birokrat Sepanyol Kristian mengembangkan jenis muzik vokal troubadaour-muzik yang dimainkan secara solo yang kemudian menjadi embrio folklor atau muzik rakyat. Sejarah juga mencatat, saat itu pusat pabrik pembuatan alat-alat muzik yang sangat terkenal ada di kota Sevilla (Andalusia, Sepanyol).

Walau muzik berkembang, tapi tidak dicampuri oleh kemaksiatan, atau para hakim akan bertindak tegas. Kerana mereka tidak memposisikan muzik sebagai penghias langit peradaban yang bersifat materialistis, tapi juga berfungsi membangun kecerdasan emosi dan spiritual. Sekarang, pada umumnya, peran muzik direduksi hanya sekadar penghibur belaka, dan juga sebagai komoditi yang boleh dikemas untuk kemudian dijual dengan masif dan mahal.

Advertisements

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: