jump to navigation

Muhammad Baqir ash-Shadr: Idealog Islam di Iraq Mei 22, 2007

Posted by ummahonline in Tokoh.
trackback

Oleh: Ahmad Abdullah

Debat ilmu yang berkembang di dunia Islam sekarang ini kelihatan semakin tajam, terutama dalam membalas cabaran masyarakat ilmiah barat. Pada masa sebelum abad ke-20, hal ini tidak berlaku. Ini kerana, para intelektual Islam waktu itu lebih banyak berapologi serta kurangnya pendedahan terhadap karya-karya pemikir barat.

Muhammad Baqir Ash-Shadr adalah antara sedikit dari tokoh-tokoh Islam yang mampu berbicara dengan fasihnya pemikiran-pemikiran Barat. Kesan apalogi yang selama ini melekat pada pemikir Islam, ditanggapinya dengan kejernihan dan kecerdasan pemikiran. Ia begitu akrab dengan karya-karya pemikir Islam klasik mahupun moden, tapi ia juga faham pemikiran-pemikiran Barat yang berkembang. Dalam karyanya yang terkenal iaitu Falsafatuna dan Iqtishaduna, ia dengan fasihnya mengutarakan kritik-kritik terhadap pemikiran Barat seperti Karl Marx, Descartes, John Locke dan lain-lain.

Falsafatuna dan Iqtishaduna telah menonjolkan Muhammad Baqir ash-Shadr sebagai idealog kebangkitan Islam terkemuka. Sistem falsafah dan ekonomi alternatif ini disempurnakan melalui masyarakat dan institusi. Dalam Falsafatuna dan Iqtishaduna, Baqir Shadr ingin menyajikan kritik yang serius terhadap aliran marxisme dan kapitalisme. Buku ini baik dari segi sturuktur mahupun metodologi, tak diragukan lagi inilah sumbangsih paling serius dan paling banyak dipuji dalam bidang ini.

Muhammad Baqir As-Sayyid Haidar Ibn Ismail Ash-Shadr, seorang sarjana, ulama, guru dan tokoh politik, lahir di Kazimain, Baghdad, Iraq pada 25 DzulQaedah 1353H/1 Mac 1935 M dari keluarga beragama yang kental. Pada usia empat tahun, Muhammad Baqir Ash-Shadr kehilangan ayahnya, dan kemudian diasuh oleh ibunya dan saudara laki-lakinya, Ismael, yang juga seorang mujtahid kenamaan di Iraq. Muhammad Baqir Ash-Shadr menunjukkan tanda-tanda kecerdasan sejak usia kanak-kanak. Pada usia sepuluh tahun, dia berceramah tentang sejarah Islam, dan juga tentang beberapa aspek lain tentang budaya Islam. Dia mampu menangkap isu-isu teologi yang sulit dan bahkan tanpa bantuan seorang guru pun. Ketika usia sebelas tahun, dia mengambil pelajaran mantik, dan menulis sebuah buku yang mengkritik para filosof.

Pada usia tiga belas tahun, saudaranya mengajarkan kepadanya Ushul al-ilm al-fiqh (asas-asas ilmu tentang prinsip-prinsip hukum Islam) yang terdiri atas Al-Qur’an, Hadis, Ijma’ dan Qiyas). Pada usia sekitar enam belas tahun, dia pergi ke Najaf untuk menuntut pendidikan yang lebih baik dalam berbagai cabang ilmu-ilmu Islami. Sekitar empat tahun kemudian, dia menulis sebuah ensiklopedia tentang Ushul, Ghayat Al-Fikr fi al-Ushul (pemikiran puncak dalam al-Ushul). Muhammad Baqir Ash-Shadr menjadi seorang mujtahid pada usia tiga puluh tahun.

Sebagai salah seorang pemikir yang paling terkemuka, Muhammad Baqir Ash-Shadr melambangkan kebangkitan intelektual yang berlangsung di Najaf antara 1950-1980. Ciri lain yang mennonjol dari kebangkitan itu adalah dimensi politiknya, dan saling pengaruh antara apa yang terjadi di lorong gelap dan sekolah tinggi berdebu Najaf, dan Timur-Tengah pada umumnya. Peristiwa hukuman mati Shadr bersama saudara perempuannya yang bernama Bint Al-Huda pada 8 April 1980, barangkali ini merupakan titik puncak cabaran terhadap Islam di Iraq. Dengan meninggalnya Shadr, Iraq kehilangan aktivis Islamnya yang paling berpengaruh dan signifikan.

Semenjak itu, reputasi Shadr diakui di kalangan masyarakat. Namanya telah melintasi Mediteranian, ke Eropah dan Amerika Syarikat. Pada 1981, Hanna Batatu, dalam sebuah artikel di Middle East Journal di Washington, menunjukkan pada orang-orang pentingnya Shadr bagi gerakan bawah tanah Islam di Iraq. Pada 1984, Istishaduna diterjemahkan sebahagian ke dalam bahasa Jerman, disertai mukadimah panjang mengenal alim ini oleh seorang orientalis muda Jerman.

Jadi tidak mungkin lagi mengabaikan nilai penting Muhammad Baqir Ash-Shadr dalam kebangkitan berbagai gerakan politk Islam, lebih-lebih lagi di Iraq.

Advertisements

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: