jump to navigation

Berakit-rakit ke Bollywood, berenang-renang ke Hollywood Jun 17, 2007

Posted by ummahonline in Surat Pembaca.
trackback

Oleh: Abong

Di sini, saya ingin memulakan artikel ini dengan mengajukan satu pertanyaan? Apakah bezanya cerita filem bollywood yang dipaparkan sekarang berbanding cerita bollywood yang ditanyangkan pada zaman akhir 80-an dan awal 90-an?

Maaf jika ada yang tak berkenan dengan soalan ini. Tapi rata-rata orang Melayu pada waktu itu, meminati cerita bollywood pada zaman tersebut. Nama-nama heronya sudah payah untuk diingati. Tapi yang pasti ia adalah zaman Amitabh Bachan pada usia muda.

Golongan ibubapa muda pada waktu itu begitu meminati filem bollywood ini.

Mungkin pada waktu itu pengaruh Hollywood belum kuat. Secara tak langsung, pengaruh dari jalan cerita bollywood itu mempengaruhi cara pemikiran ibubapa muda pada waktu itu.

Secara ringkasnya jalan cerita filem bollywood pada waktu itu menampilkan seorang hero yang mencintai kekasihnya. Percintaan itu dihalang atau tidak direstui oleh ibubapa, samaada di pihak lelaki atau wanita.

Plot-plot cerita lebih menampilkan bahwa si hero perlu bersusah payah untuk mendapatkan kekasihnya. Kemuncak ataupun pengakhiran kepada jalan cerita ialah si hero dapat bersatu atau berkahwin dengan kekasih yang begitu dicintainya.

Itu bollywood dulu. Namun bollywood sekarang telah terpengaruh dengan budaya perfileman dari hollywood. Dan ibubapa kelihatan kurang menggemari filem bollywood pada zaman sekarang.

Jika cerita-cerita bollywood digemari oleh golongan ibu bapa, maka anak-anak pula lebih menggemari cerita-cerita yang berpengkalan di hollywood.

Kita secara umum bersetuju bahwa generasi muda ataupun anak-anak adalah lebih maju dari generasi veteran ataupun ibubapa. Biasa saja kita mendengar pernyataan, “Anak-anak muda sekarang dah semakin pandai, tak sama macam anak-anak muda pada waktu duu…”, “Zaman sekarang zaman siber, anak-anak pun lebih advance“…dan macam-macam lagi.

Maka anak-anak muda pun memilih hollywood yang dikira lebih advance dari bollywood.

Hollywood ini berbeza denga bollywood. Cerita cinta hollywood lebih terbuka. Lebih ‘simple’. Si hero tak perlu susah-susah nak memerangi ibubapa untuk berkahwin dengan kekasih yang dicintai. Kerana nikmat cinta yang difahami atau diterjemahkan oleh hollywood perlu dibuktikan sebelum ikatan perkahwinan yang sah. Maka tersebarlah budaya ‘coupling’ di kalangan anak-anak muda sekarang.

Akibat daripada pengaruh bollywood kepada ibubapa, maka golongan ibubapa lebih suka untuk anak-anak mereka mencari kesenangan ataupun kekayaan dahulu sebelum anak-anak mereka diberi lesen untuk menikah.

Ini kerana pada pendapat mereka, perkahwinan itu adalah satu titik noktah. Ia adalah satu kemuncak. Maka ia perlu diperolehi dengan cabaran yang getir sebelum ia boleh dicapai.

Anak-anak pula yang terpengaruh dengan ideologi hollywood, yang mana pergaulan diantara lelaki dan perempuan itu mudah dan ‘simple’ akan bersifat bertentangan dengan sikap ibubapa.

Oleh kerna ibubapa tidak mengizinkan perkahwinan itu diusia muda, maka mereka lebih suka untuk memperolehi nikmat itu tanpa perlu bersusah payah untuk mendapat “kemuncak” perkahwinan. Maka berleluasalah pergaulan bebas diantara lelaki dan permpuan.

Anak-anak yang pergi beljar jauh-jauh dinasihat agar “jangan bercinta”. Adakah si anak mampu menolak penagan cinta apabila mereka berada jauh dari ibubapa dan berada dekat dengan kaum yang bergelar hawa?

Maka apabila si anak mengenal cinta, lalu cinta itu disorok agar tidak diketahui oleh ibubapa, kerana ibubapa berkata, “jangan bercinta”. Lalu ibubapa gagal untuk mengajar anak-anak untuk bercinta dengan betul.

Perkahwinan itu bukan satu titik noktah. Ia baru permulaan kepada kehidupan seorang lelaki bergelar suami dan seorang perempuan bergelar isteri. Ada banyak lagi cabaran yang menanti.

Maka proses kearah perkahwinan itu perlu dimudahkan, agar pasngan suami isteri yang baru itu akan lebih bersemangat untuk menempuh cabaran yang akan mendatang.

Janganlah ibubapa begitu mengimpikan perkahwinan yang meriah untuk anak-anak jika itu menyebabkan anak-anak terpaksa berhutang banyak dengan bank semata-mata untuk meraikan satu hari kesyukuran pernikahan.

Ibubapa pula janganlah berkata, “jangan bercinta”, tetapi berkata, “jangan main-main dengan cinta”. Maka si anak akan berhati-hati dengan cinta, dan apabila cinta itu datang, si anak akan mendapatkan ibubapa agar membantu mereka untuk menghadapi cinta.

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: