jump to navigation

Alhamdulillah, Aku Ada Saudara Kembar Julai 3, 2007

Posted by ummahonline in Surat Pembaca.
trackback

Oleh: Abong

Mungkin satu maklumat baru buat sesiapa yang mengenali diri ini. Saya mempunyai seorang saudara kembar. Dia dan saya mempunyai muka yang seiras. Boleh dikatakan ini adalah bukti ataupun hujah kepada saya dan saudara kembar adalah kembar seiras.

Dari kecil kami membesar bersama-sama. Berpisah seketika semasa di tingkatan satu. Kerana sekolah yang berlainan. Namun atas takdir Allah, maka kami dipertemukan kembali selepas 8 bulan. Kami akhirnya ditempatkan disekolah yang sama.

Selepas tamat zaman persekolahan, kami dipisahkan lagi. Masing-masing membawa haluan sendiri kerana tempat pengajian yang berbeza. Tapi apa yang pasti, dari kecil sehinggalah sekarang, kami mengalami pengalaman atau fenomena yang sama.

Fenomena yang dimaksudkan ialah, apabila saya dan saudara kembar berada ditempat yang sama (bersama-sama), maka ramai yang akan kagum dengan ciptaan Allah.

“Eh sama lah muka kau dengan adik kau
“eh, eh…sebijik sama…”
“Ini faiz ke fuad….?”
“Kenapa tak cuba tukar tempat belajar? Bukan orang perasan pun…”

Inilah ungkapan yang kerap kali didengar.

Apa yang dapat kita perhatikan ialah, manusia itu fitrahnya suka kepada persamaan. Walaupun kadangkala kita benci dengan sesuatu yang “sama” sahaja (mungkin lantaran boring atau bosan), tapi hakikatnya, manusia tetap suka melihat kepada persamaan.

Adik kembar saya suka melawat saya di tempat pengajian. Bukan selalu. Tapi jarang-jarang sekali. Tetapi apabila ia berlaku, maka fenomena seprti di atas akan berlaku lagi.

Jadi …apa yang dapat kita simpulkan?

Mungkin kita mempunyai banyak pandangan, kepentingan ataupun matlamat yang berbeza. Tetapi apabila kita sekali-sekala membincangkan hal-hal yang boleh dianggap sebagai satu “persamaan” diantara sesama kita, maka kita boleh mengambil kesempatan dari peluang yang ada.

Saya yakin ramai yang inginkan kebaikan. Tapi kadang-kadang pemahaman, pemikiran dan kepentingan yang berbeza, membuatkan kita kurang bersatu diatas “persamaan” yang kita ada.

Persamaan yang paling penting dalam menyatukan semua hati didalam setiap organisasi, jemaah, kumpulan dan individu agar membentuk satu ikatan yang kuat telah kita tanam. Cuma mungkin antara sedar ataupun tidak, kita gagal memanfaatkannya semaksima mungkin. Persamaan yang saya maksudkan ialah persamaan akidah.

Pernah keluar dalam muka depan akhbar perdana di negara kita mengenai seorang manusia yang mempunyai muka mirip kepada Perdana Menteri kita, Pak Lah.

Menurut beliau, dia dilayan dengan baik lantaran orang menyangkanya adalah Pak Lah.

Sekali lagi kita melihat bahwa fitrah manusia suka kepada persamaan. Kita boleh berbeza pendapat. Tetapi janganlah kerana perbezaan yang tak sebesar mana diangkat mengatasi “persamaan” akidah yang kita ada.

Adakah ada seseuatu yang lain yang boleh mengatasi keyakinan akidah kita kepad Allah?

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: