jump to navigation

Sayyid Al-Khui: Tanda Keluasan Ilmu Julai 17, 2007

Posted by ummahonline in Tokoh.
trackback

Oleh: Munir Zamnuri

Pada 8 Ogos 1992, di Kufah, umat Islam seluruh dunia telah kehilangan salah tokoh mujtahid yang terkemuka. Sinar matahari melindungi awan kedukaan ekoran kepergian tokoh yang merupakan salah satu marja’i besar dalam belahan dunia Islam. Ayatollah Uzma Seyyed Abul Qasim Al-Khui, diakui merupakan seorang ulama yang berpengaruh serta mempunyai keluasan ilmu.

Ayatollah al-Khui lahir pada 15 Rejab 1317H bertepatan dengan 19 November 1899 di di Iran. Ketika ia berumur 13 tahun, al-Khui yang masih kecil telah berpindah ke Najaf al-Ashraf, Iraq untuk menuntut ilmu. Al-Khui belajar di Hauzah yang didirikan oleh Muhammad ibn al-Hasan al-Tusi, seorang failasuf besar pada abad ke-10. Di Hauzah inilah, al-Khui belajar kepada Syaikh Fath Allah yang dikenal dengan Syaikh al-Shareea al-Isfahani. Al-Khui juga menuntut dengan Syaikh Mahdi al-Mazandarani, Syaikh Diyaud�Deen al-Iraqi, Syaikh Muhammad Hussain al-Naeeni, Syaikh Muhamamad Jawad al-Balaghi dan lain-lain. Dari merekalah al-Khui belajar berbagai ilmu fiqh, ushul, hadith, rijal, tafsir dan ilmu kalam.

Salah seorang murid al-Khui, Syaikh Muhammad Jawad Mughniyah menggambarkan kecerdasan dan ketekunan gurunya bagai matahari yang menyinari segenap penjuru. Kata Mughniyah, �Al-Khui adalah profesor saya dan juga profesor dari para sarjana di al-Najaf al-Ashraf.� Buku-buku yang ditulis oleh al-Khui sekitar sembilan puluh buku. Yang membahas topik-topik mengenai hukum Islam, biografi ulama�, falsafat dan pandangannya tentang al-Qur�an. Karya-karyanya sering menjadi rujukan mereka yang berminat tentang Islam dari berbagai negara.

Peranan al-Khui yang penting ialah ketika ia memimpin Sekolah Teologi Najaf (al-hawzah al-ilmiyyah) menggantikan Ayatollah al-Uzma Muhsin al-Tabatabai al-Hakim pada tahun 1970. Ketika itu, al-Khui menjadikan Hauzah tersebut terbuka terhadap berbagai ilmu. Sejak awal berdirinya, Hauzah tersebut telah mencapai lebih dari 10,000 siswa, yang belajar berbagai disiplin ilmu seperti falsafat, teologi, dan shari�ah.

Al-Khui mendapat gelaran ayatollah pada usia 30 tahun. Malah, banyak sarjana-sarjana Islam yang telah belajar kepadanya. Ini termasuklah Ayatollah Sayyid Muhammad Baqir al-Sadr, Syaikh Muhammad Mahdi Shamsud Deen, Ayatollah Sayyid Taqi al-Qummi, Syaikh Muhammad Taqi al-Ja�fari, Ayatollah Sayyid Husayn Behesti, Ayatollah Sayyid Ali al-Sistani, Hujjatul Islam Sayyid Muhammad Hussein Fadlallah dan lain-lain lagi. Banyak juga dari murid-muridnya yang kemudian menjadi mujtahid dan tokoh Islam terkemuka.

Sebagai tokoh besar Islam, al-Khuiberjaya mengorganisasikan pengikutnya dengan baik, menerusi pembentukan perwakilan di pelbagai negara. Perhatian al-Khui kepada kaum muslimin amat tinggi. Misalnya pada waktu perjuangan Afghanistan melawan Russia, al-Khui berkesempatan membantu mangsa perperangan tersebut. Demikian juga perhatiannya pada mangsa sewaktu bencana alam di Bangladesh, India, Kashmir dan Iran.

Sejak dia memimpin Hauzah di Najaf, al-Khui kemudian turut berjaya memperbanyakkan hauzah dan institut di berbagai belahan dunia yang di bawah organisasinya. Ini termasuklah seperti Educational Charitable Complex, di Mumbai India, Madeenat al-�Ilm, di Qum Iran, Al-Khoe�s Mabarrah, di Beirut Lebanon, Ayatollah al-Khoe�s School and Library of Mashad, di Iran, di samping Dar al-�Ilm School, di Najaf Iraq.

Justeru, sukar untuk dinafikan, bahawa Ayatollah al-Khui merupakan antara peribadi agung. Walaupun al-Khui merupakan mujtahid besar, namun kesederhanaan adalah jalan hidupnya. Al-Khui tidak pernah membeli baju untuk dirinya sendiri, kecuali jika baju itu telah rosak. Al-Khui juga sering memberi perhatian dan menumpahkan kasih sayang yang tidak terperi pada anggota keluarganya. Bahkan, al-Khui tidak pernah marah dan selalu tersenyum kepada keluarganya. Al-Khui juga selalu bangun sebelum pagi hari untuk shalat tahajud. Kemudian, ia bersama keluarganya untuk sarapan dengan sepotong roti.

Itulah Ayatollah al-Khui yang pada akhir kehidupannya ia sempat dipenjarakan sebelum akhirnya dikenakan tahanan rumah oleh Saddam Hussein kerana menolak bekerjasama dengannya. Semoga Ayatollah Uzma Seyyed Abul Qasim Al-Khui dirahmati sesuai dengan pengorbanan yang dicurahkannya!

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: