jump to navigation

Tuhan Kita Adalah Sama Julai 22, 2007

Posted by ummahonline in Artikel.
trackback

Oleh: Mona NaggarFatwa Yusuf Qardhawi dalam dialog tokoh agama, menjelaskan bahawasanya dalam dialog antara agama ada dua pendekatan yang harus diperhatikan. Ada yang tidak diperbolehkan dan ada yang diperbolehkan. Termasuk dalam kategori pertama adalah pendekatan yang berhubungan dengan ajaran yang bersifat prinsip seperti pendekatan antara monoteisme mutlak dalam Islam dan triniti dalam ajaran Kristian.

Namun, di antara perbezaan prinsip juga adanya perbezaan tentang posisi Jesus (Isa) dalam pandangan dua agama. Tidak dinafikan lagi bahawa terdapat perbezaan dalam al-Qur’an dan Bible, hal itu tidak hanya diakui oleh sarjana muslim, tapi banyak juga sarjana barat moden, begitu juga Yahudi dan Kristian.

Mengenai pendekatan kedua, Qardhawi menyimpulkan beberapa cara pendekatan, terutama antara agama monoteisme. Pertama, dia berbicara tentang salah satu dialog dengan menggunakan istilah Aljidal bi allati hiya ahsan. Qardhawi mengutip surat al-Nahl ayat 125, “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik”.

Hikmah danmau’idzah hasanah ini digunakan dalam dialog sesama muslim. Pada penggalan kedua dari ayat tersebut mengajarkan bagaimana berdialog dengan ahli kitab (Yahudi dan Nasrani). “Di sini penulis lebih condong menggunakan istilah da’wah dengan kata ‘dialog antara agama’ bukan pendekatan, dalam rangka menghindari kesalahfahaman.

Dalam dialog tersebut sesorang harus menekankan pada hal-hal yang bersifat umum dan bukan pada perbezaan. Seperti yang dijelaskan pada penggalan kedua surat al-Ankabut ayat 46, “Dan katakanlah: kami telah beriman kepada (kitab-kitab) yang diturunkan kepada kami dan yang diturunkan kepadamu, Tuhan kami dan Tuhanmu adalah satu, dan hanya kepadanya kami berserah diri.”

Qardhawi tidak sependapat dengan padangan muslim yang keras menyangkal commonalities dengan Yahudi dan Kristian. Ini kerana, kebelakangan ini menurut dugaan, telah terjadi pemalsuan firman Tuhan, itu adalah sebuah kesalahan penafsiran dalam menempatkan Islam pada orang-orang ini. Mengapa kemudian Tuhan mengizinkan berdialog dan menikah dengan mereka?

Mufti melihat banyak sekali cara untuk bekerjasama antara muslim, Yahudi dan Kristian. Tidak ada alasan bagi kita untuk tidak membuat kesepakatan bersama ahli kitab dalam konteks melawan mereka yang mahu menghancurkan umat manusia dan merendahkan darjat manusia seperti binatang. Ini termasuklah orang-orang yang menggunakan kebiasaan amoral sebagai umpan.

Hal itu mengacu kepada ateisme, materialisme, homoseksual dan penikahan sesama jenis. Sebagai satu contoh kerjasama antara al-Azhar, Vatikan dan Liga Dunia Islam, dia menyebutkan persidangan populasi dunia di Kairo pada tahun 1994 dan persidangan wanita yang setahun kemudian dilaksanakan di Beijing, China.

Salah satu kesempatan lain untuk melibatkan kerjasama solidariti kepada masyarakat tertindas di seluruh dunia. Seperti di Palestin, Kashmir, Kosovo dan komuniti negro di Amerika, kerana Islam memerangi penindasan dan menolong kaum tertindas maka harus mengesampingkan latar belakang etnik, ras dan agama mereka.

Qardhawi juga mengajak agar dialog tersebut lebih mengedepankan sikap toleransi dan kasih sayang serta menghindari hal-hal yang berbau keganasan dan fanatisme.

Pada kesimpulan fatwa tersebut, beliau menghimbau kepada umat Islam bahawa perbezaan agama adalah kehendak Tuhan dan bukan tugas manusia untuk saling mengkafirkan. Kerana hal tersebut adalah urusan Tuhan. Setiap umat Islam harus menghormati hak dan martabat setiap orang terlepas dari latar belakang agamanya. Dan juga harus mengakui bahawa setiap manusia berhak untuk mendapat keadilan Tuhan.

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: