jump to navigation

Bersatu Teguh, Bercerai Roboh Ogos 1, 2007

Posted by ummahonline in Surat Pembaca.
trackback

Oleh: DanialleHari ini kita melihat terlalu banyak kerosakan yang berlaku dalam masyarakat. Mungkin orang ramai sudah muak untuk membaca apabila kita menulis artikel mengenai kes-kes sebegini berulang kali. Asyik-asyik cerita pasal rogol, ragut, rompak, dadah, rasuah seperti sudah tiada benda lain yang mahu bincang?

Sebenarnya bukan masalah tiada isu untuk dibincangkan, tetapi memang itulah isunya. Selagi perkara-perkara yang merosakkan bangsa dan negara ini tidak diselesaikan, selagi itulah kita mesti terus menghangatkan perbincangan tentang isu ini agar semua pihak memandangnya secara serius.

Banyak orang yang boleh bercakap dan mengulas panjang tentang perkara ini. Tetapi amat sedikit orang yang betul-betul sanggup mengorbankan masa, tenaga dan wang ringgit untuk membanteras masalah ini. Janganlah sekadar bercakap, kita mestilah bergerak dan bekerja demi menanganinya agar penurunan kes-kes tersebut dapat dilihat dari masa ke semasa.

Hendaklah kita bersatu padu dan bekerjasama menjayakan usaha ini tanpa mengira pihak kerajaan atau pihak pembangkang dan bukannya saling menuding jari antara satu sama lain seperti mana yang pernah berlaku dalam ‘Debat Perdana TV1’ ketika membincangkan berkenaan penagihan dadah. Panel undangan saling menyerang satu sama lain sehingga mewujudkan suasana tegang.

Malah ada panel yang bersikap tidak profesional sehingga menidakkan peranan pengerusi majlis. Lebih malang apabila panel tersebut berfikiran ‘beku’ kerana tidak mahu menerima pandangan orang lain, malah begitu pantas menyampuk hujah-hujah panel lain yang mana belum pun habis bercakap. Seolah-olah yang dicari ialah kemenangan dan bukannya kebenaran.

Akhirnya debat tersebut berakhir tanpa resolusi yang jelas. Ahli panel hadir dengan membawa pemikiran masing-masing dan akhirnya bersurai pun dengan membawa keras kepala masing-masing. Sepatutnya program sebegitu berakhir dengan satu kesimpulan atau resolusi yang dipersetujui oleh majoriti agar tindakan susulan dapat diambil dan penonton dapat keluar dari dewan atau menghabiskan tontonan melalui televisyen dengan satu fikiran dan matlamat yang sama terhadap penyelesaian masalah yang diperdebatkan. Bagaimana kita hendak menyelesaikan masalah sedangkan pada tahap perbincangan pun kita sudah bertelagah.

Inilah masalah yang mendukacitakan kita. Kita tidak akan berjaya mencegah masalah-masalah ini jika langkah-langkah pencegahan dan pemulihan tidak dilaksanakan dengan bijak, malah dirosakkan pula oleh unsur-unsur politik dan emosi.

Dengan sikap sedemikian, entah apa jenis penyakit lagi yang bakal dihidapi masyarakat dan semakin lambatlah proses pemulihan kerosakan ini.

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: