jump to navigation

Emansipasi muslimah! Ogos 26, 2007

Posted by ummahonline in Surat Pembaca.
trackback

Oleh: Abong

Salam kembali. Baru-baru ini saya ada berbicara dengan seorang kawan perempuan (classmate). Untuk memudahkan cerita, kawan saya yang ini saya klasifikasi sebagai si A. Si A menimbulkan isu dengan bertanya ,”jika suami kita mandul, adakah si isteri boleh meminta cerai?”.

Dua tiga hari selepas kejadian itu, kawan perempuan saya yang lain, si B, memberitahu kepada saya tentang prinsip si A (prinsip kehidupannya sebelum kahwin).

Si B memberitahu bahawa si A memegang prinsip bahawa sebelum kahwin dia mahu mempunyai ramai kenalan lelaki (walaupun dia dah bertunang dari segi syarak), kerana selepas kahwin perempuan dah tak boleh mempunyai ‘hubungan’ dengan lelaki lain (persahabatan) kecuali dengan suaminya sahaja, manakala lelaki berbeza.

Jadi, si A memutuskan untuk berpegang dengan prinsipnya itu (dalam kata lain mungkin si A merasakan tindakannya itu adalah adil bagi kaum wanita).

Saya membawa plot-plot di atas adalah untuk memberi gambaran tentang kawan saya tadi (yakni si A) menganai ‘keadilan yang dia faham di dalam hidup ini. Adakah ramai wanita bersetuju dengan prinsip si A diatas?

Dalam plot yang pertama (mengenai soalan yang diutarakan) jelas terbukti, mungkin si A masih belum terdedah mengenai keadilan di dalam Islam (terutamanya di dalam perkahwinan).

Senario si A adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada gerakan emansipasi wanita yang sedang hangat diperkatakan. Saya menggunakan perkataan muslimah (bukannya wanita kerana gerakan emansipasi yang sedang hangat diperkatakan adalah berkaitan atau berkenaan muslimah kerana ia membabitkan hal-hal yang berkaitan dengan syarak, umpamanya nikah kahwin, cerai dan sebagainya).

Mungkin masalah utama yang perlu diutamakan ialah peringatan kepada ‘role’ atau tugas masing-masing. Lelaki dengan tugasan mereka. Wanita dengan tugasan wanita. Untuk lebih jelas kita ambil contoh tugas jururawat dan doktor.

Agak-agaknya jika ada gerakan jururawat yang mahukan profesion mereka di ‘upgrade’ kan sehingga mencapai tugasan seorang doktor, apakah reaksi yang akan kita terima?

Kejururawatan adalah satu bidang yang sama sekali lain dari bidang kedoktoran. Saya adalah pelajar kejururawatan. InsyaAllah saya tahu ‘limit’ saya sebagai seorang jururawat.

Jika saya bersusah payah mahu mendapatkan tugas-tugas doktor, tapi dalam masa yang sama saya memberitahu semua orang saya bangga menjadi jururawat, adakah ia sesuatu yang betul?

Adakah sama seorang muslimah yang berjaya menjadi pemimpin dalam masyarakat tapi dalam masa yang sama anak-anak dan suami diabaikan, perkahwinan diambang penceraian, anak-anak terlibat dengan gejala sosial yang teruk… tetapi dia masih lagi bangga mengatakan bahawa beliau adalah contoh muslimah yang berjaya.

Isu sensitif yang biasa diperkatakan ialah apabila si suami begitu bangga apabila mempunyai anak-anak yang ramai. Tetapi pada hakikatnya yang menjadi ‘heroin’ adalah si isteri kerana penderitaan dan ujian ketika mengandung dan melahirkan yang begitu mencabar kekuatan si isteri (lelaki pun belum tentu mampu menahannya).

Setelah masing-masing mengetahui tanggungjawab masing-masing, pasti setiap orang berusaha kearah melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan gigih dan bersungguh-sungguh.

Justeru, yidak timbul isu kenapa wanita mahukan tugasan lelaki. Tugasan lelaki adalah tugasan lelaki, dan tak semestinya setiap tugasan lelaki ia mesti di anggap eksklusif. Tugasan lelaki dan wanita adalah berbeza. Eksklusif atau tidak bergantung kepada orang yang melaksanakn tanggungjawab itu.

Kebanyakan emansipasi yang timbul mahukan penyamarataan tugasan antara lelaki dan wanita (mungkin kerana ‘mereka’ ini tidak memandang tinggi tugasan ‘kaum’ mereka’, justeru itu mera menganggap dengan memiliki tugasan lelaki, itu adalah satu penyamaraan yang adil).

Berbalik kepada isu keadilan. Setiap muslim dan muslimah perlu ditekankan kembali tentang keadilan di dalam Islam. Islam adalah syariat yang adil. Rasullullah dan para sahabat telah membuktikannya. Cuma apabila pada zaman sekarang, syariat Islam sudah tidak kelihat ‘keadilan’ di dalamnya.

Sekali lagi masalah utama ialah orang yang membawa atau yang menjalankan syariat itu. Gerakan kembali kepada attitude sebenar dalam membawa Al-Qur’an dan sunnah perlu ditekankan kembali.

Kerana, jika Al-Qur’an dan sunnah dibawa dengan cara yang salah, kebaikan, kemudahan dan keadilan di dalam Islam akan terus disembunyikan.

InsyaAllah, jika semua kembali bersatu, umat Islam akan kembali mencapai kecemerlangan , kegemilangan dan menjadi umat yang terbilang seperti yang pernah dialami dulu.

Gerakan tajdid ini perlu dilakukan oleh segenap lapisan. InsyaAllah, jika ianya berjaya nanti, sesiapa hatta Amerika pun kita takkan gerun. Masjid Al Aqsa pun akan kita rampas kembali daripada Yahudi yang dilaknat. Takbir! Allahu Akbar!

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: