jump to navigation

Hasmi Hashim: Bermaharajalelanya Mahathirisma Ogos 28, 2007

Posted by ummahonline in Wawancara.
trackback

Oleh: Aqil Fithri

Seraya kabut isu “kartun hina Nabi” melanda Timur dan Barat tahun lalu, Hasmi Hashim berkenyataan dalam debat terbuka bahawa sentimen dan reaksi umat Islam adalah kesan kecetakan pemimpin politik dan cendiakawan Muslim. Pemuda berusia 31 itu kini Ketua Parti Keadilan Rakyat Bahagian Parit Sulong, Johor; selain mantan calon Ketua Angkatan Muda Keadilan Pusat yang tewas dalam percubaan pertamanya di Kongres Nasional parti itu Mei lalu.

Temubual eksklusif Ummahonline.com bersama Hasmi berhubung isu “Negarakuku” mengheret kepada persoalan “Mahathirisma,” “mentaliti DEB” dan umumnya masa depan politik-pemikiran anak muda Malaysia. Suara Hasmi sering dianggap bukan kelaziman sebagaimana politikus lain.

Ummahonline: Klip video Negarakuku nyanyian Wee Meng Chee a.k.a Namewee terus menerima kecaman. Wajarkah tindakan undang-undang dikenakan kepada Namewee kerana dianggap menghina negara dan Islam?

Hasmi Hashim: Meng Chee bukan penjenayah; dia tak melakukan apa-apa kes kriminal: tak mencuri, merogol, membunuh� tak juga meletupkan sesiapa dengan bom C4! (ketawa) Oleh itu, tidak ada asas dan sebab-musabab yang jelas mengapa Meng Chee harus dikenakan tindakan undang-undang, atau dilayan laksana penjenayah.

Namun ada desakan dari masyarakat, termasuk di kalangan masyarakat Cina, agar Namewee dikenakan tindakan. Bagaimana?

Keputusan sesuatu pendakwaan kamar Peguam Negara tidak boleh dibuat atas pandangan umum semata-mata; sekalipun pandangan umum di media massa penting sebagai partisipasi demokrasi. Pihak polis pernah cakap, siasatan terhadap Meng Chee akan dimulai andainya ada pihak yang membuat laporan. Fail siasatan itu nanti akan dibentangkan kepada Peguam Negara untuk proses selanjutnya; semua ini berpenghujung pendakwaan di mahkamah.

Namun, kenyataan pihak polis menandakan bahawa pandangan umum yang dibentuk berhubungi isu Negarakuku-Namewee didiskusikan dalam ruang media yang terkongkong. Direncana dan diapi-apikan atas kepentingan �politik-sentimen.� RTM di bawah Zainuddin Maidin pun kalut menyiarkan imejan dan suara segelintir orang Cina yang mencemoh Meng Chee.

Kemudian diperbesarkan. Sampai ranum. Sampai semua itu boleh dijadikan justifikasi tindakan. Kalau Mang Chee tetap dihukum atas babad dan naratif ini, maknanya mentaliti yang mendasari pemerintahan hari ini adalah kekuasaan bentuk lama: patologi Mahathirisma: mencari alasan untuk tekanan dan kezaliman disahkan. Angka 50 yang tergantung di hadapan bangunan Angkasapuri tak ada makna!

Tidakkah saudara tahu, Namewee dikatakan mempersenda Melayu, bahkan Islam dengan menyebutkan dalam liriknya yang azan itu seakan-akan rentak irama R&B?

Kita semua juga perlu tahu, Meng Chee bukan sahaja membawa persoalan berkaitan bang (azan), tetapi juga menyentuh pasukan polis, pengurusan agensi atau kuanter pejabat kerajaan. Umumnya menyentuh perihal double standard yang mendasari polisi pemerintah terhadap dikotomi kaum di Malaysia [kalau saudara juga mentafsirnya begitu]. Jadi, tidak salah kalau kita meneliti persoalan ini secara keseluruhan dan pada tempat duduknya [atau konteks] yang betul.

Apa ertinya seruan Qur�an [dalam surah al-Maa�idah], yang antara lain memperingatkan tentang tanggungjawab menegakkan keadilan� sangat menarik ialah, usah kerana kebencian kepada sesuatu kaum sampai soal memberikan keadilan kepada semua�termasuk kepada kaum yang dibenci itu�dikesamping.

Meng Chee, atau barangkali ramai di kalangan bukan Islam di Malaysia [agaknya terus] memendam resah-gelisah. Lirik sedemikian perlu lebih dilihat sebagai pertanyaan�demikian lirik itu pun masih maujud dan abstrak: tidak jelas mesej untuk mempersenda amalam beragama (Islam). Meng Chee mengakui liriknya �macam durian�: berduri, keras dan busuk. Tapi kena kopek� lihat inti persoalan. Karena itu saya berani katakan, lirik itu harus dilihat sebagai sebuah �pertanyaan,� yang terbuku, yang tidak selesai dalam benak masyarakat bukan Islam di Malaysia.

Saya ada satu cerita yang sederhana, tapi rasanya berpadan:

Dahulu di �sekolah petang� (sekolah agama rakyat Negeri Johor�editor), ada seorang kawan sekelas bertanya kepada ustaz kami, �tak bolehkah bang diiringi gitar kapuk atau muzik?� (Pada fikiran kawan saya itu, akan lebih merdu), atau, �digubah dengan bentuk irama yang lain?�

Sekalipun ustaz kami menjawab, �tak boleh,� tetapi dia tak dirotan. (ketawa) Maknanya, dia tak dihukum dan tak ada sesiapa yang force supaya dia dihukum! (ketawa). Samada murid sekolah agama�waima Meng Chee�tergolong sebagai orang yang tidak faham. Bukankah orang jahil belum layak dihukum? Negarakuku layak dilihat dari perspektif?

Jadi, apa yang sewajarnya dibuat atau reaksi yang bagaimana yang perlu diambil?

Perlu diikhtiar dan bereskan di peringkat diplomasi terlebih dahulu. Slogannya pun ada: �persuasion not force!�

Muslim umumnya perlu engage, berhadapan dan menjelaskan dengan teman dan jiran daripada penganut agama lain� sekalipun saya juga ragu-ragu tentang keberkesanan pembentukan badan komuniti dialog antar-agama�sekalipun saya tidak menentangnya�yang ditubuhkan atas inisiatif kekuasaan pemerintah. Pada hemat saya, badan seperti komuniti dialog antar-agama masih terperangkap dalam tempurung mentaliti lapuk NGO (badan swadaya masyarakat�editor), sedangkan yang jauh lebih mendesak adalah pergaulan dan integrasi nyata di peringkat madani itu sendiri.

Boleh berikan contoh tentang integrasi di peringkat yang real yang saudara cuba maksudkan?

Kopi tiam adalah contoh yang baik! (ketawa).

Maksud saya, di sebuah pekan kecil di waktu saya membesar, saya melihat atuk saya: seorang haji yang tak lepa sembahyangnya: duduk-duduk minum tiap petang di kopi tiam. Realiti integrasi seorang haji sepertinya dengan kawan-kawan di kalangan pelbagai bangsa berlaku di sana. Pada dinding restoren kopi tiam terpampang poster arak dengan perempuan separuh bogel.

Allahyarham datuk tak minum arak. Dia tak pernah pedulikan poster-poster itu pun. Hubungannya sebagai peniaga kecil kampung dengan peniaga kecil Cina di pekan cukup baik. Begitulah rata-rata yang berlaku di kebanyakan pekan dan bandar di daerah Batu Pahat dan Muar; bandar di mana Meng Chee berasal; dalam tahun-tahun 1980-an dan awal 90-an.

Tetapi proses Islamisasi, yang digambarkan jadi baik, jadi tempat fundamentalisma bersarang dan berkembang biak. Kopi Tiam, kata seorang kawan saya yang jarang sembahyang adalah tempat orang Cina bubuh babi dalam pinggan roti bakar! (ketawa). Faham keras dan dusta sebegini keterlaluan.

Pelanggan kopi tiam di pekan saya semakin kurang. Kalau tak salah, kopi tiam itu sudah pun tutup. Saya kira babak dan suasana sebegini hanya tinggal dalam iklan superficial televisyen menjelang 31 Ogos sahaja.

Tadi saudara ada menyebutkan tentang �patologi Mahathirisma.� Boleh jelaskan lanjut dan kaitannya dengan isu Negarakuku-Namewee?

Semacam wujud usaha mencari justifikasi untuk apa-apa bentuk kezaliman dan penindasan. Ada sekam duri kebencian yang tersorok di bawah retorika baldu membela umat Islam dan orang Melayu. DEB (Dasar Ekonomi Baru�editor) adalah diantaranya.

Sebagai contoh, apakah kerana kenyataan orang Melayu-Bumiputera tertinggal dalam beberapa ssudut, maka itu menjadi justifikasi sehingga kaum lain [seperti orang Cina dan India] tidak mendapat keadilan? Asas dan matlamatnya adalah keadilan, dan bukannya strategi; peribahasa Melayu paling tepat� niat tidak menghalalkan cara.

Saya tidak menyatakan bahawa affirmative action itu sebagai sesuatu yang kesannya pasti buruk dan begitulah yang dilakarkan tiga tahun lalu dalam buku Affirmative Action Around the World Thomas Sowell di mana ada pencapaian termasuk di Amerika, Australia dan India. Namun, konsep DEB di negara ini�yang lahir daripada landasan affirmative action�tidak difahami dengan jelas dan terperinci kalamana ia digubal dan dilaksanakan, dan menimbulkan kekusutan berpanjangan.

Tindakan affirmative di kebanyakan negara untuk membela kaum atau golongan minoriti seperti kanak-kanak, perempuan, migrant atau orang asli seperti kaum Red Indian di Amerika. Di Malaysia, DEB disasarankan sebaliknya, iaitu kepada golongan majoriti: Bumiputera. DEB yang digubah di zaman Perdana Menteri Tun Abdul Razak�sekalipun Tun Razak barangkali tidak berniat begitu�sudah pun tergelincir atau lari daripada maksud dan konsep penting affirmative action itu sendiri, iaitu alat membela kaum minoriti.

Akhirnya, �golongan minoriti� yang mengambil kesempatan ialah segelintir bangsawan politik, suku-sakat dan elit peniaga: tidak kiralah daripada kaum atau bangsa apapun. Dalam perniagaan, yang wujud kapitalis-kroni. Jadi, tidak ada faedahnya kita apologetik bila berhadapan dengan DEB. Dasar berkenaan memang bermasalah sejak mula. Ia bukan soal aplikasi dan pelaksanaan, tetapi soal dasar yang salah dibangunkan. Saudara tahu mengapa ia salah dibangunkan? Jawapannya tentulah kerana kurangnya kritikan dan gagalnya peranan cendiakawan.

Tetapi, kalau ada suara-suara yang cuba mempertahan DEB hari ini adalah di kalangan mereka yang sudah dijangkiti patologi Mahathirisma: persoalan gagal merumus persoalan yang jernih dan betul sejak awal. Kalau mereka orang politik; saya percaya orang politik jenis ini berpotensi kuku besi. Siapa lawan mereka? Tandingannya adalah set pemikiran reformis yang antara lain sebuah daya-upaya untuk mencapai keputusan kreatif.

Sekalipun DEB dikatakan tidak sampai sasaran 30 peratus pengusaan ekuiti Bumiputera, bagaimanakah kesan-kesan positif DEB kepada orang Melayu, terutamanya dalam soal kuota kemasukkan ke universiti? Apakah saudara mahu menafikan semua ini?

Soalnya ialah pemerintah masih boleh mewujudkan polisi atau reaksi yang bersifat mikro; yang runcit-runcitan. Tidak semestinya meta-polisi, atau polisi-berpusat seperti DEB kalau ianya berkesudahan menjadi alasan untuk mengongkong kebebasan rakyat. Misalnya, untuk memberi kuota universiti kepada orang Melayu, atas hujah orang Melayu ketinggalan dari sudut ekonomi�dan itulah kenyataannya�cukup pelaksanaan di peringkat universiti; mencapai kesepakatan dengan universiti-universiti. Dengan solusi kreatif, dasar seumpama DEB sama sekali tidak perlu.

Namun, Namewee juga warganegara yang terperangkap dalam kerangka pemikiran DEB. Kritikannya itu, sungguhpun nampak progresif, tetapi ia adalah sisi lain pemikiran DEB, di mana antonogis selalu jadi keperluan. Untuk rasa yakin diri kaum Cina di Malaysia, maka, perlunya antagonizing the Others.

Baiklah, agar perbincangan ini jadi lebih jelas, boleh saudara berikan contoh lain tentang Mahathirisma dan punca masalahnya�

Persoalan yang saya tandakan sebagai �patologi Mahathirisma� ialah persoalan kekeliruan memahami sesuatu perkara atau isu di peringkat mukadimahnya lagi. Ini adalah masalah penggalian epistimologi: asal-muasil.

Contoh paling ketara ialah perspektif Dr. Mahathir yang curang dan keliru dalam melihat persoalan kemunduran bangsa Melayu apabila menulis buku Malay Dilema. Pandangan dalam buku berkenaan dibidas keras oleh Profesor Dr. Syed Hussin Alatas dengan buku tanding bertajuk Mitos Pribumi Malas.

Mauduknya, tak mungkin kita mendapat jawapan dan penyelesaian yang tepat dalam satu-satu masa krisis�dengan apa cara sekalipun�kalau sejak awal cara merenung persoalan-nya pun sudah tersasar�

Mengapa ini terjadi? Bagi saya, ia adalah reaksi kepada beberapa faktor, terutamanya hantu sejarah yang masih bergenyatangan dalam kepala sang nasionalis pasca Merdeka. Dalam kes era Dr. Mahathir, kecemburuan terhadap politik Lee Kuan Yew, seteru Dr. Mahathir di peringkat Asia Tenggara, masih menebal. Sikap pemerintahan era Dr. Mahathir terhadap Singapura selama lebiih 20 tahun adalah contoh yang pratikal.

Sehingga hari ini, kisah tercerainya Malaysia-Singapura masih menjadi persoalan di warong kopi. Dr. Mahathir dalam banyak keadaan terus menyalahkan Tunku Abdul Rahman; dan dalam banyak keadaan, Tunku justeru memang sukar dipertahan.

Hasrat untuk menandingi Singapura dan Lee Kuan Yew�atau apa yang digelar Amatrya Sen sebagai �Thesis Lee��adalah agak munasabah. Katakan sahaja memang perlu. Tetapi, melihat Singapura sebagai kubu orang Cina di Asia Tenggara adalah awalan tafsiran yang curang, sehingga akhirnya, persaingan yang wujud adalah persaingan perkauman; bukan persaingan ekonomi atau kemajuan: bukan demokrasi dan kebebasan.

Di sinilah mata rantai yang berkarat dan kusut menjerut generasi muda Malaysia. Kita akhirnya tidak mewarisi persiapan untuk bersaing dalam permainan yang bermanfaat dan efektif. Yang jelas diwarisi dari era pemerintahan Dr. Mahathir ialah kemiskinan lima kali ganda berbanding Singapura.

Berbalik isu Negarakuku, saudara perlu ingat, desakan bukan hanya di kalangan politikus pemerintah, tetapi juga di kalangan tokoh pembangkang. Baru-baru ini, ada pemimpin Pas berkata, kalau ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) boleh digunakan untuk orang politik, mengapa tidak kepada orang seperti Namewee�

Mahathirisma itu bukan sahaja hinggap di kalangan pengkagum bekas Perdana Menteri itu sahaja, atau di kalangan ahli parti-parti dalam pakatan BN (Barisan Nasional�editor) sahaja. Dan ia juga tidak bermula sejak 1983 apabila Dr Mahathir bersemayam di singgahsana Seri Perdana.

Pathology tersebut mungkin sudah bermula lebih awal daripada semua faktor tadi, tetapi warnanya jelas hari demi hari pada era Perdana Menteri ke-4 itu. Saya sebutkan juga, DEB tidak bermula di era pemerintahan Dr. Mahathir. Malah, patologi Mahathirisma juga bisa menjangkit di kalangan penentang politik Dr. Mahathir itu sendiri.

Termasuk di kalangan akademia sampai ke tokoh pembangkang sekalipun?

Apakah ia mustahil?

Jadi bagaimana dengan desakan agar digunakan ISA ke atas Meng Chee?

Bagi reformis-demokrat, akta seumpama ISA tidak boleh digunakan untuk sesiapa pun, samada orang politik atau bukan. Tuntutannya sejak sepuluh tahun lalu semakin jelas, iaitu, ISA atau akta-akta zalim lainnya wajib dihapuskan. Ini soal prinsip dan tiang seri keadilan.

Dari kenyataan tersebut, bukankah ini juga boleh disifatkan sebagai sifat double-standed [sebuah] parti pembangkang?

Pas pernah menerima dan menjadikan penulis novel Shit (Shanon Ahmad�editor) sebagai calon Pilihanraya Umum 1999; mengapa kita cepat menutup pintu dan meneliti karya-karya Meng Chee secara adil dan berlapang dada? Saya menyokong dan gembira untuk mengundang Meng Chee ke dalam kelompok perbincangan Jalan Telawi kalaupun bukan Parti Keadilan�andai benar beliau punya sensitiviti terhadap kebejatan sistem hari ini. Saya menganggap Meng Chee punya cirri-ciri seorang patrotik daripada lirik Negarakuku dan klip video yang dia juga bikin tentang bandar Maharani.

Teguran saya kepada Meng Chee, atau barangkali keluarganya ialah apabila meletakkan harapan kepada parti komponen BN. Tidak menjadi apa tatkala bapa Meng Chee mengharap pelindungan MCA, yang pada matanya adalah sebuah parti yang berkuasa. Anaknya kini sedang jadi kambing-hitam politik perkauman.

Namun, desakan Pas yang boleh dikategorikan sebagai anti-demokrasi bukan pertama kali; pernah dahulu Pemuda Pas dilihat bersependapat dengan Pemuda Umno mendesak membungkam Sawarak Tribune atas isu �Kartun Hina Nabi� yang mana saudara juga bersuara lantang menentangnya?

Andai betul sekalipun wujudnya kenyataan seumpama daripada seorang-dua pemimpin Pas, saya mencemoh sistem pendidikan nasional yang walaupun sudah 50 tahun Merdeka, inilah hasilnya: melahirkan orang-orang politik yang berfikir bahawa hukuman adalah puncak penyelesaian segala masalah. Tekanan mental dan psikologi berpanjangan terhadap Chee Meng menandakan cultural mind-set dikalangan kepimpinan politik perlu digaris-luruskan. Ini lebih daripada perihal kepartian. Bangsa ini umumnya perlukan pencerahan.

Bagaimana pula dengan pemerintah BN yang jelas talam dua muka; seperti Janus. Penuh dengan paradoksi. Tatkala dilaungkan �Islam hadhari� dan ketamadunan, tetapi mengekalkan undang-undang draconian, bertindak secara barbarian ala Gempur Pemuda Umno-Khairy; yang kesemuanya itu biadap, bahkan anti-peradaban. Apakah kerana politik, segalanya bisa?

Kita ada skandal Perwaja melibatkan Eric Chia� lepas!; Skandal BMF 1980-an� hanyut!; 13 tuduhan ke atas Zakaria Mat Deros [yang kesemuanya juga beres pak!]; 18 kes rasuah berprofail tinggi entah ke mana; dakwaan rasuah dalam pasukan polis oleh Tun Haniff Omar (bekas Ketua Polis Negara�editor); dakwaan PM ada banglo di Perth, Australia [yang didaftar atas nama isteri fraksinya, Patrick Lim]; hadiah kapal layar mewah kepada Abdullah Badawi; juga terkait dengan pemberian kontrak tander tertutup Jambatan Kedua Pulau Pinang bernilai RM3 bilion kepada Patrick Lim oleh Abdullah Badawi; komisyen beratus juta ringgit atas pembelian peralatan ketenteraan; sampailah kepada kes bunuh Amina alias Altantuya Sharibuu yang dikatakan melibatkan bukan sahaja Razak Baginda, juga dua pegawai polis khas pengiring Timbalan Perdana Menteri. Dan lagi, dan lagi, dan lagi�

Apa erti semuanya ini? Apakah kita tewas dan tidak berdaya melakukan sesuatu kerana kita asyik meletakkan persoalan dan fokus yang salah?

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: