jump to navigation

Sayyed Hossein Nasr: Merintis Neo-Tradisionalisme Ogos 30, 2007

Posted by ummahonline in Tokoh.
trackback

Oleh: Mujtaba Askari

Seyyed Hossein Nasr merupakan tokoh intelektual muslim yang terkemuka dalam pengetahuan sains Islam. Dalam usia yang masih muda, waktu tersebut berusia 25 tahun, ia sudah menyelesaikan Ph.D dari Universiti Harvard, Amerika Syarikat dengan disertasinya Conception of Nature in Islamic Thought setelah sebelumnya menyelesaikan ijazah sarjana muda dalam bidang fizik dari MIT dan sarjana geologi dan geofizik dari Universiti Harvard.

Perjalananan intelektual Hossein Nasr sangat prolifik, yang hingga saat ini telah menghasilkan lebih dari 50 buah buku dan lebih dari 500 kertas kerja yang semuanya merupakan dedikasi pada semangat mencari ilmu dan kebenaran. Karya-karyanya meliputi beragam bidang ilmu seperti falsafah dan ‘irfan, muzik dan senibina, sains dan sastera, serta mengenai dialog peradaban dan lingkungan hidup. Kepakarannya ini ketara terzahir menerusi dalam kuliah, tulisan-tulisannya dan ceramahnya.

Hossein Nasr sekarang merupakan professor di Universiti George Washington, Washingtons D.C, Amerika Syarikat, dalam bidang Pengajian Islam. Ia lahir tanggal 7 April 1933 di Tehran, Iran dan pindah ke AS pada usia 12 tahun. Hossein Nasr lahir dari keluarga sarjana fizik yang terkemuka di Iran iaitu ayahnya, Seyyed Valiallah. Hal ini memberi pengaruh besar pada dirinya, ketika sedang belajar sains fizik di MIT. Ia kecewa melihat sains moden yang tidak mampu menjelaskan persoalan-persoalan metafizik.

Apalagi jawaban failasuf Bertrand Russell ketika memberi kuliah di MIT memberi jawaban yang seperti ini “that physics does not concern itself with the nature of physical realitay per se but with mathematical structures related to pointer readings“ ketika ditanyakannya. Namun berkat pengaruh ayahnya, ia akhirnya dapat menyelesaikan kuliahnya.

Setelah menyelesaikan program doktoratnya di Harvard, ia kembali ke Iran dan menjadi tenaga pengajar di fakulti sastera di Universiti Teheran dalam bidang falsafah dan sejarah sains. Dalam waktu ini, ia banyak mendidik sarjana-sarjana yang kemudian menjadi ilmuwan terkemuka dalam bidang literatur sufi dan falsafah yang ditulis dalam bahasa Parsi. Ini termasuklah William Chittick dari Amerika Syarikat dan Sachiko Murata dari Jepun. Di samping itu, ia banyak menulis berbagai makalah dalam bahasa Parsi dan English dan kadang-kadang dalam bahasa Perancis dan Arab.

Dimensi lain yang penting dalam perjalanan aktiviti intelektual Hossein Nasr setelah kembali ke Iran adalah ia mempelajari al-Hikmah dan membaca banyak teks tradisional mengenai falsafah Islam dan ’irfan. Ia banyak belajar dari Sayyid Muhammad Kazim mengenai hukum Islam dan kepada Allamah Sayyid Muhammad Husain Thabathaba’i dan Sayyid Abul-Hasan Qazwani tentang ’irfan dan falsafah. Buku-buku tradisonal yang dibacanya meliputi al-Asfar al-Arba’ah karya Mulla Shadra, serta karya-karya Suhrawardi dan Ibnu Sina. Hossein Nasr yang pertama kali memperkenalkan fikiran-fikiran Mulla Shadra ke dalam masyarakat yang berbahasa English (Barat).

Walaupun Hossein Nasr tinggal di Iran, ia sering saja berkunjung ke berbagai negara. Ia banyak di undang untuk memberikan ceramah dan kuliah di berbagai universiti di dunia. Ini termasuklah Universiti Chicago (1966) di mana telah memberikan ceramah mengenai beberapa aspek hubungan antara Agama, Falsafah dan Krisis Sosial. Pada tahun 1964-65 ia menjadi Profesor Pengajian Islam di Universiti Amerika, Beirut. Antara 1962-1965 ia menjadi akademia di Universiti Harvard dan dan pada masa yang sama memberikan kuliah juga di Universiti Princeton dan Universiti Utah.

Pada saat terjadi revolusi Islam Iran tahun 1979, Hossein Nasr bersama keluarganya berhijrah ke Amerika Syarikat. Di kalangan persekitaran akedemik Amerika, Hossein Nasr diakui sebagai seorang neo-tradisonalis dan pendukung pandangan falsafah perennial. Pada tahun 1986, ia memperkemaskan buku pakar falsafah perennial Fritjof Schuon, dan pada 1990 diangkat sebagai ketua Pusat Pengajian Islam dan Kristian di Sally Oaks College di Birmingham.

Kini, pada usianya yang menjelang tua, aktiviti kehidupan intelektualnya terus berjalan. Beragam undangan seminar dan persidangan telah menumpuk di meja kerjanya, di samping kesibukan sehari-harinya mengisi kuliah. Hossein Nasr kini telah menjadi duta Islam pada masyarakat Barat, dan ia telah memainkan peranan pada posisinya, yang dari situ ia mendapatkan kepuasan.

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: