jump to navigation

Maliki Tabrizi: Gurunya Ruhollah Khomeini September 12, 2007

Posted by ummahonline in Tokoh.
trackback

Oleh: Abu Muhammad

Mirza Javad Agha Maliki Tabrizi, lahir pada tahun 1875 dan dikenali sebagai ahli fekah yang terkemuka serta seorang arif yang sangat cemerlang. Ia dilahirkan dan membesar di daerah Tabriz, Iran. Malah, kota kelahirannya tersebutlah, Maliki Tabrizi mendapat pendidikan awalnya.

Namun, setelah menyelesaikan tahap awal tersebut, Maliki Tabirizi melanjutkan pendidikan di Najaf al-Asyraf yang waktu tersebut sangat terkenal sebagai kota pendidikan Islam yang terbilang.

Di Najaf, ia mengikuti kuliah-kuliah yang disampaikan oleh beberapa ahli fekah yang hebat seperti Akhund Khurasani yang pernah mengarang kitab Kifayah al-Ushul, Haji Agha Redha Hamadani yang mengarang kitab Misbhah al-Faqih dan Muhaddith Nouri yang menarang kitab Mustadrak al-Wasail.

Selama tempoh ini, Maliki Tabrizi turut berhubungan dnegan seorang tokoh ‘irfan yang terkemuka pada masa tersebut, Akhund Mulla Husayn Qulli Hamadhani yang dikenali dengan keluasan pengetahuannya, ketinggian akhlaknya dan ketajaman ‘irfannya.

Maliki Tabrizi telah menghabiskan 14 tahun dengannya dan selama tempoh tersebutlah, Maliki Tabrizi telah merangkul sejumlah besar pengetahuan tentang akhlak dan ‘irfan dari guru tersebut.

Kemampuan Maliki Tabrizi mencapai keruhanian yang sedemikian tinggi telah mendorong Syeikh Muhammad Husayn Isfahani memohon pandangannya mengenai persoalan keruhanian. Setalah lama menuntut, Maliki Tabrizi kembali ke kota kelahirannya pda tahun 1921 dan terus bermukim di sana. Namun, beberapa tahun kemudian, ekoran Revolusi Perlembagaan, keadaan politik di Tabriz kian kritikal sehinggalah memaksanya berhijrah ke Qum.

Di sana, Maliki Tabrizi mulai mengajar fekah dari karya Faiz Kashani, Mafatih, di samping mengajar tentang akhlak. Malah, dalam kesibukan tersebut, ia masih sempat mengarang beberapa kitab. Ini termasuklah bukunya yang terkenal, Suluk-i Arifan.

Ketekalan Maliki Tabrizi mencurahkan perhatiannya pada dunia pengetahuan berterusan sehinggalah pada nafas yang terakhir. Dalam suasana inilah juga, Maliki Tabrizi meninggalkan dunia fana untuk bertemu Ilahi pada dini hari 1925 dan jenazahnya dikebumikan di Mirzai-Qummi.

Kehilangannya telah dirakam pada salah satu puisi yang dikhususkan untuknya:

Dunia kehilangan jiwanya
Dan umat kehilangan naungannya.

Bakti dan ketinggian keruhaniannya begitu berkesan sehingga sukar untuk dilukiskan dengan kata-kata. Hidupnya benar-benar telah memberi makna pada manusia yang lain. Malah, sebagai khatimahnya, barangkali tidak keterlaluan jika dikatakan Maliki Tabrizi telahpun menghayati sepotong du’a dari Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib:

“Ya Allah, aku menyembah-Mu dan menundukkan kepalaku dalam ibadah kepada-Mu bukan kerana aku tergila-gilakan syurga-Mu, juga bukan kerana takut kepada neraka-Mu, tetapi aku menyembah-Mu kerana aku menganggap bahawa Engkau memang layak untuk disembah!”

Advertisements

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: