jump to navigation

Imam Hanafi: Ulama’ Kental September 17, 2007

Posted by ummahonline in Tokoh.
trackback

Oleh: Agung Pribadi

Suatu ketika, di kota Kufah ada kambing hasil curian yang lari ke ke dalam kawanan kambing yang bukan curian. Imam Hanafi lalu bertanya kepada mereka yang pakar dalam soal kambing, “Berapakah umur paling tua seekor kambing?”. Sang pakar tersebut menjawab, “Tujuh tahun!”

Sejak saat itu Imam Hanafi tidak mahu makan kambing selama tujuh tahun! Beliau takut kalau-kalau tanpa sengaja ia memakan kambing curian itu. Begitulah hati-hatinya Imam Hanafi. Sebenarnya kalau seseorang tidak tahu sesuatu itu halal atau haram ketika memakannya maka itu tidak apa-apa. Tapi itulah betapa berhati-hatinya Imam Hanafi. Ia menjauhi hal-hal yang subhat. Beza sekali dengan orang dewasa ini. Jangankan yang syubhat, yang haram saja dilahapnya!

Imam Hanafi juga pernah selama 40 tahun melakukan shalat Isya� dengan shalat shubuh dengan sekali wudhu. Bererti beliau tidak melakukan hal-hal yang membatalkan wudlu sepanjang malam tersebut. Waktu semalaman itu digunakan Imam Hanafi untuk beribadah mendekatkan diri kepada Alah SWT. Kalau bulan Ramadhan, Imam Hanafi dalam sehari ia mengkhatamkan Al Qur-an dua kali. Siang sekali dan malam sekali. Begitulah sifat-sifat Imam Hanafi. Sebenarnya siapa dia?

Imam Hanafi sebenarnya bernama An Nu�man bin Tsabit bin Zautha bin Mah. Ia dilahirkan di kota Kufah (Iraq) pada tahun 80 Hijriah (699 Masehi). Ayahnya keturunan dari bangsa Parsi, tetapi sebelum Imam Hanafi dilahirkan, ayahnya sudah pindah ke Kufah. Jadi, ia bukan orang Arab atau dalam bahasa Arab disebut Ajam (bukan Arab). Pada waktu Imam Hanafi dilahirkan, pemerintahan Islam sedang di tangan Abdul Malik bin Marwan (Raja Bani Umayyah yang ke-5).

Menurut sebuah riwayat Tsabit (ayah Imam Hanafi) waktu kecil pernah diajak datang berziarah oleh ayahnya (Zautha) kepada Ali bin Abi Thalib r.a. Pada waktu itu, Ali bin Abi Thalib mendoakan Tsabit agar ada anak keturunannya yang menjadi rijal (tokoh) yang baik, luhur, dan pintar. Ternyata doa Sayidina Ali bin Abi Thalib RA dikabulkan Allah. Anak Tsabit iaitu Imam Hanafi menjadi seorang tokoh yang baik, luhur, dan pintar.

Imam Hanafi alias An Nu�man ini setelah punya beberapa anak, ada yang dinamakan Hanifah. Maka menurut tradisi orang Arab ia dipanggil Abu Hanifah. Menurut riwayat yang lain kerana Imam Hanafi ini sifatnya baik, luhur, lurus maka ia dipanggil Abu Hanifah. Hanifah ini ertinya lurus atau cenderung kepada kebenaran sebagaimana pengikut Nabi Ibrahim pada masa Nabi Muhammad SAW disebut orang-orang Hanif.

Menurut riwayat lain iaitu Hanifah menurut bahasa Arab loghat atau dialek Iraq bererti tinta. Kerana Imam Hanafi ke mana-mana membawa tinta maka ia diberi gelar Abu Hanifah (Bapanya tinta). Setelah ajaran-ajaran fiqihnya diajarkan dan disebarkan oleh murid-muridnya maka mazhab itu dinamakan Mazhab Hanafi dan Abu Hanifah disebut Imam Hanafi.

Imam Hanafi ketika belajar pada Imam Amir bin Syarahil Asy Syu�bi (wafat tahun 104 H), gurunya ini setelah melihat dan memperhatikan keadaan peribadi beliau dan kecerdasannya, lalu menasihati supaya rajin mempelajari ilmu, dan supaya mengambil tempat belajar yang tertentu (khusus) di majlis-majlis para ulama dan para cendekiawan ternama masa itu. Sejak saat itu Imam Hanafi menjadi sangat rajin belajar.

Imam Hanafi mulai mengajar ketika Imam Hammad bin Abi Sulaiman meninggal pada tahun 120 H di kota Kufah. Menurut adat kebiasaan masa itu kalau seorang ulama meninggal maka pengajiannya digantikan oleh anaknya. Tapi kerana anak Imam Hammad tidak secerdas ayahnya maka jamaah pengajian itu menjadi sepi beralih ke Imam Musa bin Katsir (Ibnu Katsir). Tapi, lalu Imam Musa bin Katsir meninggalkan Kufah untuk menunaikan ibadah haji ke Mekkah. Sejak saat itu warga Kufah meminta Imam Hanafi untuk menggantikan gurunya iaitu Imam Hammad bin Abi Sulaiman. Sejak saat itu ramailah pengajian Imam Hanafi dan Imam Hanafi menjadi ulama utama di kota Kufah. Imam Hanafi lalu dikenal luas sebagai orang yang luas ilmu pengetahuannya. Ia ahli ilmu kalam, ilmu fiqh, ilmu bahasa Arab, ilmu hikmah, dan kesusasteraan yang jarang bandingannya pada masa itu.

Imam Hanafi menempuhi dua dinasti. Iaitu Dinasti Bani Umayyah dan Dinasti Bani Abbasiyah. Pada tahun 127 H ketika kekuasaan berada di tangan Marwan bin Muhammad Al Ja�dy (Raja ke-14 dari Dinasti Bani Umayyah) raja terakhir Bani Umayyah, Gabernor Iraq iaitu Yazid bin Amr bin Hurairah Al Fazzary memilih dan menunjuk Imam Hanafi menjadi ketua Baitul Mal di Iraq. Imam Hanafi menolak kerana menurutnya ulama harus bebas tidak menjadi birokrat. Menurut Imam Hanafi ulama harus memperlakukan kekuasaan seperti api. Kalau terlalu dekat akan panas kalau masuk ke dalamnya akan terbakar. Begitulah seharusnya sikap ulama terhadap kekuasaan. Gubernur Yazid marah.

Pada kesempatan lain iaitu tahun 130 H Gabernor Yazid menawarkan lagi pangkat Qadhi (Hakim) kepada Imam Hanafi. Imam Hanafi secara konsisten tetap menolaknya. Kerana marah, Gabernor mengancam Imam Hanafi dengan hukuman cambuk tapi Imam Hanafi tidak takut. �Hukuman dunia dengan cemeti itu lebih baik dan lebih ringan bagiku dari pada cemeti di akhirat nanti!� demikian kata Imam Hanafi. Akhirnya Imam Hanafi dihukum 110 kali cambuk dengan setiap harinya 10 cambuk. Tapi Imam Hanafi bahagia menerimanya kerana menurutnya inilah risiko pekerjaan seorang ulama.

Kemudian pada 132 H, terjadi pergantian dinasti kekhalifahan Islam dari Bani Umayyah ke Bani Abbasiyah. Abul Abbas As Safah adalah Khalifah pertama Abbasiyah. Pusat pemerintahan Bani Abbasiyah adalah di Baghdad tapi pusat pergerakan sebelum merebut kekuasaan adalah di Kufah, kota tempat tinggal Imam Hanafi. Pada 136 H Abul Abbas meninggal dan digantikan Abu Ja�far Al Manshur, adik Abul Abbas. Saat itu Imam Hanafi berusia 56 tahun dan sudah terkenal sebagai ahli ilmu kalam (teologi) dan ahli fiqh terkemuka di kekhalifahan Islam. Imam Syafi�i menyebut bahawa Imam Hanafi adalah �Bapanya ilmu fiqh� kerana semua ahli fiqh mata air ilmunya dari Imam Hanafi.

Setelah beberapa tahun berkuasa, Abu Ja�far Al Manshur meminta Imam Hanafi supaya menjadi Qadhi tapi Imam Hanafi konsisten menolak jabatan dari penguasa. Khalifah marah. Akhirnya Imam Hanafi dipenjara. Ibunda Imam Hanafi berkata, �Tinggalkanlah pekerjaan sebagai ulama kerana hanya mendapatkan siksa!�. Imam Hanafi menjawab, �Aku hanya mencari ridha Allah, Bu!� Setelah beberapa tahun dipenjara, Imam Hanafi pun diberi minuman yang berisi racun dan akhirnya meninggal di dalam penjara.

Salah satu sebab yang membuat Imam Hanafi dapat bebas adalah kerana ia sudah kaya. Imam Hanafi adalah seorang pedagang kain yang berjaya dan kaya raya. Sehingga ia tidak bergantung kewangan kepada pemerintah/penguasa. Ia juga sebagai pengusaha yang jujur. Kalau kain yang dijualnya ada cacat ia katakan ada cacatnya. Cara berdagang seperti inipun mulai dipopularkan di dunia perniagaan moden zaman sekarang untuk memelihara pelanggan.

Imam Hanafi walaupun kaya tapi ia seorang yang zuhud. Ia jarang tidur dan sering puasa walaupun biasanya orang kaya tidurnya nyaman dan makannya enak. Tapi ia mengendalikan nafsu itu. Imam Hanafi pun sering memberi derma kepada orang lain, seperti biasiswa kepada murid-muridnya ataupun pinjaman kepada orang yang papa.. Suatu hari ada orang yang berpapasan dengan Imam Hanafi lalu membalikkan badannya. Imam Hanafi berkata, �Mengapa engkau seperti itu?� Orang itu menjawab, �Kerana aku berhutang 10.000 dirham kepadamu, jadi aku takut kepadamu!�

Imam Hanafi menjawab, �Janganlah engkau seperti itu lagi, mulai saat ini hutang itu lunas! Jangan sampai ada orang yang takut kepadaku kerana berhutang kepadaku!� Imam Hanafi dibunuh pada 150 H. Sebelum menghembuskan nafas terakhir, beliau berwasiat supaya dimakamkan di pemakaman yang baik iaitu bukan tanah hasil rampasan raja dan gabernor.

Malah, Imam Hanafi juga banyak menulis buku. Tapi ilmu fiqhnya tidak ditulis dan disusun dalam satu buku. Murid-murinyalah yang menyusunkannya ke dalam buku-buku mazhab Hanafi. Wallahu A�lam bish Shawab.

Nota: Agung Peribadi merupakan seorang sejarawan, kolumnis, serta penyelidik di Yayasan Harkat Bangsa Indonesia (YHB Indonesia)

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: