jump to navigation

Husain Fadhlullah: Idealog Hezbollah September 21, 2007

Posted by ummahonline in Tokoh.
trackback

Oleh: El-Hurr

Sayyid Muhammad Husain Fadhlullah lahir pada tahun 1354 H/1933 M di kota Najaf al-Asyraf. Ayahnya, Sayyid Abdul Rauf Fadhullah adalah salah seorang ulama besar yang pernah bermaustatin di Najaf selama tiga puluh tahun. Datuknya bernama Najibuddin Fadhlullah, adalah salah seorang ulama ternama pada masanya.

Husain Fadhlullah melalui semua pengajian Muqaddimah dan Suthuh Hauzah di bawah bimbingan langsung ayahnya kecuali jilid kedua kitab Kifayatul Ushul yang ia pelajari dari Syeikh Mujtaba Lankarani. Manakala Bahtsul Kharij ia lalui di bawah bimbingan Sayyid Muhammad Ruhani. Setelah menyelesaikan pakej penuh pelajaran Bahtsul Kharij di bawah bimbingannya, ia lalu dibimbing oleh Ayatollah Khu’i.

Kumpulan pelajaran yang telah diteknuni oleh Husain Fadhlullah di bawah bimbingan Ayatollah Khu’i antara lain ialah; satu pakej penuh ilmu Ushul Fiqh, bab Ba’i (jual beli) dan Khiyarat dari kitab al-Makasib, bab Taklid, bab Thahara (bersuci), dan sebahagian bab Shalat. Di samping itu juga, ia juga pernah menghadiri pelajaran Syeikh Husain al-Hilli selama dua sampai tiga tahun, pelajaran Ayatollah Sayyid Mahmud Shahrudi selama dua tahun, dan pelajaran Ayatollah Hakim selama satu setengah tahun. Pelajaran Qawa’idul Fiqhiyah ia pelajari di bawah bimbingan Mirza Hasan Burujerdi pada hari-hari minggu.

Melihat kekosongan gerakan sosial yang ada di kalangan para pelajar Hauzah Najaf, Husain Fadhlullah memberanikan diri untuk membentuk sebuah kegiatan sosial dan media massa. Akhirnya, pada tahun 1379 H/1958 M, ia bekerja sama dengan Ayatollah Muhammad Baqir as-Shadr dan Ayatollah Syeikh Muhammad Mahdi Syamsuddin dan di dukung oleh Jama’atul Ulama yang berpusat di kota Najaf. Ketika itu, gerakan mereka berhasil menerbitkan majalah al-Adhwa’. Kajian utama majalah ini pada tahun pertama diisi oleh artikel-artikel yang ditulis oleh Syahid Muhammad Baqir as-Shadr dengan judul Risalatuna (misi kami) selama setahun, pada tahun kedua selama enam tahun diisi oleh Sayyid Husain Fadhlullah dengan judul Kalimatuna (pesan kami). Artikel-artikel kedua ini akhirnya dibukukan dengan judul Qadhayana ‘ala Dhau’il Islam.

Kerjasama antara Sayyid Muhammad Husain Fadhullah dan Syahid Muhammad Baqir as-Shadr ini tidak hanya terfokus pada bidang kebudayaan. Akan tetapi, hal ini juga meliputi bidang politik yang melahirkan sebuah parti revolusioner “Gerakan Islam Iraq” yang akhirnya berganti nama menjadi “Hizb ad-Da’wah al-Islamiyah”. Pada saat itu para pengikut revolusioner Iraq masih belum memiliki sebuah parti politik yang tersusun secara rapi.

Pada tahun 1387 H/ 1966 M, berdasarkan permintaan kebanyakan para pengikut Shi’ah Lubnan dan perintah ayah beliau yang ketika itu adalah seorang Marja’ di sana, Husain Fadhlullah kembali ke Lubnan. Hingga kini ia berhasil mendidik para kaum muda berdasarkan ajaran-ajaran al-Qur’an yang mulia. Kegiatan-kegiatan-kegiatannya hingga kini telah meluas meliputi bidang-bidang politik, kebudayaan, pendidikan serta keagamaan. Ia termasuk salah seorang ulama yang terbilang paling aktif dalam menyebarkan agama Islam.

Sayyid Muhammad Husain Fadhlullah di samping memiliki kedudukan yang khusus di kalangan ulama para pemikir, ia tidak pernah lalai membimbing masyarakat umum dan tidak pernah lupa menjalankan etika-etika Islam di tengah kehidupan mereka. Yang perlu diperhatikan di sini adalah kaedah yang digunakannya dalam mendidik para generasi muda khususnya para muslimah sebagai penentu masa depan sebuah masyarakat.

Husain Fadhlullah meyakini bahwa Islam harus diterjemahkan dalam kehidupan masyarakat dalam bentuk teori pemikiran yang dapat mempengaruhi logika dan cara berfikir manusia. Di samping itu, ia juga diterjemahkan dalam bentuk perasaan, naluri dan cinta yang dapat menusuk kalbu. Dan ketika kita boleh melakukan semua itu, nescaya kita akan dapat merealisasikan n kedua faktor tersebut (faktor pemikiran dan naluri) di dalam keperibadian, perilaku dan kehidupan manusia. Dengan kata lain, teori pemikiran Islam itu dapat kita ubah ke dalam bentuk amalan.

Salah satu daripada program-program terpenting Husain Fadhlullah dalam bidang pendidikan adalah membangun sembilan pusat pendidikan progresif yang meliputi sekolah dan pusat-pusat sosial yang memiliki sekitar enam belas ribu pelajar. Sebahagian daripada lembaga tersebut telah dikhususkan untuk para pelajar wanita. Seperti sekolah Khadijah al-Kubra yang memiliki dua ribu pelajar. Sebahagian mereka adalah anak-anak yatim dan puteri-puteri para syuhada. Mereka tinggal di sekolah-sekolah tersebut secara kekal.

Di samping itu juga, Husain Fadhlullah dan gerakannya turut membangunkan enam pusat pendidikan percuma yang lengkap bagi menampung dan mendidik anak-anak yatim. Pada tingkat sekolah rendah lagi. Pusat pendidikan percuma ini sebagaimana layaknya sebuah sekolah. Malah, Husain Fadhlullah turut mendirikan Markaz Besar Islam Beirut yang meliputi dua masjid Imam Hasan dan Imam Husain, manakala sebuah balai pertemuan pula yang diberi nama Fathimah az-Zahra.

Selain daripada itu, gerakan Husain Fadhlullah pernah membina pusat-pusat kebudayaan di berbagai penjuru kota Lubnan, seperti pusat kebudayaan Imam Hasan al-Askari, masjid Ahlul Bait di Biqa’ dan pusat kebudayaan Imam Ali di Jalala, serta pusat kebudayaan Ahlul Bait di Tripoli dan masjid Imam as-Shadiq di Hermel.

Memang, peranan politik Husain Fadhlullah dan pembelaannya terhadap Revolusi Islam memiliki pengaruh yang sangat besar di kawasan timur tengah, dan beliau selalu dikenang sebagai pemimpin ruhani Hezbollah. Bahkan, regim Zionisme telah melakukan tiga kali usaha untuk membunuhnya. Akan tetapi, dua kali mereka mengalami kegagalan dan selebihnya mereka hanya mampu mencederai kakinya. Bekas peluru tersebut hingga sekarang masih dapat dilihat dengan jelas.

Di kalangan masyarakat Islam, terutamanya di Lubnan, Ayatollah Sayyid Husain Fadhlullah, telah dianggap sebagai salah seorang marja’ taklid terbesar di dunia. Malah, beragamnya penulisan beliau telah membuktikan keutuhan keilmuan dan amalannya. Antara buku yang pernah dihasilkannya ialah: Min Wahy al-Qur’an, tafsir al-Qur’an sebanyak 25 jilid, al-Hiwar fi Dhau’il Islam, al-Masyru’ al-Islami al-Hadhari., Fiqh al-Hayah, Rasalah fi ar-Radha’, al-Yamin wa al-‘ahd wa Nadzr, dan banyak lagi.

Apabila kita mengenang semua baktinya sebelum ini, dan kini sekalipun, maka sudah seharusnya Ayatollah Sayyid Husain Fadhlullah mendapat tempat di hati masyarakat Islam, lebih-lebih lagi dari kalangan masyarakat Lubnan yang rencam etniknya. Semoga Tuhan merahmati amalannya!

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: