jump to navigation

Di Sebalik Kekuatan Iran Oktober 10, 2007

Posted by ummahonline in Artikel.
trackback

Oleh: Muhammad Alkaf

Pasca kemenangan bersejarah dan dramatik pasukan “majlis taklim” Hizbullah, Lubnan, rencana Amerika dan Israel untuk membangun Timur Tengah Baru dengan peta dari Tel Aviv, sungai Furat sampai sungai Nil kini tinggal mimpi belaka. Sekarang telah muncul “Timur Tengah Baru” yang dibentuk oleh kehendak perjuangan yang tak pernah mengenal lelah: Hizbullah.

Nah, sekarang mitos pasukan Israel yang tak terkalahkan sudah terhapus dari benak khalayak. Sudah tinggal cerita masa lalu bahawa Israel mampu mengalahkan beberapa negara Arab hanya dalam tempo tiga hari selama perang Arab-Israel.

Menghadapi pasukan majlis taklim—saya menyebutnya pasukan majlis taklim, kerana jumlah tentara hizbullah hanya ribuan dan dengan peralatan yang “kurang canggih dan pas-pasan” bila dibandingkan dengan persenjatan ketenteraan Israel —pasukan Israel bak tikus-tikus yang lari tunggang langgang kerana ketakutan. Pasukan Israel harus menelan pahit kekalahan bersejarah selama perang 33 hari musim panas tahun lalu.

Kemenangan di luar dugaan banyak kalangan tersebut kiranya mampu menepis anggapan sebahagian orang bahawa rasa-rasanya mustahil membebaskan al-Quds dari cengkaman Israel. Bahawa pembebasan Palestin itu mudah jika umat Islam bersepadu, bersatu dan mempunyai tekad bersama yang kuat. Bukankah Imam Khomeini pernah mengatakan bahawa “andaikan setiap Muslim membawa satu timba air lalu dicurahkan ke Israel nescaya seluruh Israel tenggelam.” Ini sebuah ilustrasi yang menarik. Imam Khomeini mengingatkan kita bahawa umat Islam mempunyai potensi besar bila mereka mahu bersatu untuk menumpaskan musuhnya. Persoalannya adalah kita masih sibuk dalam perselisihan dan debat dalaman yang tidak perlu, seperti isu mazhab: Sunnah-Shi’ah, dll.

Jumaat terakhir bulan Ramadhan yang dicanangkan Imam Khomaini sebagai hari al-Quds dan beliau menyebutnya sebagai hari Islam dan hari pembebasan kaum mustadh’afin di seluruh dunia adalah keputusan bersejarah yang sangat cemerlang dan patut diapresiasi secara maksimum oleh umat Islam di mana pun mereka berada. Turunnya jutaan orang di saentero dunia untuk meneriakkan slogan “mampus Amerika”, “mampus Israel” akan menjadi mimpi buruk buat Israel dan isyarat jelas bahawa mereka adalah penjajah dan masa kekuasaan mereka sudah berada di hujung tanduk.

Dunia ke depan mungkin akan menyaksikan serangkaian kejutan-kejutan baru yang di luar dugaan dai pengamatan politik. Sesuatu yang pasti adalah bahawa jarum sejarah dunia selalu menuju ke arah Islam. Bola kini selalu mengarah ke Islam. Siapa menyangka Iran yang dikenakan sekatan ekonomi lebih dari 20 tahun oleh Amerika dan mengalami “babak tragik” selama perang dengan Iraq kini dengan mempunyai kepakaran dalam teknologi nuklear, bahkan Iran mendakwa telah masuk dalam jajaran negera-negara yang menguasai teknologi nuklear! Siapa mengira, akhirnya justeru Hamas yang tidak dikehendaki Barat memimpin majoriti suara di pilihanraya Palestin! Siapa menduga senario Amerika untuk membikin pemerintah boneka di Iraq gagal, dan di Iraq, mereka justeru memasuki lumpur yang sangat sulit bagi mereka untuk keluar darinya.

Sementara itu, di Turki, hembusan angin Islam menerpa muka media ketika kelompok berhaluan Islam mampu memperoleh suara signifikan di parlimen. Turki yang kental berhaluan sekular kini harus berhadapan dengan kelompok Islam yang duduk di kerusi kekuasaan yang tinggi. Dan, Ahmadinejad semakin mengejutkan dan bersinar dan layak disebut “the one man of year” ketika pidato, penampilan santunnya, dan kekuatan logiknya di Universiti Colombia mampu meredam pertanyaan-pertanyaan nakal tentang Iran dan Islam. Dan sekurang-kurangnya selama dua hari media barat dan media dunia sibuk mengulas dan membicarakan orang nombor wahid di pemerintahan eksekutif Iran ini. Benar, Ahmadinejad keluar sebagai the real winner, sedangkan Bush dan baruanyahanya mengisi posisi sebagai runner-up, atau mungkin lebih tepat mereka yang tertewas.

Media Barat selalu berbicara tentang kemungkinan dan semakin dekatnya operasi ketenteraan Amerika terhadap Iran. Mereka melihat bahawa Iran tetap utuh dan tak bergeming pasca penjatuhan dua kali hukuman Dewan Keselamatan PBB yang tidak terlalu berpengaruh secara signifikan terhadap keputusan politik dan ekonomi. Persoalannya apakah mudah menyerang Iran? Apakah Iran seperti Iraq dan Afganistan? Apakah Iran tidak punya peralatan ketenteraan yang tangkas mengimbangi serangan ketenteraan AS? Apakah Amerika dan sekutunya begitu mudah menaklukkan Iran yang terkenal dengan patriotismenya dan semangat syahadah (menjadi syahid di jalan Allah) kerana terinspirasi dengan perjuangan Imam Husayn?

Masih cukup segar dalam ingatan kita bahawa perang Iraq-Iran , di mana Iran di serang dalaman dan luaran oleh lebih dari 30 negara. Tapi apa yang terjadi? Bara revolusi Islam bukan hanya tidak padam, bahkan semakin menyala dan terang-benderang. Tentera Islam Iran mampu merebut kembali beberapa kawasan yang dikuasai oleh Tentera Saddam dengan senjata yang sederhana dan mereka berhasil mencegah cita-cita Saddam dan Amerika. Sehingga hal ini memeningkan Saddam, lalu ia mengunakan senjata Amerika yang dibelinya menerusi Eropah.

Kini, kita tahu bahawa tentera Iran sekarang bukan hanya tidak lemah bahkan jauh lebih kuat secara moral dan persenjataan. Bahkan kementeriaan pertahanan Iran baru-baru ini melaporkan bahawa dalam sebahagian bidang persenjatan penting, Iran sudah mandiri dan “overdoses” alias lebih dari cukup. Tentu tidak semua persenjatan yang dimiliki Iran dipamerkan ke khalayak. Hasilnya dari apa yang diberitakan saja, persenjataan Iran terasa paling canggih di Timur Tengah. Kerana itu, wajar saja dan bukan omong kosong bahawa pemimpin spiritual tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei berulang kali menegaskan bahawa serangan ketenteraan sekecil manapun terhadap negaranya akan dibalas dengan pukulan telak dan keras.

Orang yang menilai bahawa kalau Iran diserang oleh AS, maka tamatlah riwayat negeri Mullah ini adalah orang yang tidak tidak baca akhbar atau tidak mampu membeli akhbar sehingga tidak tahu menahu apa-apa. Jika memang Iran mudah ditaklukkan dan diduduki, maka logiknya sejak dahulu Amerika akan melakukan itu, bukan malah menunggu tumbuh besar dan kuat. Sebab, pohon Revolusi yang berkah ini telah tumbuh kuat dan akarnya kukuh serta daunnya menjulur ke angkasa, sehingga mencabutnya bukan perkara mudah, kalau tidak dikatakan mustahil.

Begitu juga simpati rakyat dunia sekarang begitu tampak pada Presiden Iran . Ahmadinejad disambut luar biasa oleh rakyat di negara yang dikunjunginya dalam beberapa kunjungannya di kawasan Asia, Amerika Latin dll. Bandingkan dengan amarah dan demontrasi anti-Bush yang mewarnai lawatannya ke pelbagai penjuru dunia. Menurut hemat kita, hanya ada satu kunci untuk mengalahkan Iran, jauhkan umat dari ulamanya dan padamkan kegiatan majlis-majlis yang menghidupkan peringatan Asyura. Selama di kalbu anak-anak muda Iran masih ada nama Imam Husayn dan perjuangannya dalam membela agama datuknya Nabi Muhammad saw, maka kekuatan apapun di dunia ini tidak akan pernah dapat menumbangkan Republik Islam Iran.

Akhirnya, jika Bush memanfaatkan kegilaan epribadi dan politiknya untuk tetap menyerang Iran, apapun yang terjadi, maka kita akan saksikan peperangan besar yang dampaknya menguasai pentas global. Dan Iran lebih siap untuk menyambut cabaran Amerika. Sedangkan moral pasukan AS saat ini sedang jatuh kerana terbukti banyak tentera mereka yang secara suka rela bunuh diri dan angkanya sangat tinggi dan banyak anak-anak muda lari dari pendaftaran menjadi tentera, sehingga kerana itu kementerian pertahanan Amerika menawarkan mereka dengan gaji yang lebih besar.

Sementara Iran memiliki lebih dari 15 juta pasukan basiji (tentara sukarela dari kalangan rakyat yang terlatih secara ketenteraan). Dan pasukan Iran merindukan kehadiran di tengah medan perang untuk membela Islam dan meneguk madu syahadah. Tidak ada ibu-ibu yang protes kerana anaknya terbunuh seperti yang terjadi di Amerika. Tidak ada isteri-isteri yang menyalahkan pemerintah kerana mengirim suami-suami mereka ke barisan hadapan. Justeru pasukan Iran diantar oleh ibu dan isteri mereka menuju barisan pertempuran untuk menegakkan keadilan dan kebenaran. Pemandangan seperti ini biasa kita saksikan selama perang Iraq-Iran.

Dan jangan lupa bahawa masyarakat Iran sangat setia kepada pemimpin agama. Jika pemimpin spiritiual tertinggi Iran, Ayatullah Ali Khamenei menabuh gendang perang melalui fatwanya maka kita pasti akan menyaksikan majoriti rakyat Iran, tua-muda akan mendukung dan mengamininya, atau bahkan mensyukurinya kerana mereka diberi kesempatan untuk menjadi syahid dan mencatatkan nama-nama syuhada dari keluarga dan kerabat mereka. Masyarakat seperti ini jangan dicabar dan ditakut-takuti dengan perang, tapi ajaklah damai. Kerana bila sedikit saja anda berlaku zalim kepada mereka, maka mereka akan mengejar dan menuntut anda.

Selamat menikmati kejutan berikutnya!

Komentar»

1. rey - Februari 17, 2008

Selamat.
Semoga pelan-pelan kita ditunjukkan potret demi potret kekalahan Amerika dan Sekutunya.

2. bravopro67 - Februari 20, 2008

Salam,

Pengikut Pak Wahab bilang; “Apa perlunya kisah-kisah Karbala dan Imam Husayn di ulang-ulang tayang. Bukankah semua ini perbuatan-perbuatan bidaah?. Kalau majlis maulud Nabi pun sudah difatwakan bidaah oleh fatwa-fatwa kami menurut para Alim dan Sohibul Sama’ah kami, apatah lagi kalau majlis memperingati peristiwa Karbala di hari Asyura. Belum lagi kisah-kisah dogengan dan mirip kisah 1001 malam yang di’remix’ dan diadunkan bersama bagi mendapat nafas dan rentak menyegarkan. Bukankah yang membunuh Husayn itu, penduduk Kufah sendiri alias Syiah jua adanya. Apatah lagi kalau diwarnai seperti dan hampir mirip aksi-aksi X (extreme) di Batu Caves, di Hari Thaipusam”.

Sekarang kita bilang kepada mereka, mengapa cerita-cerita ini harus diulang-ulang?. Seperti artikel Di Sebalik Kekuatan Iran itulah jawapan ‘interimnya’.

Kalau tak faham juga, tanyalah kepada Khomeini, Khamane’i,Baqir As Sadr, Musa As Sadr, Abbas Musawi dan Hassan Nasrallah sendiri.

Kalau tak faham juga, cuba tanyakan kepada Muhammad Reza Pahlavi, Saddam Hussein, Jimmy Carter, Ronald Reagen, Bill Clinton, George Bush Senior mahupun Junior, Arial Sharon, Olmert dan Amin Perez. Tanyakan juga kepada Fuad Sinyiora mahupun Walid Jumblatt. Jangan lupa kepada Bashir dan Hafiz Al Assad. Cuba tanyakan kepada para kawan mahupun lawan. Tanyakan juga pada si wanita Negro, Black American, Rice si pemain piano itu.

Kalau tidak faham-faham juga, barangkali George Bush dan Olmert lebih beruntung dan bernasib baik dari anda. Mereka mengerti yang segala persenjataan dan kekuatan mereka waimma secanggih dan banyak mana sekalipun, tidak akan mampu melawan kekuatan jiwa-jiwa manusia yang menyintai perjuangan, kematian dan syahadah. Cuma mereka tidak tahu, dari manakah datangnya kekuatan kejiwaan ini. Kerana mata mereka buta dari melihat cahaya kebenaran ini. Kalau mata mereka buta, kita boleh faham kenapa mengapa. Soalnya, apakah kita mahu jadi lebih buta dari segala kebutaan gelap mereka? Kita mahu meninggalkan ‘legacy’ yang ditinggalkan oleh Nabi; “Al Quran Wa Ahlul Bayti Itroti”. Meninggalkan salah satu, sama ertinya dengan kesemuanya sekali.

Wassalam

3. La_abwa - Februari 21, 2008

Mengikut keyakinan Sunni Imam mahdi akan muncul di mekah bukan di Iran… allahuaklam. cerita banyak pun tatak guna.. kita tuggu sahaja bila tiba masanya. :)

4. bravopro67 - Februari 23, 2008

Salam~

He! He! He!. Menurut riwayat MAB pun, Imamul Ins wal Jan itupun akan muncul dan zahir di Mekah dan diikuti dengan para pengikutnya yang mula-mula sebanyak 313 orang. Tapi itu bukan persoalannya di sini.

Di sini kita menceritakan persoalan Iran. Ketika ini kita berceritakan siapakah yang paling bersedia dengan kekuatan dan keimanan bagi menghadapi ‘syaithan kubra’ dan Yazid zaman ini. Apakah kita fikir kita membela Islam tapi di masa yang sama sebagai contoh Khadamul Haramayn dan kuncu-kuncunya bila bertemu dengan Bush, saling berpeluk-pelukan sedangkan di tangan Bush itu penuh dengan darah-darah manusia tertindas dan airmata manusia-manusia yang dizalimi di Palestin, Lubnan, Afghanistan, Iraq dan entah di mana-mana lagi?

Biasalah manusia yang sebegini, apabila tidak mampu manghadapi kenyataan, bila melihat musuh berada di puncak, akan mencari alasan dan muslihat untuk tidak mengakui kenyataan dan kebenaran. Iblis pun punya alasan untuk tidak tunduk pada Adam. Apatah lagi sekadar manusia biasa. Umar pun punya alasan, bila memberi alasan terhadap Abul Hassan : “Kami melihat usia muda beliau dan kami tidak mahu Nubuwwah dan Imamah terhimpun pada Bani Hasyim”. Itu alasan-alasan mereka tetapi apakah alasan2 itu boleh diterima oleh Tuhan?

5. La_abwa - Februari 24, 2008

Antara peranan terbesar syaitan ialah melaga2kan sesama umat. Peranan ini kini dimainkan oleh segelintir ummat bertopengkan kemuliaan ahlul bayt. Manusia begini tidak mampu menghadapi kenyataan., mereka hanya bersandiwara dengan hikayat tangiran karbala untuk meraih simpati.

Mereka tak akan dapat menguasai/menjadi imam di masjidil haram , itu kenyataannya. Mereka lupa bahawa ahlu bayt adalah Arab quraisy bukannya Iranian.Kita bukan nak bela orang Arab yg loklak ttp berpijak dibumi nyata dan bukan mengikut sentimen emosi. Harap maklum.

6. bravopro67 - Februari 25, 2008

Salam~

Lihat!. Ada manusia yang tidak faham lagi dengan tematik Karbala, Ashura dan Imam Hussain. Khomeini, Khamanei, Nasrallah, sebahagian besar rakyat Iran, Lubnan berjaya mengutip mutiara-mutiara Revolusi Terbesar dalam sejarah kemanusiaan apatahlagi Islami. Sebab itu mereka berjaya berhadapan waimma Syaithan Besar dan Yazid di zaman ini. If you want to win the war, you must learn from the enemy.

Menurut riwayat2 para Imam Ahlul Bayt ahs, “kalau mata ini pernah menangis, kenapa tidak ianya ditumpahkan untuk Aba Abdillah”. Kalau ada orang menangis kerana sampai umur sebegini belum ada lagi teman dan serunya, kenapa tidak tidak ianya ditumpah juga bagi mengenangi musibahnya cucunda Nabi yang diwajibkan cinta oleh Nabi sawa sendiri. Kalau Nabi sawa sendiri menangisi Hussain, siapakah yang ‘kerek’ sangat untuk meremehkan orang yang kononnya ingin meraih simpati. Bukankah Hussain wajib dicintai?. Bukankah mengenang perjuangannya salah satu tanda menunjukkan kecintaan padanya?.

Menurut Revolusi Hussain, menguasai tempat, kuasa, tentera bukan menjadi agenda utama. Kalau Imam Hussain as. inginkan kekuasaan, sudah tentu beliau akan mengumpulkan ketenteraan sejak dari bumi Madinah dan Mekah itu sendiri. Tapi bukan itu yang berlaku. Imam Hussain menjawab : “Seandainya agama ini nyawanya terletak di kepalaku, duhai pedang!, penggal-penggallah kepalaku”.

Kalau orang meletak nilai perjuangan sekadar menguasai kekuasaan tempat seperti Mekah, bukankah Abu Jahal, Abul LAhab dan Abu Suffian pun pernah menguasai Mekah???. Alangkah singkatnya orang yang berpemikiran sedemikian?

Ya alasan demi alasan. Kalau orang memandang untuk melaga-lagakan, maka perlagaan yang terjadi. Kenapa tidak memandangnya sebagai suatu yang perlu dipelajari dan dikaji? Apakah kita tidak boleh berlaku jujur kepada diri kita sendiri. Come On! dari lubuk hati dan jiwa kita sendiri, cuba jawap secara jujur. Dalam banyak-banyak negara Islam dan bukan Islam dalam dunia ini, siapakah yang mampu berhadapan dengan Uncle Sam dan Zionis Israel?

Kalau kita tidak mampu menjawap dan mengakuinya, persoalan sebenarnya ialah kita sebenarnya cuba menipu diri kita sendiri. Kita tidak mampu untuk mengakui kelebihan orang hanya semata-mata kesumat dan kebencian dalam jiwa kita sudah membutakan mata kita. Kita tidak mampu untuk mengakui kelebihan Iran dan Hizbullah hanya semata-mata kebencian kita terhadap mazhab mereka. Iblis pun begitu juga. Menentang perintah Tuhan hanya semata-mata dendam kesumat terhadap Adam yang dijadikan dari tanah.

Wassalam

7. slamet rofaae - Ogos 31, 2008

ulasan dan komentar anda teramat baik ilmiah dan penuh logika…sedang orang yang berdebat dengan anda hanya menggunakan emosi tampa ilmu..sehingga nampak kepicikan dan kebodohan mereka..yang tidak berilmu..teruskan ulasan saudara dengan lebih berhikmah,,,sehingga mereka melihat kebenaran..dengan cahaya terang


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: