jump to navigation

Melayu pencipta nombor ‘kosong’? Oktober 26, 2007

Posted by ummahonline in Kolum, Pub.
trackback

Oleh: Fathi Aris Omar

‘Kosong’, atau 0, bukan sebarang nombor, penemuannya merevolusikan pemikiran matematik dan sains moden. Nombor ini diperkenalkan di Eropah pada awal abad ke-13 selepas ia dikembangkan di dunia Arab-Islam pada kurun kesembilan.

Tokoh matematik dunia Arab, Muhammad ibn Musa al-Khwarizmi, memperkenalnya di Iraq melalui bukunya Kitab al-Mukhtasar fi Hisab al-Jabr wal Muqabbala (tahun 837) setelah lawatannya di India, benua yang dipercayai “menemui” nombor maha penting ini pada tahun 594.

Tamadun Eropah mengambil kosong, atau zero, daripada penemuan dunia Arab, sifr (sifar). Ia dibawa oleh pemikir Itali, Fibonacci, dalam tahun 1202 melalui karya popularnya Liber Abaci. Perkataan sifar ini juga membentuk perkataan cipher dalam bahasa Inggeris yang membawa masud “tiada apa-apa”, “simbol”, “kod” atau “mesej rahsia”.

Bagaimanapun pensyarah matematik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Mohammad Alinor Abdul Kadir, mengemukakan satu hipotesis lain — penciptaan simbol ‘kosong’ mungkin bermula di alam Melayu selewat-lewatnya pada 580.

Beliau bersandarkan hujah beberapa pengkaji, termasuk karya yang banyak dibahaskan The Universal History of Numbers (terbit 1998) oleh Georges Ifrah, terjemahan edisi Perancis Histoire Universelle des Chiffres pada 1981.

Sebelum dipopularkan al-Khwarizmi, Ifrah menyebut, beberapa nombor kosong di tulisan-tulisan pada batu ditemui antaranya prasasti tembaga Sankheda di India pada 594, Trapaeng Prei di Kemboja (683), Kedukan Bukit, Sumatera (683), Kota Kapor, Sumatera (686), Dinaya, Jawa (793), Po Nagar, Vietnam (813) dan Bakul, Vietnam (829).

Dr Mohammad Alinor berkata, bukti-bukti tambahan yang beliau kumpul dan keterangan Ifrah ini bermungkinan telah lama diketahui oleh seorang penyelidik sejarah China, Joseph Needham dalam bukunya Science and Civilisation in China (1959).

“Needham menyatakan bahawa simbol ‘0’ sebenarnya dihasilkan di bahagian timur tamadun India, iaitu bahagian yang paling hampir dengan China yang menganggap ‘0’ sebagai tempat kosong,” katanya kepada mStar Online hari ini.

Selain itu, tambahnya, seorang ahli matematik Zakov pernah menyebut di satu seminar sejarah sains di Eropah pada 1975 bahawa “simbol 0 yang direkodkan dalam prasasti-prasasti dari kepulauan Melayu lebih tua usianya daripada yang terdapat dalam sistem angka Hindu-Muslim yang direkodkan oleh al-Khwarizmi.”

Dr Mohammad Alinor berkata, seorang profesor pelawat dalam bidang pendidikan matematik di UKM, Frank J. Swetz pada 1979, pernah menyebut “etnik Batak di Sumatera memiliki sistem angka merangkumi 0 yang lebih tua usianya daripada yang terdapat dalam sistem angka Hindu-Muslim.”

Beliau berhujah lagi, sebelum al-Khwarizmi, “ada 17 maklumat dalam tamadun Melayu berbanding tujuh maklumat dalam tamadun India yang memiliki simbol 0.”

Dr Mohammad Alinor antara sekumpulan kecil pensyarah matematik Malaysia yang membahaskan perkara ini, sementara rata-rata ahli akademik dan media tidak memperkatakannya walaupun kajian awal pernah dibentangkan beberapa kali di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Kumpulan ini termasuklah Prof Dr Shaharir Mohamad Zain yang kini mengajar di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof Dr Abdul Latif Samian (UKM), Prof Datuk Dr Abdul Razak Salleh (UKM), Dr Mat Rofa Ismail (Universiti Putra Malaysia) dan beberapa pelajar mereka.

Dihubungi mStar Online hari ini, Dr Shaharir berkata beliau sendiri mula membentang tentang hipotesis penemuan nombor ‘kosong’ di alam Melayu pada 1997 dan 1998, termasuk di luar negeri. Makalahnya yang membincangkan perkara ini “A Note on the Decimal System” diterbitkan dalam Humanistic Mathematics Network Journal pada 2001.

Beliau kesal dengan sikap orang Melayu yang tidak gemar menggali sejarah pencapaian budaya dan keilmuan dalam tamadun mereka sendiri, mengulangi rungutan Dr Mohammad Alinor.

“Orang kita pada amnya tidak minat sejarah, bukan sahaja sejarah matematik,” kata Dr Shaharir, mengulas motivasi awalnya menggali persoalan ini.

“Saya berminat mengetahui perkembangan sains dalam tamadun Melayu sebab selalunya pengkaji melihat sumbangan sastera sahaja. Saya sendiri terkejut sewaktu mengetahui tentang sejarah nombor kosong di alam Melayu.”

Katanya, sewaktu kertas kerjanya “A Note on the Decimal System” dibentangkan di satu seminar antarabangsa, Swetz — kini menitikberatkan kajian tamadun China — sendiri mengucap tahniah atas kajiannya itu.

Sementara Dr Mohammad Alinor pula hairan melihat kecenderungan orang Melayu yang hanya menekankan tamadun Melayu mulai sejarah kemasukan Islam.

“Tamadun Melayu seperti yang sepatutnya difahami bermula di zaman Hindu-Buddha sekitar tahun 190, kemudiannya zaman Islam bermula 1200 dan akhirnya zaman penjajahan-kemerdekaan bermula pada1470. Jika dipinggirkan zaman yang pertama itu, seperti yang berlaku kini, … itu sebenarnya melupakan sekitar 1100 tahun sejarah tamadun Melayu,” kata pensyarah muda itu.

“Akibatnya, kita tidak memahami bagaimana Melayu berfikir menyelesaikan masalah-masalah berkaitan dengannya. Juga, kita kehilangan maklumat berkenaan bahasa Melayu kuno, yang amat berharga itu. Apa lagi maklumat berkenaan sains dan teknologi Melayu.”

Bagaimanapun pensyarah di Fakulti Sains dan Teknologi UKM ini menyebut hipotesis Melayu menemukan nombor kosong ini masih memerlukan kajian lanjut.

“Cukupkah dua fakta umum ini membuktikan bahawa simbol 0 adalah ciptaan bangsa Melayu, atau lebih tepat ciptaan bangsa Funan/Chenla (sekarang Kemboja) atau Sriwijaya (Sumatera) atau Jawa?” katanya.

“Jika Melayu yang mencipta simbol 0, bagaimanakah hendak ditunjukkan bahawa tamadun India mengambil daripadanya? Tamadun India diketahui pernah menterjemahkan buku-buku falsafah Jawa, tapi adakah sistem angka terangkum di dalamnya?”

Dr Mohammad Alinor menyarankan beberapa hipotesis ini “amat positif untuk dikaji dengan lebih lanjut” kerana kini sudah wujud rujukan-rujukan yang boleh dimanfaatkan secara langsung, termasuk penggunaan sistem nombor berdasarkan sistem metrik atau asas persepuluhan yang lebih awal di alam Melayu berbanding Arab-Islam (abad ke-9) dan Eropah (kurun ke-19).

Menurutnya, perkataan tujuh (7) dan saribu (1000) ditemui pada batu bersurat Vo-Canh di Kemboja sekitar kurun keempat.

Bukti-bukti lain termasuklah tiga perkataan pembilangan duaratus (200), sariwu tluratus sapulu dua (1312) dan dualaksa (20,000) pada prasasti Kedukan Bukit pada tahun 683, perkataan sapuluh dua (12) dan dua laksa (20,000) di prasasti Telaga Batu (Sumatera) pada 683.

Walaupun nombor atau simbol ‘kosong’ lewat tercipta, manusia sudah memahami konsep ‘kosong’ jauh lebih awal seperti yang ditemui pada tamadun-tamadun China dan Babylon.

Tamadun Maya-Aztec di Amerika Tengah juga berjaya mencipta simbol ‘kosong’ yang menyerupai kulit siput. Namun mereka dipercayai tidak memindahkan pengetahuan itu kepada perabadan bangsa-bangsa lain sehingga diwarisi pada zaman moden kecuali satu hipotesis.

“Pernah dihipotesiskan di International Congress of Americanist pada 1949 bahawa wujudnya pertukaran budaya di antara Funan dengan Maya/Aztec. Tapi, adakah sistem angka sebahagian daripada yang ditukarkan?” kata Dr Mohammad Alinor.

“Tidak ada langsung bentuk simbol ‘0’ di Asia Tenggara yang menyerupai kulit siput.”

Komen-komen»

1. budakbebudak - September 23, 2008

haryck
edit delete reply
haryck wrote on Aug 28
7000BC, agong mahameru bermula di tanjung pura.
megat dalam + tengku ngah dapat puteri purnima. puteri kawin +rimba jati dari macedonia,,, gelaran lahir agung mahameru. dapat dua anak
merung mahawangsa + merungmahameru

benua melayu dimulai di benua mulayu(yang tenggelam) disebut atlantis dimulai oleh raja che wan izzah pemerintah benua mulayu 10000 tahun benua tenggelam. ketika itu, umur manusa dalam lingkungan 500th.
bagaimana boleh terpahat nama benua mulayu di pagoda besar nepal? masih ada hingga sekarang?

mu layu nama pokok cendana yang harum smerbak yang banyak ditemui di situ.,
25000 tahun dulu, cucu kepada anak ke 20 nabi adam(sisy) balang sang mujun telah kembara dari benua edem ke sebelah selatan dan bertemu / jumpa tanah mulayu. dulu andaman ke besut satu benua.byk lagi.

2. budakbebudak - September 23, 2008

tahun 1000 masihi, kerajaan palembang terkemudian wujud dan memerintah kelantan(patanni),terengganu, pahang. tahun 1380m, kerajaan palembang jatuh. naik kerajaan kemudian, melaka, ramai pemuka dari besut kembara membuka palembang, melaka, dan sebagainya. ini membuktikan melayu adalah bangsa yang mulia, agong, hebat, tapi sekarang, terhina,dina, buta sejarah, tak tahu apa apa.

3. budakbebudak - September 23, 2008

penemuan minyak di betul betul hadapan besut, takungan (besin) yang besar dalam kedalaman 2000 – 4000m, dengan minya no 1(kualiti -kurang sulfur), kos menapis rendah, untung lebih. oleh itu penemuan minyak ini membawa bukti wjd tamadun besar suatu masa dulu.kami yakin itulah benua tenggelam yg disebut atlantis oleh orang puteh

4. budakbebudak - September 23, 2008

cari dalam geografi ptolemy/ tolak bukti dari plato, suatu pembohongan.. bukit puteri ialah kota pemerintahan kerajaan tanjung pura . juga digelar kota lak lok ( bhs lama bermaksud negara maha besar ) mek matahari 3000bc zaman akhir sulaiman (tahun ke ke 950 pemerintahan sulaiman) nabi sulaiman memerintahkan anak saudaranya Amrooza datang ke selatan dan kemudiannya kawin + mek matahari : dapat 4 orang cahayamata. mek jahan pemerintah campa( di sana ada negara pura cendana) . nik jaguan, nik bangsawan, puteri bungso asiah + kawin iskandar zulkarnain .(iskandar adalah sepupu amrooza.

wan samaun adk kedua kepada che wan namat: che wan namat adalah raja palembang kedua. wan samaun telah kembara dan membuka brunei pemeintah atau asal keturunan raja raja brunei.dulu memang terdapat nama wan semaun, kemudian di buang oleh pemerintah brunei terkemudian. adalah satu kerugian kalau kerajaan brunei menolak fakta terdahulu kerana dengan secara langsung mengaitkan tamadun brunei degan sebuah kerajaan besar zaman berzaman. kerajaan / pemula tamaddun melayu sejak 25000 tahun BC.

5. budakbebudak - September 23, 2008

penemuan patong kayu purba 3000bc di yunan telah disepakati bahawa pakar pembuatannya adalah satu golongan dari masyarakat tenggara asia. masa tu, hanya ada aurea chersonesus( tanah melayu) so, tidak syak lagi bahawa melayu memang mendahului zaman dengan ketamadunan.

6. budakbebudak - September 23, 2008

bagaimana peta tanah melayu 10000bc kalau pulau andaman dan terengganu adalah satu daratan? boleh bayangkan peta tanah melayu itu?

7. budakbebudak - September 23, 2008

bukit puteri dahulu di gelar [pulau peteri), bukit bintang dipanggil pulau bentan oleh pelayar india. gunung tebu adallah tapak kerajaan melyu bukit siguntang yangg sebenar.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: