jump to navigation

Dunia Sophie Oktober 28, 2007

Posted by ummahonline in Telaah Buku.
trackback

Oleh: Nadirsyah Hosen

Buku: Sophie’s World
Pengarang: Jostein Gaarder
Terbitan: Berkley, 1996
Halaman: 544
ISBN: 0425152251

Apa yang menarik dari Sophie’s World? Buat sebahagian orang, novel filsafat itu menarik kerana berhasil menyederhanakan pembahasan filsafat yang rumit ke dalam bahasa yang sederhana. Manakala buat sebahagian yang lain, Sophie’s World, yang ditulis oleh Jostein Gaarder serta menerima sambutan hangat di macam negara menjadi menarik kerana pengarangnya berhasil memainkan rasa emosi pembaca.

Buat saya, yang mendapat buku itu di toko buku terpakai di kampus, buku itu menarik kerana dua alasan. Pertama, saya amat terkesan ketika Albert Knox menulis untuk Sophie, gadis berusia 14 tahun, “Banyak manusia yang hidup di dunia dengan cara yang sama anehnya dengan ahli silap mata yang menarik seekor arnab keluar dari topi yang kosong. Dalam kes kelinci itu, kita tahu dia telah mengenakan kita. Yang ingin kita ketahui adalah bagaimana dia melakukannya. Berbeza dengan dunia kita. Kita tahu bahawa dunia bukanlah tipuan tangan sebab kita ada di dalamnya; kita bahagian dari dunia itu.

Sebenarnya, kitalah arnab putih yang ditarik keluar dari topi. Bezanya, arnab itu tak sadar bahawa itu bahagian dari sebuah tipuan silap mata. Tidak seperti kita, kita menyedari bahawa kita adalah bahagian sesuatu yang misteri dan kita ingin tahu bagaimana itu semuanya berjalan.”

Rasa ingin tahu yang dilukiskan di atas membawa kita untuk menggunakan akal kita. Hanya saja, Gaarder secara cerdik menulis cerita Sophie’s World itu dengan sejumlah bayangan yang sama sekali tak masuk akal.

Bagaimana tokoh kartun dapat hidup di depan Sophie, bagaimana dunia boleh berubah ketika ia minum salah satu cairan dan bagaimana Sophie dan gurunya, Albert Knox, boleh lenyap dan memata-matai Hilde dan ayahnya. Tapi justeru inilah alasan ketertarikan saya yang kedua.

Dunia Sophie merupakan perpaduan dunia rasional dan dunia tidak rasional sekaligus. Saya kembali teringat akan Sophie’s World di bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan seyogyanya boleh membawa kita menyedari, bahawa di tengah hidup kita yang kompetitif dan selalu berpacu dengan hal-hal rasional, ada sebuah ruang luas yang menyediakan tempat untuk dunia tidak rasional (baca: dunia mistis).

Bolehkah kita merasionalkan mengapa kita harus puasa? Mampukah akal kita menjelaskan bagaimana kita tidak boleh bergaul dengan perempuan, yang sudah sah kita nikahi, saat siang hari Ramadhan namun dibolehkan di waktu malam? Sanggupkah akal menjelaskan bahawa makanan dan minuman yang halal itu tiba-tiba tidak boleh kita nikmati untuk sementara waktu. Adakah penjelasan yang memuaskan rasional kita ketika dalam hadis Qudsi Allah berfirman, “puasa itu untuk-Ku!”

Sophie’s World mengajarkan kita bahawa hidup ini tidak melulu berdasarkan hitungan rasional. Bulan puasa menjadi saat kita untuk menghela nafas sejenak dan merenungi sikap kita yang selalu mendewakan rasionaliti.

Di atas saya sudah mengutip Sophie’s World, lalu bagaimana dunia menurut Fariduddin Aththar? Sang sufi besar yang hidup pada abad ke-12 ini menulis, “Dunia ini ibarat tenda kafilah dengan dua pintu: engkau masuk dari satu pintu dan keluar dari pintu lainnya. Meskipun engkau seorang Iskandar Agung, dunia sementara ini kelak akan memberikan kain kafan bagi segenap keagunganmu…”

Memang, Fariduddin Aththar benar! Kerana akal yang kita dewa-dewakan pun akhirnya akan berhujung pada sebuah kain kafan.

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: