jump to navigation

Falsafah Puisi November 10, 2007

Posted by ummahonline in Artikel.
trackback

Oleh: Ali Usman

Bukannya tanpa sebarang alasan untuk mencantumkan judul tulisan di atas, yang barangkali oleh sebahagian orang akan menganggap ia tindakan yang “mengada-ada”, provokatif, atau mungkin terkesan sedang melakukan “kegenitan bahasa”.

Sepintas lalu memang agak bertolakbelakang antara dua proposisi yang tampak berbeza secara ketara, iaitu “falsafah” dan “puisi”. Tetapi, apabila kita semak kembali secara geneologi persinggungan antara dua proposisi itu, maka didapati terdapat nilai atau makna yang saling sejajar. Kedua-duanya memiliki kesamaan sekaligus perbezaan, namun sebenarnya maseh tetap sama!

Dalam pandangan Mudji Sutrisno dalam Oase Estetisnya (2006: 157) berpendapat, bahawa keduanya sama-sama bermuara pada pengalaman menghayati kehidupan ini. Bezanya terletak pada nuansa. Falsafah memaparkan pengalaman penghayatan kehidupan lewat bantuan pertanyaan dasariah, radikal dengan mengaitkan secara eksplisit pada pertanyaan mengenai siapa manusia, apa ertinya hidup ini, ke mana arahnya, bagaimana pandangan si manusia sebagai pelaku sejarah hidup terhadap dunianya, jagatnya.

Lalu bila ia menghayati hidup bersama sesamanya, apa tujuan dan erti hidup bersama sesamanya? Sedangkan sastera (puisi) memaparkan pengalaman itu secara langsung, konkrit, tanpa membuatnya menjadi sistematik. Bahasanya pun diungkapkan secara langsung, lancar mengalir memaparkan kehidupan yang ada. Bahasa ini amat jelas terkait dengan kegiatan menciptakan karya sastera atau katakanlah puisi. Ertinya, kerana sastera mahu membahasakan pengalaman hidup, maka ciri bahasanya pun lebih merupakan bahasa ujaran, iaitu memaparkan dengan bercerita dan berkisah lewat kata.

Kerana itu, bila titik tolak keduanya adalah sama, iaitu realiti, lalu yang membuat keduanya berbeza adalah metodologi pengolahannya. Bagaimana itu? Sastera, secara metodologinya, merupakan ziarah penjelajahan seluruh realiti di mana manusia berada, hidup dan bergulat di dalamnya (di mana manusia bereksistensi di dalamnya). Sedangkan falsafah, secara metodologi, muncul sebagai refleksi atas pengalaman manusia dalam berada, bereksistensi itu di dalam realiti hidup yang sudah dirinci, dipisah-pisah menurut alur rasionaliti dan logik lewat akal budi.

Dengan demikian, landasan “falsafah puisi” bila ditilik dari pertautan secara metodologi menemukan cerminan epsitemologi yang jelas. Keduanya tak dapat dipisahkan dan akan selalu “berganding tangan”. Bangunan epistemologi ini boleh dibilang sebagai romantika antara falsafah dan sastera. Tetapi di sisi lain, istilah “falsafah puisi” sebenarnya juga hendak mengkritik dengan daya yang menghujam perkembangan falsafah an sich sebagai salah satu tiang dalam kebudayaan.

Kritik itu diprovokasi oleh Richard Rorty dalam esainya Philosophy as a Kind of Writings melontarkan kenyataan yang mengejutkan ketika mengulas mengenai perkembangan falsafah mutakhir. Bahawa menurutnya, era falsafah dan epistemologi yang serius membicarakan (dan mencari) kebenaran sebagai “cerita-cerita besar” sudah selesai. Yang kita perlukan saat ini adalah “cerita-cerita kecil”, seperti novel dan puisi, yang tak lagi menawarkan kebenaran, tapi hal-hal yang menarik, yang menggembirakan hidup. Maka, kalaupun saat ini masih ada wacana falsafah, menurut Rorty, hendaknya itu kita perlakukan sebagai genre sastera, sebagai puisi belaka.

Pernyataan Rorty ini jelas menyentakkan khalayak. Tidak hanya bagi pemerhati yang memang bergelut dalam dunia falsafah, tetapi para failasuf dunia beserta sasterawannya pun sempat mengerukkan dahinya. Bagaimana tidak, (mungkin) di satu sisi, kita dapat membenarkan pernyataan itu dengan menengok fakta bahawa memang falsafah saat ini berbentuk serpihan-serpihan yang menyebar di pelbagai bidang keilmuan seperti sosiologi, antropologi, juga dalam puisi mahupun sastera.

Untuk menguatkan hujah ini, ia ditandai dengan datangnya dua aliran besar yang “menggempur” habis falsafah sebagai grand narration. Pertama, gempuran dari arah postmodernisme. Adalah Jean Francois Lyotard dalam bukunya The Postmodern Condition: A Report on Knowledge, yang dalam bahasa Inggeris terbit pada tahun 1984 dan sejak itu menjadi locus classicus untuk diskusi-diskusi tentang postmodernisme di bidang falsafah. Pemikiran Lyotard di situ umumnya berkisar tentang posisi pengetahuan di abad ilmiah kita, khususnya tentang cara ilmu dilegitimasikan melalui, yang disebutnya, narasi besar, seperti kebebasan, kemajuan, emansipasi kaum proletar, dan lain sebagainya.

Lyotard menyebut postmodernisme sebagai memudarnya kepercayaan terhadap metanarasi. Keyakinan terhadap metanarasi adalah pencirian dominan modernisme di mana setiap pengetahuan selalu diukur berdasarkan suatu narasi di luar ruang kompetensinya. Metanarasi sendiri adalah suatu cerita besar yang memiliki fungsi legitimasi kerana bersifat menyatukan, total, dan universal.

Narasi-narasi yang selama ini berfungsi sebagai metanarasi antara lain, dialektika roh Hegel, hermeneutika, pertumbuhan ekonomi, dan emansipasi proletar. Dua modus metanarasi dalam menjalankan fungsi legitimasinya antara lain modus spekulasi dan modus emansipasi. Narasi spekulasi (speculative narrative) menekankan bahawa pengetahuan dihasilkan demi pengetahuan (objektif), sedang narasi emansipasi (narrative of emancipation) menekankan bahawa pengetahuan menghasilkan emansipasi masyarakat dari ketidakrasionalan kepada kerasionalan (projek aufklarung).

Sains, misalnya, melegitimasi dirinya dengan merujuk pada narasi spekulatif yang mengatakan bahawa pengetahuan hanya absah sebagai pengetahuan apabila dihasilkan demi pengetahuan itu sendiri (objektiviti).

Kedua, gempuran dari arah postrukturalisme. Salah satu tokoh yang paling menonjol dan memiliki daya kritik menukik dan “pedas” terhadap falsafah Barat adalah Jacques Derrida melalui teori kontroversinya, iaitu dekonstruksi. Di tangan Derrida-lah, falsafah Barat telah dicincang habis-habisan. Tradisi falsafah Barat dalam pandangan Derrida, bersifat phonosentrisme, di mana ucapan dianggap sumber kebenaran dan autentik, sumber kehadiran diri, hidup, sedang oposisinya, iaitu tulisan, dianggap mati, distortif, dan sekadar emanasi sekundernya.

Tulisan selalu dianggap sesuatu yang menghancurkan ideal kehadiran diri murni (pure self presence); self adalah jaminan kepastian kebenaran, Descartes: cogito ergo sum (aku berfikir maka aku ada). Tulisan adalah ancaman pada pandangan tradisional yang sangat mengakar, yang mengasosiasikan kebenaran dengan kehadiran diri (self presence). Prejudis strukturalis yang menempatkan kelebihan ucapan atas tulisan, menurut Derrida, merupakan bahagian dari tradisi metafizik Barat yang dahsyat pengaruhnya yang ia sebut sebagai logosentrisme.

Derrida juga mengkritik sekaligus mempertajamkan konsep makna dalam pandangan strukturalisme. Menurut strukturalisme, makna dimungkinkan hanya kerana terdapat perbezaan (différance) antar tanda. Derrida menambahkan hal yang baru terhadap konsep ini, iaitu bahawa makna tidak pernah hadir sepenuhnya, tetapi selalu tertunda (defféred). Derrida menciptakan kata Perancis baru untuk memuat dua konsep tersebut di atas, iaitu differance.

Akhirnya, dapat kita katakan bahawa saat ini, untuk mengetahui dan memahami apa itu falsafah—yang oleh sebahagian kalangan orang menganggapnya sebagai disiplin ilmu yang amat rumit telah menjelma ke dalam serpihan-serpihan sastera—ada dalam puisi. Di dalamnya mengandung makna hidup yang senantiasa sirna sebagimana yang menjadi salah satu cita-cita falsafah. Maka tak perlu keliru lagi bila kita menyebut falsafah adalah sebentuk puisi, dan puisi sendiri adalah falsafah.

Dan, inilah yang kita namai sebagai “falsafah puisi!”

Advertisements

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: