jump to navigation

Tukarkan Irama Negaraku! November 23, 2007

Posted by ummahonline in Surat Pembaca.
trackback

Oleh: Farrel

Serangan terhadap lagu Negaraku, secara bertubi-tubi yang dimulakan dengan isu penciplakan irama lagu Mamula moon, kemudian isu “campak ke laut” antara penyanyi Hattan dan Ahli Parlimen Sri Gading, YB Dato’ Haji Muhamad b. Haji Aziz dan terbaru kemunculan Negarakuku karya Namewee.

Semua ini menimbulkan kesedaran dalam benak fikiran saya sehingga menyebabkan saya merasakan telah tiba masanya irama lagu kebangsaan Malaysia, Negaraku, ditukar dengan menggantikan irama baru yang diinspirasikan oleh komposer tempatan.

Sengaja saya memanaskan semula isu ini yang kelihatan mulai sejuk dan membeku rentetan pejuang-pejuang muzik tempatan yang kepenatan dalam usaha memperjuangkan isu ini berikutan rasa kecewa kerana tidak mendapat layanan dan perhatian sewajarnya dari pihak kerajaan.

Saya mencadangkan agar irama lagu kebangsaan Malaysia, Negaraku diberi nafas baru disamping mengekalkan lirik asalnya. Saya dengan penuh yakin dengan kebolehan komposer tempatan merasakan adalah wajar tanggungjawab pengilhaman semula irama Negaraku diserahkan sepenuhnya kepada komposer-komposer tempatan dibawah kawalselia kerajaan.

Saya secara peribadi merasakan ia merupakan satu keperluan yang mendesak supaya isu penciplakan ini yang dipelopori oleh pihak tertentu dapat dihentikan dan dibakulsampahkan. Kerajaan sewajarnya melayani isu ini dengan sewajarnya kerana ia kelihatan amat relavan dengan keadaan semasa. Isu ini juga telah menyebabkan maruah Malaysia tercemar berikutan tuduhan yang dilemparkan oleh pihak tertentu yang sememangnya ada kebenaran dan asasnya.

Imbas semula sejarah lagu Negaraku, diilhamkan berdasarkan inspirasi lagu Kebesaran Negeri Perak. Lagu ini pada asalnya merupakan rentak sebuah lagu yang telah dicipta oleh penggubah Perancis, Pierre Jean De Beranger (1780-1857). Lagu ini diperkenalkan oleh sebuah pancaragam Perancis yang mengadakan persembahan di Pulau Mahe yang terletak dalam Kepulauan Seychelles.

Raja Muda Perak, Raja Abdullah Muhammad Shah ibni Sultan Jaafar Safiuddin Muazam Shah yang telah dibuang negeri ke Kepulauan Seychelles, telah memperkenalkan lagu yang diberinama Trang Bulan. Sekembali semula ke Negeri Perak, Raja Muda Raja Abdullah telah menulis senikata lagu Allah Lanjutkan Usia Sultan yang disusunkan dengan irama lagu Trang Bulan dan kemudiannya menjadikannya sebagai lagu rasmi Negeri Perak. Irama lagu ini kemudiannya telah dipilih sebagai irama lagu kebangsaan Malaysia.

Advertisements

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: