jump to navigation

Hijab dan Makna Diri November 24, 2007

Posted by ummahonline in Surat Pembaca.
trackback

Oleh: Deddy Mulyana

“Saya biasanya tidak menggunakan nama pertama saya. Tapi kalau saya pergi pejabat, atau ke Bank mithalnya, barulah saya menggunakannya. Kalau tidak, mereka akan meremehkan saya. Mereka meminta suami saya atau ayah saya juga ikut menandatangani surat. Saya bilang saya yang menafkahi ayah saya, bukan sebaliknya. Soal suami, saya memang tidak bersuami”.

Begitulah Andrea Moinar, Profesor Madya di Jabatan Antropologi, Northtern Illinois University, melukiskan bagaimana kaum wanita di Amerika Syarikat masih belum setaraf dengan kaum lelakinya, sewaktu kami makan siang di sebuah restoran di Lincoln Highway dekat kampus. Saya memesan ikan bakar, dilengkapi dengan kentang bakar dan sup kerang, sementara Andrea memesan salad.

Bicara lulusan Australian National University ini sekadar menegaskan hipotesis saya yang tersimpan dalam benak selama hampir dua bulan. Semenjak saya datang kembali ke Amerika Syarikat, tampaknya tidak banyak yang kaum wanita perolehi, meskipun mereka telah berusaha keras untuk memajukan kaum mereka.

Kendala terbesar yang merintangi “gerakan feminis” mereka adalah sikap mereka untuk membiarkan diri mereka tetap menjadi objek seksual, sama ada mereka menyedari atau sebaleknya. Dalam musim panas, meskipun pada hari yang cukup nyaman, kebanyakan wanita Amerika berpakaian serba terbuka dan ketat. Bukan kerana kegerahan, tapi terutama mereka terobsesi untuk mencapai suatu “keberhasilan hidup “, yakni mampu memikat lawan jenis mereka.

Pemujaan terhadap keindahan tubuh ini sebenarnya telah menimbulkan beragam masalah kesihatan Seperti yang pernah dilaporkan, terdapat 200,000 wanita menderita Anorexia Nervosa dan dua kali dari jumlah itu menderita Bulimia. Menurut American Anorexia and Bulimia Association, sekitar seribu wanita meninggal dunia setiap tahunnya kerana Anorexia. Narsisisme ini memang dapat ditemukan di negara mana-manapun.. Tetapi di Amerika kecenderungannya lebih ketara. Tak asing lagi, salah satu sebab timbulnya kecenderungan ini adalah pengaruh media massa, menerusi iklan dan filem yang ditayangkannya, selain longgarnya nilai-nilai yang dianut oleh keluarganya.

Umpamanya, program The Man Show yang diacara oleh Adam Corolla dengan terus terang menjelaskan bahawa acaranya saat itu penting bagi gadis-gadis muda yang mulai sedar akan lawan jenis mereka. Acara itu tanpa malu malu mempromosikan bahawa tubuh wanita adalah “nilai sejati wanita” yang dihargai kaum lelaki. Inti pesannya adalah: “untuk menjadi wanita sempurna, anak-anak wanita itu harus dilatih pada usia sangat dini bahawa memiliki kaki yang panjang serta dada yang besar semata-mata untuk menarik kaum lelaki.”

Apa yang salah dengan kebebasan wanita Amerika? Salah satu prinsip kaum wanita Amerika yang salah dalam pandangan mereka yang menyamakan kebebasan wanita dengan kebabasan fizik, khususnya kebebasan untuk menggunakan pakaian apa pun sesuka hati mereka. Dalam anggapan mereka, ada kesejajaran antara kebebasan peribadi dan keterbukaan berpakaian.

Itu sebabnya mereka mempersepsi wanita wanita Muslim yang berhijab sebagai “hamba agama.” Fikiran stereotip seperti ini amat meluas di Amerika, tak terkecuali juga di kalangan isntitusi pengajian tinggi mereka. Berdasarkan anggapan yang keliru tersebut, tidak sulit untuk menyimpulkan bahawa nilai seorang wanita Amerika terutamanya adalah ditentukan oleh fiziknya , bukan fikirannya, apalagi jiwa keruhanianya.

Saya sedih mengingat bahawa—ironisnya—hal serupa juga sedikit banyak berlangsung di pelbagai negara muslim di mana kaum wanitanya yang seharusnya meningkatkan martabat wanita, tapi mereka jugalah yang akhirnya merendahkannya kembali.

Seperti dinyatakan oleh Sadiya Khan dalam tulisannya Hijab: to Cover or Not to Cover yang dimuat Towers (no 80, spring 2000), sebuah jurnal sastera Northern Illinois University, iaitu: “ketika wanita Amerika mempertahankan diri bahawa mereka tetap bangga dan aman sewaktu berbikini semasa pameran permotoran, maka mereka sebenarnya sedang menyakiti diri mereka sendiri.”

Malah katanya lagi, “dengan membiarkan kaum lelaki menjadikan kaum wanita sebagai objek seksual , maka wanita-wanita ini memberi sumbangan terhadap stereotip yang cuba diperangi oleh setiap orang.

Bila mereka berfikir tentang itu, tidak seorang dari lelaki yang hadir pad apameran tersebut yang memperhatikan ketinggian fikiran wanita, sebaleknya akan terarah kepada tubuh mereka!” tulis Sadiya.

Sadiya sendiri yang keturunan Pakistan itu semula a priori terhadap hijab. Tetapi setelah mempelajari maknanya lewat berbagai sumber, akhirnya ia memutuskan untuk memakainya.

Manusia tidak akan memperoleh kebebasan dan martabat yang sempurna, kecuali bila mereka menyerahkan diri kepada Allah SWT. Hijab atau jilbab dalam Islam, yang sering dianggap memperhambakan wanita, justeru adalah tanda dan ekspresi wanita bahawa mereka tidak ingin dianggap sebagai objek seksual semata mata, bahawa mereka ingin diakui setara dengan lelaki, dan bahawa juga mereka juga mahu memberi sumbangan kepada masyarakat menerusi ilmu dan usaha mereka.

Lagi, meminjam kata-kata Sadiya , “Saya mengenakan hijab kerana saya memahami diri saya sendiri. Hijab adalah refleksi diri kita sendiri.

Feminisme mencerminkan kepercayaan dan cita-cita yang dirasakan kaum wanita bahawa mereka mampu. “Agama juga merupakan refleksi bagaimana kami manusia berjiwa selaras dengan alam semesta ini. Jadi, hijab adalah suatu cara bagi saya untuk merefleksikan bagaimana perasaan saya tentang diri saya,” jelas Sadiya lagi.

Malah, Sadiya turut menulis, ” Saya memutuskan untuk berubah demi memperkuatkan diri saya sendiri. Saya tahu keputusan ini akan menyebabkan konflik, prasangka dan ketakutan. Akan tetapi pada saat yang sama saya merasa sangat bangga bahawa saya mengambil langkah ke arah yang positif. Inilah makna hijab bagi saya: suatu refleksi yang tepat buat diri saya.”

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: