jump to navigation

Kisah Imam Orang Miskin November 24, 2007

Posted by ummahonline in Artikel.
trackback

Oleh: Jalaluddin Rakhmat

“Hai Ali,” kata Nabi saw kepada salah seorang sahabatnya yang sangat dikasihinya, “orang miskin bangga mempunyai Imam seperti kamu, dan kamu pun bangga menjadi Imam mereka.” Kelak Ali menjadi khalifah Islam yang keempat, menggantikan Utsman. Ia membuat keputusan-keputusan yang membela orang miskin dan memotong tangan-tangan para kapitalis yang menindas. Waktu itu, kapitalis disebut sebagai saudagar.

Ingin tahu bagaimana khalifah yang adil itu dalam kehidupan sehari-harinya? Semak laporan seorang anak muda yang hidup pada zamannya dan menjadi ulama besar pada zaman berikutnya. Namanya Syu’bi.

“Pada suatu hari aku melewati Baitul Mal. Imam Ali tengah mengawasi pengagihan kekayaan negara. Aku melihat para budak hitam dalam satu barisan bersama para saudagar. Mereka mendapatkan bahagian yang sama. Dalam waktu sekejap, tumpukan mata wang emas dan perak habis telah dibahagi. Khazanah negara pun kosong. Imam Ali berdoa dan meninggalkan tempat itu dengan tangan hampa. Ia telah memberikan bahagiannya kepada seorang perempuan tua yang mengadu kerana bahagiannya tidak cukup untuk memenuhi keperluan dirinya dan keluarganya.”

Jangan fikir bahawa kerana Syu’bi mengatakan bahawa para saudagar dan budak mendapatkan bahagian yang sama, anda kira Imam tidak adil. Para saudagar itu mendapat bahagian yang sama setelah sebahagian harta mereka diambil oleh negara. Kerana itu, para saudagar membentuk persekongkolan rahsia untuk menjatuhkan Ali. Bersama para pemimpin kabilah, mereka menjauh dari Ali.

Utsman bin Hanif, salah seorang sahabat dekatnya, memberikan nasihat kepada Khalifah: “Anda telah berhasil melaksanakan tugas-tugas anda, mulai dari mekanisme agihan kewangan khalayak secara adil, menyama-ratakan bahagian bagi para pejabat pemerintah dan rakyat jelata, mengangkat status orang hitam dan Parsi sehingga setingkat dengan orang Arab, memberikan bahagian sama besar antara budak dengan tuannya, menghapuskan hak-hak istimewa bagi para pejabat pemerintah, dan terakhir menghapus pemberian kemudahan dan bahagian khusus bagi pemerintahan. Semuanya itu telah mendatangkan kerugian bagi Anda.

Lihatlah, inilah yang menjadi sebab menjauhnya para tokoh dan sudagar Arab dari anda. Mereka memilih untuk mendekati Muawiyah. Apa gunanya orang-orang miskin, orang-orang cacat, janda-janda tua, dan budak-budak hitam itu bagi anda? Apakah mereka mampu membela dan melayani anda?”

Mungkin di zaman sekarang ini, Utsman bin Hanif boleh kita sebut sebagai penasihat khusus Presiden. Dengarkan jawab Sang Khalifah: “Tidak akan aku biarkan para tokoh yang berpengaruh dan saudagar kaya raya mengeksploitasi umat Islam. Aku sangat membenci sistem agihan wang negara yang tidak adil. Aku tidak akan pernah membiarkan hal seperti ini. Kekayaan ini milik rakyat, berasal dari rakyat, dan diperuntukkan bagi rakyat. Bukan para saudagar dan tokoh yang membuat kekayaan ini. Mereka hanya menjarahnya dari rakyat, mengkorupsi wang pajak dan lain-lainnya. Jumlah pajak yang mereka korupsi jauh lebih banyak daripada yang mereka kembalikan kepada negara. Mereka menyelewengkan dana pajak itu untuk kepentingan peribadi mereka. Perilaku mereka yang korup dan suka menyelewengkan kewangan negara itulah yang menjadi keprihatinanku selama ini. Aku malah gembira jika mereka menjauhiku. Aku tidak mengharapkan pengabdian orang-orang cacat dan orang-orang miskin. Aku mengerti sepenuhnya mereka tidak mampu mengabdi kepadaku. Ketahuilah, aku hanya ingin menolong mereka, kerana mereka tidak mampu menolong diri mereka sendiri. Mereka juga manusia sama seperti kamu dan aku. Semoga Allah memberikan kekuatan bagiku untuk menjalankan semua tugas ini.” (Dikutip dari Gold Profile of Imam Ali).

Tuhan memang menganugrahkan kekuatan dan ketabahan pada Imam Ali. Ia bangga memihak rakyat miskin. Ia tidak peduli pada “politicking” yang dilakukan orang-orang kaya. Keadilan harus ditegakkan walaupun langit harus runtuh. Keadilan harus menjadi sistem pemerintahannya, walaupun ia akhirnya terbunuh. Sebagaimana Rasulullah, kaum muslim menyebutnya Imamul Masâkin. George Jordac, penulis dari kaum Nashrani, menyebutnya Shawtul ‘Adâlatil Insâniyyah, suara keadilan insani,

Ada orang yang mengkritik Ali sebagai politik yang gagal. Musuh-musuhnya bertambah. Kawan-kawannya mengkhianatinya. Ia gagal mempertahankan kekuasaannya. Misi Ali bukan untuk merebut dan menegakkan kekuasaan. Tidak ada satu pun ayat Al-Quran dan hadis Nabi yang memerintahkan umat Islam untuk merebut kekuasaan. Al-Quran berpesan, “Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu para penegak keadilan, sebagai saksi-saksi untuk Tuhan, walaupun bertentangan dengan kepentingan dirimu, atau orang tuamu, atau karib kerabatmu. Dan jika ia pun kaya ataupun miskin; kerana Allah lebih baik dalam melindungi mereka. Janganlah kamu mengikuti hawa nafsu sehingga tidak berbuat adil.” (AQ 4:135).

Mengapa saya harus berbiacara tentang Ali di bulan Ramadhan ini? Bulan Ramadhan mempunyai banyak gelaran. Ia disebut sebagai bulan Al-Quran, kerana di bulan inilah Al-Quran diturunkan; bulan ampunan, kerana di bulan ini Tuhan menaburkan maafnya; bulan kasih sayang, kerana di bulan ini Tuhan mencurahkan kasihnya. Yang jarang disebut ialah bulan fuqara dan masakin, kerana di bulan ini kaum muslim diperintahkan untuk memuliakan mereka dan tidak menyakitinya. Dalam doanya di bulan Ramadhan, Nabi berkata, “Tuhanku, cukupkan rezeki orang miskin, kenyangkan orang yang lapar, beri pakaian orang yang telanjang, hibur orang yang menderita, sembuhkan orang yang sakit.” Ini bukan sekedar doa. Ini pesan Nabi agar kita semua menjadi tangan-tangan Tuhan untuk membela fakir miskin.

Khalifah Ali kita tampilkan untuk mengingatkan para pemimpin dan pejabat di negeri ini yang menyambut bulan Ramadhan dengan hasrat yang memotong urat nadi nafkah mereka; buat para saudagar yang bekerja sama dengan para pejabat untuk mengeruk keuntungan dari keringat dan darah rakyat kecil; buat para pembuat hukum yang memebuat peraturan yang melarang orang berderma atau berdagang di pinggir jalan; juga buat para hakim yang mengusulkan kemudahan dan tunjangan tambahan puluhan bahkan ratusan juta. Duhai, jika sekiranya Ali atau orang seperti Ali menjadi pemimpin negeri ini!

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: