jump to navigation

Umar Mukhtar: Ulama' yang bertempur! November 29, 2007

Posted by ummahonline in Tokoh.
trackback

Oleh: Agung Pribadi

Tahun 1991 adalah awal saya kuliah. Ada sebuah culture shock (kejutan budaya) yang saya alami. Dari pelajar sekolah yang sering selalu diringankan, kemudian menjadi mahasiswa di mana semangat individualisme bermaharajalela. Juga dari pelajar sekolah yang lebih sering bermain-main kemudian menjadi mahasiswa yang mulai serius. Memang ketika sekolah saya rajin mengaji, tetapi tetap saja main-mainnya yang lebih banyak.

Kemudian masa menganggur selama tiga bulan setelah lulus sekolah menengah sampai awal kuliah membuat saya malas belajar. Keadaan saya ini berlanjutan pada masa awal kuliah. Apalagi kemudian saya satu rapat dengan rakan-rakan hedonis dan satu kamar dengan anak sosialis yang menjadi teman diskusi. Bertambah kelamlah saya.

Kemudian dalam acara Maulid yang diadakan oleh kumpulan FISIP, Universiti Indonesia, saya menonton filem “Lion of The Desert” yang disutradarai oleh Moustapha Akkad. Filem ini sangat menyentuh hati saya. Dengan dialog-dialog cerdas tentang politik, saya pun menjadi kagum dengan karakter tokoh utama dan jalan ceritanya. Saya menjadi bangga sebagai seorang muslim. Izzah saya bangkit. Sejak saat itu saya menjadi rutin mengikuti tarbiyah (lagi).

What a man! Sungguh tokoh yang luar biasa! Pahlawan ini bukan hanya milik Libya! Pahlawan ini atau Asy Syahid ini milik dan kebanggaan seluruh kaum muslimin di mana pun dan sepanjang waktu pun! Pahlawan ini adalah Asy Syahid Umar Mukhtar. Seorang guru yang mengangkat senjata, kerana negerinya diduduki dan dijajah Itali. Kehormatan dan harga diri umat Islam di negerinya diinjak-injak. Ia merasa harus meninggalkan pengajaran sekolah dan mulai berjuang mengusir penjajah! Tokoh ini diperanankan dengan sangat baik oleh Anthony Quinn.

Filem ini bukan sekadar filem bagus. Tetapi filem bagus tentang orang yang hebat! Umar Mukhtar adalah pahlawan dalam kehidupan nyata! Bukan sekadar rekaan dan khayalan Hollywood seperti Rambo! He is real! Ia benar-benar ada!

Umar Mukhtar lahir pada tahun 1861. Tidak diketahui tanggal pastinya. Ketika remaja ia memasuki tarekat Sanusiyah dan menjadi sufi. Tarekat Sanusiyah adalah tarekat yang unik. Tarekat ini tidak meninggalkan dunia akan tetapi sangat peduli pada persoalan dunia. Tarekat ini sering berperang melawan ketidakadilan. Tarekat ini juga memperkuatkan ekonomi anggotanya.

Agaknya tarekat ini sesuai dengan do’a Abu Bakar Shidiq RA seorang sahabat utama Rasulullah SAW. Bunyi doa Abu Bakar adalah, “Ya Allah! Jadikanlah dunia ini di tangan kami! Bukan di hati kami!”. Tarekat ini didirikan oleh Muhammad bin Ali As Sanusi Al Idrisi (bukan Muhammad Idris As Sanusi, raja Libya yang lalim). Tarekat ini menyebar luas sampai ke Mesir, Sudan, Chad, Maroko, Aljazair, dan Tunisia. Muhammad bin Ali As Sanusi Al Idrisi inipun kemudian menjadi raja di Cyrenaica, salah satu wilayah di Libya (keturunannya nantinya menjadi raja di seluruh Libya) di bawah Khilafah Turki Usmaniyah.

Beliaupun berhasil membuat sejahtera rakyat Cyrenaica. Sungguh sufi yang unik! Sufi yang tidak beruzlah meninggalkan dunia melainkan membangun dunia untuk kemakmuran dan kesejahteraan umat manusia, sambil tetap hidup zuhud. Umar Mukhtarpun menjadi anggota tarekat ini. Umar Mukhtar mengikuti Tarekat ini sampai ia meninggal. Ketika dewasa sambil melaksanakan ajaran-ajaran tarekat beliau pun menjadi pengajar ilmu tasawuf dan juga ilmu fiqh di sebuah sekolah Islam di Libya.

Pada bulan Oktober 1911, kapal-kapal perang Itali sampai di pantai Tripoli Libya dengan tujuan tinggal di Libya. Kapten kapal “Farafelli” milik Itali membuat permintaan agar Kekhalifahan Turki Usmaniyah menyerahkan Tripoli kepada Itali. Kalau tidak kota itu akan dihancurkan dalam tempo yang sesingkat-singkatnya.

Kekhalifahan Turki Usmaniyah yang masih punya izzah menolaknya mentah-mentah. Demikian pula rakyat Libya. Sultan Turki menganggap ini sebagai penghinaan dari bangsa Itali. Memang bangsa Itali terkenal sombong. Mereka merasa sebagai keturunan kerajaan Romawi yang pernah menjadi negara super power. Melihat ada bangsa yang tidak mau tunduk kepadanya serta menolak permintaannya keruan saja bangsa Itali menjadi marah. Lalu tentera Itali menyerang kota Tripoli. Mereka mengebom kota ini selama tiga hari tiga malam.

Sesudah itu, tentera Itali memproklamirkan kepada rakyat Libya di Tripoli agar tunduk kepada pemerintahan Itali. Keruan saja rakyat Tripoli menolaknya. Dengan dipimpin para ulama yang juga keluarga raja serta sekaligus pemimpin tarekat Sanusiyah, rakyat Libya mengangkat senjata menentang penjajahan Itali.

Rakyat Libya lebih suka di bawah kepemimpinan Khilafah Turki Usmaniyah. Peristiwa ini menjadi tanda dimulainya siri peperangan antara penjajah Itali dengan “Mujahidin Libya,” demikian orang Libya menyebutnya. Perang terus berlangsung antara Mujahidin Libya bersama-sama tentera Turki melawan pasukan Itali.

Tetapi pada tahun 1912, Sultan Turki menandatangani sebuah perjanjian damai yang sebenarnya menjadi tanda menyerahnya Turki kepada Itali. Perjanjian itu bernama Perjanjian Lausanne yang dilakukan di kota Lausanne, Switzerland. Sejak saat itu berjalanlah pemerintahan kolonial Itali di Libya.

Bagi banyak kaum muslimin, penyerahan Libya dari Turki kepada Itali adalah sebuah pengkhianatan terhadap kepentingan kaum muslimin. Kaum muslimin tidak boleh menerima penyerahan wilayah kerajaan Islam kepada orang-orang kafir.

Perjanjian Lausanne ini dianggap angin lalu oleh rakyat Libya. Mereka tetap melanjutkan perang jihad melawan Itali. Di beberapa wilayah mereka juga dibantu oleh tentera Turki yang tidak mematuhi perintah dari Jenderal Turki di pusat Kekhalifahan, Istanbul.

Pertempuran di Cyrenaica dipimpin oleh Ahmad Asy Syarif, ketua tarekat Sanusiyah yang juga keponakan Muhammad bin Ali As Sanusi Al Idrisi, sang pendiri tarekat.

Umar Mukhtar menjadi komandan perang dan ahli strategi di kawasan kota Barga. Ternyata selain kerjayanya sebagai guru, Umar Mukhtar juga “master” dalam bidang strategi perang gerila di padang pasir. Ia mengetahui keadaan geografi negerinya dengan sangat baik. Ia juga boleh memanfaatkan keadaan geografi Libya untuk memenangkan pertempuran. Apalagi tentera Itali tidak terbiasa perang dalam medan padang pasir.

Dimulai dari beberapa ribu pasukan saja, ternyata pasukan Umar Mukhtar bertambah dan terus bertambah saja sampai mencapai 6000 orang. Umar Mukhtar juga membentuk pasukan elit yang sangat sedikit anggotanya kerana harus melalui pemilihan yang teramat ketat. Pasukan ini mirip Brigade Izzuddin Al Qassam milik HAMAS di Palestin. Pasukan elit yang kecil ini mempunyai mobiliti yang tinggi, mempunyai ketrampilan perang yang tinggi dan mereka adalah orang-orang yang paling berani mati (baca: yang paling siap menjemput syahid).

Seluruh pasukan Umar Mukhtar biasanya menyerang pos-pos hadapan di benteng-benteng Itali. Mereka juga menyergap regu-regu tentera-tentera Itali di mana-mana saja Apabila ada konvoi yang membekalkan logistik (makanan dan persenjataan), mereka juga sering menggagalkan penghantaran bekalan tersebut serta merebut logistik untuk dijadikan pampasan perang.

Mereka juga memutus kabel-kabel telegraf dan menyerang pos-pos komunikasi. Operasi-Operasi pasukan Umar Mukhtar sering berhasil. Perang jihad ini bergolak dari kota Zwara di bagian Barat Libya sampai ke kota Salloum di bahagian Timur Libya.

Tentera-tentera Itali adalah pasukan yang sangat terlatih lulusan akademi ketenteraan serta memiliki teknologi perang yang tinggi. Tetapi mereka sering kalah perang melawan Mujahidin Libya yang teknologi perangnya rendah dengan latihan bekalan ketenteraan yang minima saja. Namun, Mujahidin Libya berperang dengan motivasi kuat iaitu mencari ridha Allah dan mencari kemuliaan syahid. Terbukti dalam setiap pertempuran teriakan “Allahu Akbar” selalu membahana di langit dan di bumi. Pasukan Itali tidak punya motivasi dan tidak tahu untuk apa perang ini. Jelas saja jadinya tentera Itali sering kalah perang.

Perang Libya-Itali adalah perang Daud melawan Goliath. Itali mempunyai jumlah pasukan yang jauh lebih banyak, kereta kebal tercanggih pada masa itu, dan pesawat-pesawat tempur. Mujahidin Libya hanya mempunyai senapang usang dan kuda-kuda. Tetapi, Mujahidin memiliki keberanian yang tiada tara dan keinginan kuat untuk memerdekakan negeri dari penjajahan.

Dalam beberapa pertempuran rasio pasukan Libya dan Itali sering 1:50-100. Tetapi Itali sering kalah kerana pasukannya pengecut! Mereka sering lari tunggang langgang menghadapi Mujahidin Libya yang berperang dengan pekik, “Allahu Akbar”.

Kemudian kerana pengkhianatan salah seorang pasukannya, Umar Mukhtar tertangkap pada tahun 1921. Tetapi berkat kepiawaiannya berdiplomasi dalam bahasa Inggeris, Umar Mukhtarpun cepat dibebaskan oleh tentera Itali.

Pada awal tahun 1923 tentera Itali menduduki dan menyerang kota Benghazi. Kota Benghazi adalah pusat kegiatan tarekat Sanusiyah. Benghazi dahulu adalah ibu kota kerajaan Cyrenaica di bawah pimpinan Muhammad bin Ali As Sanusi Al Idrisi, sang pendiri tarekat.

Kerana Itali semakin sombong dan kurang ajar, Umar Mukhtar mengangkat senjata lagi dan memimpin lagi pasukannya yang dulu. Pasukan Umar Mukhtarpun kembali meraih kemenangan-kemenangan seperti dulu. Tentera Itali semakin kalang kabut. Mereka menangkapi laki- laki, perempuan, dan anak-anak. Mereka memasukkannya ke kem-kem tahanan seperti milik Nazi. Tak hairan, mereka sama-sama fasis dan rasis. Kem-kem tahanan ini berlokasi di tempat terpencil, jauh dari perkampungan-perkampungan rakyat Libya.

Tujuan kem-kem ini selain untuk melakukan pembunuhan, ada juga dua hal lain lagi, iaitu menyekat bantuan moral kepada Mujahidin dan yang lebih penting menyekat bantuan ekonomi kepada Mujahidin.

Sejak tahun 1921 Libya diperintah oleh Gubernor Jeneral Giuseppe Volvi, seorang ahli perniagaan yang beralih menjadi politikus. Volvi mendeklarasikan bahawa ia akan “memperjuangkan hak- hak Itali dengan darah”. Lima belas ribu pasukan Itali pun disebar ke kampung-kampung untuk membunuhi penduduk awam. Angkatan Udara Itali pun menyerang penduduk-penduduk awam di perkampungan- perkampungan.

Kepala operasi ketenteraan ini adalah Pietro Badoglio dan Rudolfo Graziani. Graziani terkenal sejak tahun 1915 dengan julukan “Si Tukang Jagal”. Graziani tidak mengecualikan seorang pun dari pendukung-pendukung Umar Mukhtar yang tertangkap. Semuanya dibantai dengan sadis! Bahkan rakyat yang tidak tahu apa-apa dan belum tentu mendukung Umar Mukhtar juga dibunuhi.

Selain menyerang kampung-kampung dengan pesawat, Graziani juga membakar dan memusnahkan kampung-kampung dengan para penduduk di dalamnya! Sungguh pembantaian yang sangat kejam terhadap umat Islam!

Umar Mukhtar pun menyiapkan pasukannya untuk peperangan yang sangat panjang. Yang tadinya Umar Mukhtar hanya komandan di kota Barga, kini menjadi komandan perang Mujahidin untuk seluruh Libya.

Perang berlangsung sangat panjang, 8 tahun. Dari tahun 1923 sampai tahun 1931. Selama perang yang dipimpin Umar Mukhtar, Itali mederita kerugian yang amat sangat. Tentera Italipun kalah perang di mana-mana. Moral mereka runtuh. Mereka menjadi malas berperang.

Setelah mendapat laporan dari Libya, Benito Musollini sang diktator fasis di Itali mengirim 400 000 pasukannya ke Libya. Perang menjadi sangat tidak seimbang. Pasukan Umar Mukhtar paling banyak hanya 10.000 orang. Di dalam Al Qur-an disebutkan rasio paling besar pasukan muslim melawan pasukan kafir adalah 1:10. Sehingga wajar saja kalau 10 000 : 400 000 mengakibatkan pasukan Mujahidin Libya kalah perang.

Hukum Sunnatullah berlaku. Apalagi Mujahidin Libya telah berperang dari tahun 1911-1931, atau 20 tahun! Sementara pasukan Itali (kecuali pemimpin-pemimpinnya) adalah para tentera yang baru berperang saat itu alias masih segar. Pada umur 70 tahun, yaitu tahun 1931, Umar Mukhtar tertangkap oleh tentera Itali. Iapun dikawal dengan pasukan yang berlebihan.

Tentera Itali sangat takut kalau Umar Mukhtar sampai lepas ia akan memimpin perang lagi. Hal ini sudah terbukti ketika Itali melepaskan Umar Mukhtar tahun 1921. Pada tahun itu ternyata Umar Mukhtar malah memimpin perang yang menyusahkan pemerintah kolonial Itali.

Penangkapan Umar Mukhtar adalah sebuah pukulan serius kepada rakyat Libya. Umar Mukhtar pun diadili dalam pengadilan yang tidak adil.

Akhirnya beliau dihukum mati di tiang gantungan. Hukuman ini dilaksanakan pada tanggal 16 September 1931. Umar Mukhtar pun dipersilakan mengucapkan kata-kata terakhir. Dengan tali di lehernya ia berkata, “Innalillaahi wa Inna Ilaihi Raaji’uun”. “From God we have come, and to God we must return,” beliau menerjemahkannya dalam bahasa Inggeris. Lalu, “Laa Ilaaha Illallaah! Muhammadar Rasulullaah!” Beliaupun melepas dan menggenggam kacamatanya erat-erat.

“Gubrak!” penyangga kaki Umar Mukhtar dilepaskan. Air muka Umar Mukhtar sangat tenang. Beliaupun tersenyum manis. Mungkin beliau melihat bidadari-bidadari dan syurga menjemputnya. Beliau mungkin mencium wangi semerbak syurga jannatun naim. Beliaupun pasti melihat malaikat-malaikat yang berkata, “Allaa takhaafuu walaa tahzanuu wa absyiruu bil jannatil latii kuntum tuu’aduun. Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih; dan gembirakanlah mereka dengan syurga yang telah dijanjikan kepadamu.”

Tangan Umar Mukhtar yang menggenggam erat kacamatanya, mulai mengendur genggamannya. Kendur… kendur… kendur… dan semakin kendur, “Praang!!”, jatuh dan pecahlah kacamata Umar Mukhtar. Beliau menemui ajalnya. Beliau syahid di tiang gantungan pemerintah kolonial Itali yang zalim.

Ratusan ribu rakyat Libya pun tak kuasa menahan tangisnya. Mereka sedih sang pemimpin telah wafat. Tetapi mereka juga terharu melihat sang pemimpin tersenyum menemui Robb-nya. Meledaklah tangisan ratusan ribu rakyat Libya yang menyaksikan hukuman gantung itu.

Walaupun Umar Mukhtar telah meninggalkan mereka, tetapi beliau tetap hidup di hati rakyat Libya. Umar Mukhtar pun menjadi simbol perlawanan terhadap ketidakadilan dan penindasan. Bukan hanya simbol bagi rakyat Libya saja, melainkan bagi seluruh kaum muslimin di mana pun dan bila pun.

Wallahu A’lam bish Shawab.

Nota: Agung Pribadi merupakan seorang sejarawan, dan kini sedang menjadi seorang penyelidik di Yayasan Harkat Bangsa Indonesia.

Komen-komen»

1. Suhail Abdul Hamid - Julai 18, 2008

salam…saudara…saya ada menonton filem ini…dan filemya benar2 hidup, walaupun dilakonkan oleh anthony quinn tetapi wataknya benar2 dihidupkan seolah2 beliau memegang watak Umar yg sebenar, seperti lakonan anthony quinn jgk sebagai watah Hamzah dalam filem The Message; Rasulullah. Terima kasih atas komen ini.

2. hadi sobari - Julai 19, 2008

Zaman sekarang pun sebenarnya dunia Islam sangat membutuhkan Tokoh dan figur seperti beliau, sayang tokoh semacam beliau saat ini kita tak temukan lagi, yang memliki semangat juang yang tinggi, intelektual, cerdas dan memiliki dedikasi yang tinggi pada agamanya..

3. tamadun - Ogos 27, 2008

Tepatnya ini peperangan antara bangsa kafir (itali) dengan bangsa teroris. ter

4. tamadun - Ogos 27, 2008

…bangsa teroris (libya).

5. Arif - Mei 17, 2009

Assalamualaikum

Salam kenal..

Saya minta izin copas artikel ttg Omar…boleh ya ? ( maaf sudah copy )..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: