jump to navigation

Islam yang Bagaimana? Disember 3, 2007

Posted by ummahonline in Artikel.
trackback

Oleh: Zainal AM Husein

Alkisah, raja Parsi yang bernama Tukla, mengunjungi salah satu orang saleh dan berkata, “Kegagalan telah dating kepadaku. Hanya orang miskin yang mendapatkan kekayaan di dunia ini, bila kemuliaan dunia ditinggalkan. Oleh kerana itu, kini aku akan habiskan waktu beribadah supaya aku dapat memanfaatkan waktu yang maseh tersisa bagiku.”

Orang saleh yang mendengarkan marah lalu berkata, “Cukup!” Lalu ia berseru, “Agama bertindak sama dalam memberikan pelayanan kepada manusia; yang pelayanan kepada umat manusia tersebut tidak akan ditemukan dalam tasbih, atau di atas sajadah atau pada pakaian yang compang-camping. Jadilah seorang raja yang bermoral suci. Berusahalah dan bukan hanya kata-kata, kerana kata-kata tanpa perbuatan adalah kesia-siaan. “

Penggalan cerita ini tertulis pada buku berjudul Bustan, salah satu magnus opus-nya, Sa’di. Kalau kita merenungkan kembali, maka pada penggalan tersebut, Sa’di ingin memberikan “hikmah” bahawa:

Pertama, agama (dalam ertian konsep takdir) bukanlah sebuah usaha justifikasi terhadap gagalnya kita dengan segala usaha yang telah dilakukan. Kita sangat sering terjebak pada tentuisme yang berakhir pada sikap fatalistik, bahawa Tuhan adalah penyebab bagi gagalnya kita dalam melakukan sesuatu. Kita sering menisbahkan kesalahan kita kepada Yang Maha Esa tersebut.

Bukan sekadar itu saja, malah kita juga sering menyalahkan orang lain atas sesuatu yang menimpa kita. Kita saat ini dilanda semacam “kemiskinan berjamaah”, tetapi pada sebahagian orang menyalahkan orang-orang miskin tersebut dengan tuduhan malas atau sebagainya. Kita terjebak dengan budaya blaming the victim. Mereka adalah korban dari dosa kolektif kita semua. Kita semua bertanggungjawab terhadap masalah tersebut. Memikul masalah kemiskinan juga memerlukan tindakan kolektif, lantaran itu konsep takdir dalam agama Islam tidaklah berada pada kutub tentuisme, apalagi terletak pada free will. Kita adalah co-creator Allah di dunia ini, sepertimana yang dipercayai dari terminologi tashawwuf.

Kedua, agama Islam bukanlah saranan “onani spiritual” an sich. Dalam agama Islam, bukanlah pendekatan kepada Allah saja yang harus kita lakukan. Kita punya berbagai kerja dari penyebaran misi dan visi Islam sebagai agama pembebasan. Agama Islam memberikan tempat yang sama bagi usaha pendekatan kepada Allah dan pendekatan kepada masyarakat.

Muhammad Iqbal menuliskan sebuah perbezaan yang ketara dari seorang mistikus dengan seorang nabi. Seorang mistikus, kata Iqbal, hanya melakukan perjalanan dari dirinya menuju ke Tuhannya semata. Dan, puncak perjalanan seorang mistikus adalah ketika ia ‘bertemu’ Tuhannya. Tetapi seorang nabi, melakukan usaha seorang mistikus dalam pendekatan ke Tuhannya dan melakukan usaha pendekatan kepada masyarakatnya. Seorang nabi menawarkan rekaan budaya, menawarkan rekaan sosial dan pembentukan paradigma baru bahawa betapa berfikir rasional adalah senjata ampuh sementara berfikir tidak-rasional adalah kenaifan. Seorang nabi melakukan siklus kehidupan, iaitu menata keruhanian dan intelektual untuk aksi sosial yang kesemuanya dibingkai oleh pandangan dunia tauhid.

Ketiga, agama yang membebaskan tidak terletak pada kata-kata, tetapi pada aksi. Kadang terlalu banyak teori-teori dan adagium-adagium keagamaan telah menjejal otak kita sehingga melupakan sisi aksinya. Kita larut mempelajari dan berteori tentang sesuatu, tapi tidak melakukan sesuatu. Untuk hal ini, mungkin kita harus bersepakat dengan Karl Marx yang ‘membenci’ orang yang hanya berfikir tentang hakikat sesuatu, tetapi tidak berusaha untuk melakukan perubahan. Islam adalah penyerahan diri, penyerahan diri adalah keyakinan, keyakinan adalah pembenaran, pembenaran adalah ikrar, ikrar adalah pelaksanaan, dan pelaksanaan adalah amal perbuatan.

Sehubungan dengan itu, kita harus mulai belajar untuk memisahkan ajaran agama Islam yang rasional dan rasionalisasi ajaran agama Islam oleh manusia. Ada perbezaan signifikan terhadap ajaran agama Islam yang esensial dan membebaskan dengan ajaran agama Islam yang tampak sekarang bahawa seakan-akan tidak membebaskan dan terkurung pada pemahaman sempit yang berangkat dari beza-beza mazhab yang secara malang, hal itu diamalkan secara fanatik. Maka, dari situ terciptalah agama yang anti pada keterbukaan dan sarang anti-pembebasan.

Memotret keadaan kita, maka memang harus kita akui bahawa ada semacam “paradoxical factual”. Kita dapat lihat betapa unsur-unsur keruhanian mengalami eskalasi yang cukup signifikan dengan dukungan pengajian-pengajian dan pusat-pusat pengkajian Islam. Hal ini mengingatkan kita pada ramalan John Nesbit bahawa di penghujung abad ke-20 akan berlaku peningkatan perasaan keagamaan. Tetapi juga kita harus melihat secara faktual bahawa terjadinya juga peningkatan keganasan dan terjadi peningkatan kezaliman. Kita dibanjiri dengan buku-buku yang membawa kita pada dunia keruhanian tetapi kita juga dibanjiri dengan buku-buku yang mengantar kita pada dunia pornografi.

Maka, pertanyaan sekarang adalah “Islamkah kita?” Atau kita hanya mengaku beragama Islam? Ataukah kita adalah beragama Islam oleh budaya yang terbentuk secara turun-temurun oleh keluarga kita yang secara kebetulan beragama Islam? Ataukah kita adalah Islam yang rasional dengan kefahaman makna Islam secara tepat? Yang terakhir, tentu yang kita harusnya akui adalah, sudahkah kita mengetahui apa itu keindahan Islam? Dan setelah kita tahu apa yang harus kita lakukan untuk menembus realiti sekarang menggunakan “episteme” realiti keagamaan Rasulullah di kurun pertama hijrah dulu!

Tugas kita memang mencari. Mencari Islam esensial untuk menemukan metodologi yang tepat, lalu mencuba melanjutkan misi profetik kenabian untuk melakukan rekaan sosial bagi meralisasikan masyarakat madani.

Advertisements

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: