jump to navigation

Tiada Lagi Negara Islam Ideal Disember 6, 2007

Posted by ummahonline in Telaah Buku.
trackback

Oleh: Miftahul Arief

Pengarang: Gamal al-Banna
Buku: Relasi Agama dan Negara
Penerbit: Mata Air Publishing
Halaman: 389 mukasurat

Salah satu masalah besar dalam dunia politik Islam adalah, apakah mungkin memberlakukan syariat Islam tanpa Negara Islam? Bukankah penerapan syariat Islam dengan sendirinya merupakan pembuka jalan menuju Negara Islam? Persoalan ini telah menyuluh perbahasan di kalangan pemikir politik Muslim sepanjang masa, meski di kalangan politik Muslim moden hampir tidak dijumpai kesepakatan bulat tentang apa sesungguhnya yang terkandung dalam konsep Negara Islam.

Jawaban atas pertanyaan ini telah menimbulkan dua fahaman antara pendukung konsep Negara Islam dengan penolakan terhadap tidak adanya konsep tentang Negara Islam. Sejarah politik Islam bergulat dalam tarik-menarik dua fahaman ini.

Berkaitan dengan ada atau tidak adanya konsep negara Islam, Gamal al-Banna menggambarkan jejak-jejak sejarah lahirnya apa yang masyhur dengan istilah negara. Sejarah yang bukan hanya diwarnai dengan hubungan yang harmonis antara kekuasaan dan ideologi, tetapi juga diliputi oleh banyak konflik dan prasangka antara ideologi (agama) dan kekuasaan (negara).

Realitinya, sangat mudah terlihat dengan begitu beragamnya sistem negara dan pemerintahan di dunia ini yang mendakwa dirinya sebagai Negara Islam. Namun begitu, secara teorinya, dewasa ini sudah ada berbagai usaha untuk merumuskan sebuah konsep formal mengenai apa yang dimaksudkan sebagai Negara Islam. Paling tidak telah ada kesepakatan minimun bahawa suatu negara disebut sebagai Negara Islam jika memberlakukan hukum Islam. Dengan kata lain, pelaksanaan hukum Islam merupakan prasyarat formal dan utama bagi kewujudan Negara Islam.

Sejarah telah mencatatkan bahawa abad ke-15 hingga 20 merupakan fasa ketika Eropah berdiaspora dan menyebar ke dunia Timur dalam rangka imperialisasi dan kolonialisasi.

Secara tidak langsung, penjelajahan Eropah ini telah memberikan semangat terhadap kebangkitan Islam, iaitu merangsang lahirnya sederetan tokoh-tokoh pembaharu Islam seperti Rasyid Ridha, al-Maududi, Jamaluddin al-Afghani, Muhammad Abduh, dan Ayatullah Khomeini. Fokus pergerakan mereka tidak hanya untuk menumpaskan penjajahan, tetapi juga mendirikan kerangka atau konsep dasar tentang negara yang dilandasi oleh agama.

Rasyid Ridha, seorang ulama terkemuka di awal abad ke-20, yang dianggap paling bertanggung jawab dalam merumuskan konsep Negara Islam moden, menyatakan bahawa premis pokok dari konsep Negara Islam adalah bahawa syariat merupakan sumber hukum tertinggi. Dalam pandangannya, syariat mesti memerlukan bantuan kekuasaan untuk tujuan penerapannya, dan adalah mustahil untuk menerapkan hukum Islam tanpa kehadiran Negara Islam. Dengan demikian, dapat dikatakan penerapan hukum Islam merupakan satu-satunya kriteria utama yang amat menentukan untuk membezakan antara suatu negara Islam dengan negara bukan-Islam.

Sama halnya dengan pandangan al-Maududi yang dianggap sebagai pendiri sistem teo-demokrasi menyatakan bahawa Islam sebagai ideologi holistik itu wajib diterapkan dalam kehidupan bernegara. Salah satu caranya ialah menggantikan ideologi Barat dengan ideologi Islam. Bagi al-Maududi, pentingnya Islam sebagai ideologi negara kerana Islam adalah agama yang menyeluruh dan universal. Kerana itu Islam adalah sebuah negara Tuhan.

Keadaan ini bukanlah hal baru, sebab sudah sejak awal pergulatan ideologi antara agama dan negara berkecamuk pada masa setelah Rasulullah dan masa kekhalifahan. Pertentangan antara dinasti Muawiyah dan Abbasyiah merupakan bagian penting dalam sejarah yang membawa umat Islam dalam satu kesatuan di bawah sistem monarki. Begitu juga yang terjadi sampai berakhirnya masa kekhalifahan Turki 1924 M. Pertanyaan adalah, apakah dinasti-dinasti Islam dalam sejarah itu merupakan bentangan dari bentuk Negara Islam?

Buku Gamal al-Banna ini dapat dikategorikan sebagai buku sejarah yang meracik hubungan antara agama dan negara, yang melihat terutama segi politik, kerana itu berbagai kepentingan sosial-politik sangat mewarnai penggambaran konflik kepentingan antara yang menghendaki agama (Islam) sebagai dasar negara dengan kalangan politik Muslim moden yang menolaknya.

Dalam buku ini, Gamal al-Banna menegaskan tesisnya dengan menyatakan bahawa tidak ada satu pun contoh negara Islam yang ideal selain pada masa Madinah al-Munawarah, yang berlangsung hanya dalam waktu 25 tahun. Sepuluh tahun pada masa kenabian, sementara lima belas tahun setelahnya adalah di bawah khalifah Abu Bakar dan Umar. Setelah itu, yang ada tidak lebih dari bentuk pemerintahan yang ekspansif dan rakus, sampai berakhirnya masa kekhalifahan Turki, termasuk pada masa khalifah Othman dan Ali kerana keduanya tidak mengikuti cara kedua khalifah pendahulunya.

Menurut Gamal al-Banna, tidak ada negara yang disebut-sebut sebagai negara Islam yang patut diteladani selain Negara Madinah dengan segala spesifikasinya yang selama ini belum pernah ditiru oleh negara manapun. Sayangnya, kewujudan Negara Madinah tidak dapat diulangi lagi. Gamal al-Banna juga mencatat masalah terpenting dalam setiap kegagalan negara yang bereksperimen mendirikan Negara Islam adalah terletak dalam pelaksanaan, bahkan kebanyakan mekanisme politik yang dijalankan tersebut kelihatan lebih buruk dibandingkan dengan negara-negara yang ada di Eropah dan Amerika.

Buku yang terdiri dari enam belas bab ini berisi uraian yang sangat rinci tentang hubungan antara agama dan negara mulai dari sejarah Negara Islam pada masa Rasulullah yang masyhur disebut Negara Madinah, pengertian kekuasaan, perdebatan Negara Islam pada masa kini antara wacana dan kenyataan, pembahasan mengenai eksperimen pendirian negara Islam masa kini yang dilakukan oleh kebanyakan negara-negara Timur Tengah seperti Arab Saudi, Iran, Aalgeria, Sudan dan Turki, dan ditutup dengan penggambaran dakwah para nabi sebagai suatu cara untuk mencapai kemajuan umat.

Buku Gamal al-Banna ini sememangnya telah memberikan warna baru di tingkat wacana politik Islam, dan terasa mewakili hasrat untuk membaca ulang munculnya radikalisme agama berikut pandangan tentang negara atau pemerintahan Islam.

Buku ini juga menawarkan rumusan-rumusan baru bentuk negara (Islam) yang paling ideal bagi masyarakat Muslim. Dalam pencariannya itu, Gamal al-Banna tak segan-segan menoleh pada pemerintahan di negeri-negeri Barat, seperti negara-negara Eropah dan Amerika, yang telah berhasil mewujudkan kesejahteraan bagi rakyatnya dengan menciptakan negara kemakmuran (welfare state).

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: