jump to navigation

Memanipulasi Palestin Disember 13, 2007

Posted by ummahonline in Artikel.
trackback

Oleh: Irman Abdurrahman

Selamat datang di Timur Tengah, wilayah yang berkisah tentang banyak hal dan penting bagi perkembangan agama di seluruh dunia. Di sana, ribuan tahun lalu, tiga agama besar dunia lahir dan peradaban moral ditinggikan. Namun, di sana pula kebohongan dan kezaliman, dari yang berbentuk sangat sederhana hingga yang berformat paling kompleks sekalipun, ditebar hingga kini.

Tanah Kanaan, Palestin, menyajikan contoh yang paling lengkap serta hakiki. Di sana, khalayak dunia dibuai dengan ilusi adanya Palestin dan Israel. Ilusi itu seolah-olah menggambarkan bahawa pendudukan, penindasan, dan pecerobohan Israel, seperti yang disuarakan rakyat Palestin itu tidak ada. Yang kini terjadi adalah ‘konflik awam’ antara sesama orang Palestin yang melibatkan kelompok Hamas dengan Fatah.

Kalaupun ‘orang-orang bijak’ di Barat memboikot bantuan kewangan dan Israel dengan tidak mencairkannya, itu hanya kerana menurut pandangan mereka rakyat Palestin telah salah memilih Hamas sebagai pemimpin mereka. Mereka ingin mendorong rakyat Palestin untuk memilih figur-figur ‘bebas’, seperti Salam Fayyad, ‘perdana menteri’ baru. Dengan pilihan itu, mereka pun menjamin semua kekecohan di negara tersebut tidak akan terjadi.

Mari kita uraikan jalinan benang dusta yang secara canggih dirajut sehingga tampak bak sebuah ‘kebenaran’.

Dua-negara sebagai penyelesaian

Pada pertengahan 1970-an, majoriti negara anggota PBB mengakui kewujudaan bangsa Palestin. Pada 1993, PLO, di mana Fatah adalah fraksi terbesar di dalamnya, mengakui kedaulatan Israel di luar Tebing Barat dan Semenanjung Gaza, dua wilayah yang hanya 22% dari tanah Palestin. Dan, inilah penyelesaian ‘dua-negara’ yang didengung-dengungkan itu.

Namun, adakah Israel mengakui kedaulatan Palestin dan adakah autoriti kebangsaan Palestin diakui wewenangnya di dua wilayah yang tinggal sekerat itu? Jawapannya, pencerobohan terus berlangsung. Tebing Barat dipecahkan menjadi ribuan wilayah kecil yang beralih fungsi menjadi jajahan Yahudi. Tembok pemisah yang sedang dibangun pun inci demi inci masuk ke dalam wilayah Palestin.

Sementara itu, autoriti pihak Palestin tidak lebih dari sekadar pemerintahan kota praja, yang hanya memiliki wewenang dalam urusan-urusan pentadbiran di Gaza dan sebahagian wilayah di Tebing Barat Para pegawai pemerintah Palestin pun tidak dapat bergerak bebas di wilayah mereka sendiri tanpa izin dari pasukan keamanan Israel. Belum lagi berbagai penculikan dan penahanan para pejabat eksekutif dan legislatif Palestin. Adakah ini yang dinamakan negara berdaulat?

Moderat vs ekstremis?

Media-media Barat punya persepsi sendiri mengenai konflik Fatah dengan Hamas. Koresponden BBC, Paul Reynolds, menyebutnya sebagai ‘pertarungan yang lebih luas antara modenisme (Fatah) dan ekstremisme (Hamas) di dunia Arab dan Islam’. Tiba-tiba saja, dunia lupa sejarah kelam Fatah yang berlumuran darah, bukan saja warga Yahudi, tetapi juga saudara sebangsa mereka sendiri, rakyat Palestin yang jadi korban.

Tiba-tiba saja dunia mengabaikan mengenai tokoh Fatah seperti Mohammad Dahlan, yang Mac 2007 lalu diangkatnya oleh Mahmoud Abbas sebagai Ketua Dewan Keselamatan Kebangsaan. Human Right Wacth menyebut Dahlan berada di balik aksi-aksi keganasan berupa penangkapan tanpa proses peradilan, penyiksaan, dan pembunuhan para aktivis, jurnalis, dan tokoh-tokoh penentang Fatah (Human Right under The Palestinian Authority, 1997).

Itukah yang dimaksud dengan moderat? Adakah pemodenan bermakna tokoh seperti Dahlan, yang sering membuat pertemuan dengan pegawai pemerintah Israel dan menerima sumbangan senjata dari Amerika Syarikat melalui Israel untuk mempersenjatai tenteranya demi memerangi bangsanya sendiri? Adakah seorang yang moden bererti harus menjadi tokoh seperti Salam Fayyad, yang mengabdi selama 8 tahun di Bank Dunia dan 6 tahun di IMF serta berteman baik dengan Condoleezza Rice?

Dan, adakah pula moderasi itu juga merujuk kepada figur seperti Mahmoud Abbas, yang menulis buku 600 halaman tentang Kesepakatan Oslo tanpa menuliskan secuil kata pun tentang ‘pendudukan’ Israel?

Jika itu yang dimaksud Barat dan Israel sebagai moderat, tampaknya rakyat Palestin lebih gemarikan para ‘ekstremis’ ketimbang para ‘moderat’ tersebut. Rakyat Palestin memilih Hamas bukan kerana mereka menginginkan sebuah negara Islam. Mereka memilih Hamas kerana lelah dengan Fatah yang korup dan lemah di hadapan Israel. Mereka memilih Hamas kerana fitrah setiap bangsa terjajah di mana pun untuk tidak mendukung para talibarut imperialis.

Kudeta siapa?

Jika sebuah pemerintahan terpilih diboikot, diculik menteri-menterinya, dan rivalnya dipersenjatai kekuatan-kekuatan asing, lalu akan kita sebut apa ketika ia membela diri? Barat sekali lagi punya jawabannya yang ‘khas’: Hamas telah melakukan kudeta dengan ‘menguasai’ Gaza. Mungkin benar bahawa Hamas bertindak di luar garisan hukum, tetapi apakah lantas tindakan Abbas membentuk ‘pemerintahan darurat’ dapat dibenarkan?

Menurut Perlembagaan Palestin, tindakan Abbas menunjuk perdana menteri baru, dan juga membentuk ‘pemerintahan darurat’, adalah tidak sah. Fasal 45 dari perlembagaan itu menyatakan bahawa presiden tidak berhak menunjuk seorang perdana menteri yang tidak dari parti pemenang pelihanraya (Hamas). Fasal 67 dan 79 menyatakan bahawa perdana menteri dan kabinet yang baru hanya dapat diambil sumpahnya oleh Dewan Legislatif sedangkan Fayyad beserta kabinetnya disumpah oleh Abbas.

Jika demikian, kabinet Fayyad itu seperti apa, sementara perlembagaan Palestin tidak memberi kuasa kepada presiden untuk menyatakan ‘kedaruratan’ tanpa keputusan Dewan Legislatif? Dan, atas dasar apa nantinya negara-negara lain berhubungan dengan ‘pemerintahan darurat’ ini? Satu masalah besar ketika di saat yang bersamaan Ismail Haniyeh tetap mendakwa haknya sebagai perdana menteri yang sah. Hakikatnya, ini bukanlah konflik awam, tetapi perlawanan bangsa terjajah menghadapi segelintir elit Fatah yang mempertaruhkan kedaulatan ke tangan kekuatan-kekuatan neo-imperialis.

Laporan terakhir menerusi mantan utusan PBB untuk Timur Tengah (End of Mission Report), Alvaro de Soto, secara tersurat telah menyebutkan bahawa punca kekacauan di Palestin adalah ‘kegagalan’ Amerika Syarikat untuk mendorong Israel ke arah diplomasi. Bagi de Soto, prasyarat-prasyarat yang diajukan Israel, yang kemudian dibenarkan oleh Amerika Syarikat, adalah amat mustahil dipenuhi Palestin, dan ini menyebabkan jalan menuju diplomasi menjadi buntu. De Soto juga mengecam Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah yang melancarkan sekatan kewangan tanpa memikirkan lebih jauh nasib rakyat Palestin.

Sikap dan pendekatan negatif Israel terhadap Palestin, bahkan saat Fatah yang pragmatik itu berkuasa, semestinya menjelaskan kepada semua pihak bahawa penyelesaian “dua-negara” itu hanyalah delusi yang diciptakan rezim Zionis untuk sekadar mengulur-ulur waktu (buying time) agar program haram pencerobohan dapat terus berlangsung demi mewujudkan nubuat-nubuat fasistik mereka!

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: