jump to navigation

Imam Syafi’i: Bintang Fiqh Disember 17, 2007

Posted by ummahonline in Tokoh.
trackback

Oleh: Agung Pribadi

Suatu saat, ketika hamil tua, Ibunda Imam Syafi’i bermimpi ada cahaya terang keluar dari perutnya, cahaya itu kemudian menjadi salah satu bintang di langit. Bintang itu bersinar sangat terang. Sinarnya kemudian jatuh ke suatu negeri dan menerangi seluruh negeri tersebut.

Ibunda Imam Syafi’i kemudian mendatangi ulama ahli ta’bir mimpi. Ahli ta’bir mimpi itu kemudian menjelaskan bahawa nanti Ibunda Imam Syafi’i akan melahirkan seorang tokoh besar ahli ilmu pengetahuan yang akan menerangi seluruh dunia ini. Dan ternyata benar Imam Syafi’i menjadi salah satu dari Imam Mazhab besar dan ajarannya diikuti di seluruh dunia ini.

Di negara kita tercinta ini, Mazhab Syafi’i diikuti oleh majoriti umat Islamnya. Dahulu kala di keraton-keraton Jawa pengurus agamanya berjumlah 40 orang, mengikuti pendapat mazhab Syafi’i bahawa Salat Jumaat itu sekurang-kurangnya 40 orang.

Hafalan Imam Syafi’i sangat kuat. Pada umur 9 tahun ia hafal Al Qur-an dan pada umur 10 tahun ia hafal kitab Al Muwatha karangan Imam Maliki. Menurut Ibnu Farhun, kitab ini dihafal dalam waktu sembilan malam saja. Hal ini disebabkan pada saat itu Imam Syafi�i tidak mempunyai kitab itu sedangkan kitab itu dirasa penting oleh Imam Syafi’i dan Imam Syafi’i selalu mengembalikan buku yang dipinjamnya dari orang lain (tidak seperti intelektual zaman sekarang yang seringkali tidak mahu mengembalikan buku yang telah dipinjamnya). Maka Imam Syafi’i pun meminjam buku itu dan berusaha menghafalnya dalam waktu singkat dan berhasil! Kitab itu berhasil dihafal dalam waktu sembilan hari! Memang ada hikmah di sebalek ketidakmilikannya itu.

Ketika masih remaja, kamar Imam Syafi�i penuh sesak dengan catatan-catatan pelajaran beliau, sehingga terlalu sempit untuk tidur. Lalu agar tidak sempit, Imam Syafi�i berazam (bertekad kuat) untuk menghafalnya agar catatan itu tidak diperlukan. Iapun lalu mengurung diri di kamarnya selama berbulan-bulan dan keluar kamar hanya untuk makan dan buang hajat. Dan, subhanallah, ia berhasil menghafalnya! Dan kamarnyapun tidak penuh sesak lagi.

Suatu ketika pernah Imam Syafi’i hilang hafalan Qur�annya sebanyak satu juz. Ia bingung. Ketika ia melakukan muhasabah pada malam harinya lalu ia mengetahui bahawa ia pada siang harinya secara tak sengaja melihat betis nenek-nenek, lalu ia pun bertaubat. Nah! Wajar saja orang sekarang susah menghafal Al Qur�an. Kerana sering melihat secara sengaja wanita muda dan lebih dari betis! Sangat berlawanan dengan Imam Syafi�i.

Kemudian guru Imam Syafi�i iaitu Imam Maliki menasihati demikian, �Wahai Muhammad (bin Idris Asy Syafi�i), Allah telah memasukkan cahaya ke dalam hatimu. Kerana itu janganlah engkau kotori dengan berbuat maksiat. Bertakwalah kepada Allah maka engkau akan diberi-Nya sesuatu!�

Gurunya yang lain iaitu Waki� bin Jarrah juga menasihati sebagai berikut:

�Aku mengaku kepada Waki� tentang sulitnya menghafal pelajaran. Beliau memberitahukan supaya meninggalkan maksiat. Lantaran beliau berkata bahawa ilmu adalah cahaya (nur). Dan cahaya Allah tidak akan diberikan (ditunjukkan) kepada pelaku maksiat.� Sungguh luar biasa sosok Imam Syafi�i ini. Sekarang mari kita kenali lebih dekat sosok Imam Syafi�i ini.

Imam Syafi�i dilahirkan di Gaza, Palestin dengan nama Muhammad bin Idris. Imam Syafi�i lahir di sini bukan kerana ia orang wilayah ini. Ayah dan Ibu Imam Syafi�i orang Makkah, Hijaz (Arab Saudi sekarang). Suatu ketika mereka mengadakan perjalanan ke Gaza untuk menuntut ilmu. Di tengah acaranya menuntut ilmu, ayah Imam Syafi�i wafat. Ketika itu Ibunda Imam Syafi’i tengah hamil tua. Tak lama kemudian lahirlah Imam Syafi’i di Gaza. Imam Syafi�i dilahirkan pada 150 H (767 M). Menurut riwayat, pada tahun itu juga wafatnya Imam Hanafi di Baghdad.

Riwayat yang lain mengatakan bahawa ketika itu oleh keluarga besar Imam Syafi’i telah diadakan pengiraan bahawa hari wafatnya Imam Hanafi itu adalah tepat pada hari kelahiran Imam Syafi�i. Dengan riwayat ini, maka sebahagian ahli sejarah Islam mencatat, bahawa hari lahir Imam Syafi�i itu adalah bertepatan dengan hari wafatnya Imam Hanafi.

Bahkan menurut riwayat yang lain diterangkan, bahawa pada bulan dan tahun itu juga wafatnya Imam Ibnu Juraij Al Makky, seorang alim besar di kota Makkah yang terkenal sebagai Imam Ahli Hijaz. Dengan adanya dua peristiwa meninggalnya dua tokoh besar maka berdasarkan nubuwwah Nabi Muhammad SAW dapat diramalkan akan lahirnya penggantinya. Nah! Sosok Imam Syafi�i-lah yang diramalkan menggantikan kedua ulama besar itu sekaligus.

Silsilah Imam Syafi�i dari ayahnya adalah bin Idris bin Abbas bin Utsman bin Syafi�i bin Saib bin Abdu Yazid bin Hasyim bin Abdul Muthalib bin Abdu Manaf. Dengan ini jelaslah bahawa Imam Syafi’i itu keturunan Quraisy dan silsilah belai bersatu dengan silsilah Nabi Muhammad SAW pada Abdu Manaf (datuk Nabi Muhammad SAW yang ketiga). Adapun silsilah dari ibunya adalah binti Fatimah binti Abdullah bin Al Hasan bin Husain bin Ali bin Abi Thalib (paman Nabi Muhammad SAW). Maka Imam Syafi�i sering disebut juga sebagai anak saudara Nabi.

Pada usia 15 tahun Imam Syafi�i telah diberi izin oleh para gurunya yang ahli untuk mengajar dan memberi fatwa kepada khalayak ramai. Maka Imam Syafi�i pun tidak keberatan menduduki kursi guru besar dan mufti di dalam Masjidil Haram di Makkah. Tetapi sementara itu Imam Syafi�i tetap belajar kepada guru-gurunya yang ahli di Makkah itu pula.

Orang-orang yang datang ke Majlis Imam Syafi�i bukanlah orang sembarangan tetapi terdiri dari para ulama, ahli syair, ahli kesusastraan Arab dan orang-orang terkemuka.

Imam Syafi�i juga orang yang bagus dan merdu suaranya ketika membaca Al Qur�an, sehingga para ulama di Makkah apabila hendak berkhusyuk mendengarkan bacaan Al Qur�an sampai mengalirkan air mata, dipanggillah Imam Syafi�i di satu tempat, lalu mereka berkumpul, mendengarkan bacaan ayat-ayat Al Qur-an dari Imam Syafi�i, padahal saat itu ia baru berusia 13 tahun.

Pada usia 20 tahun Imam Syafi�i pergi ke Madinah kerana rindu ingin bertemu Imam Maliki yang belum pernah ditemuinya tetapi kitabnya telah dihafal sejak usia 10 tahun. Imam Syafi�i rindu ingin berguru langsung kepada Imam Maliki yang dianggapnya sebagai ahli ilmu fiqh utama dan ahli ilmu hadith dan Al Qur�an. Kalau pada abad ke-21 ini trend ilmu adalah IT maka pada masa Imam Syafi�i hidup trend ilmu adalah ilmu fiqh, hadith, dan Al Qur�an. Ia pun menjadi murid tercerdas Imam Maliki menurut gurunya itu. Imam Maliki juga tak segan-segan memberikan biasiswa kepada Imam Syafi�i. Imam Syafi�i pun tak segan-segan mengritik pendapat gurunya sambil tetap menghormatinya dengan menyebutnya al-Ustadh di dalam kitab-kitabnya tanpa pernah menyebut nama Imam Maliki. Imam Maliki walaupun banyak dikritik Imam Syafi�i tidak mencabut biasiswa yang diberikan kepada Imam Syafi�i. Bukan main tawadhu�nya Imam Maliki. Sikap ini nantinya diikuti oleh Imam Syafi�i. Imam Syafi�i berkata bahawa apabila ada orang yang mengritik mazhabku dengan hadith sahih maka itulah mazhabku. Ia juga berkata, �Adapun yang aku katakan dan gariskan, akan tetapi bertentangan dengan perkataan Rasulullah, maka pendapatku sebenarnya adalah apa yang dikatakan oleh Rasululah SAW itu.� Inilah sebabnya ada sebahagian kiai Nahdatul Ulama yang menganut mazhab Syafi�i pada awal abad ke-20 ketika diajak oleh kiai Muhammadiyah dengan mengutip Al Qur�an dan Hadith, maka para kiai NU itu mengikuti pendapat kiai Muhammadiyah.

Setelah empat tahun lebih beberapa bulan Imam Syafi�i kemudian pergi ke Baghdad (Iraq) untuk menuntut ilmu dan mengeluarkan buku kumpulan fatwa-fatwa fiqh-nya yang di kemudian hari disebut �qaul qadim� (pendapat awal) Imam Syafi�i. Menerusi Khalifah Harun Al Rasyid, Imam Syafi�i diangkat menjadi guru di Baghdad. Atas perintah dan permintaan Khalifah, Imam Syafi�i sering mengritik dan menasihati Khalifah dengan kata-kata yang halus dan syair-syair sehingga ketika Khalifah menyedari kesalahannya dan ia sering menangis di depan Imam Syafi�i.

Tak lama kemudian Imam Syafi�i pergi ke Mesir dan belajar serta memberi fatwa di sana. Ia juga menulis banyak kitab fiqh di sana yang nantinya disebut �qaul jaded� (pendapat mutakhir) Imam Syafi�i. Pada �qaul jaded� inilah Imam Syafi�i berfatwa boleh berzakat dengan beras.

Pada usia 54 tahun Imam Syafi�i meninggal dunia di Mesir di rumah sahabatnya Abdullah bin Hakam sesudah Maghrib, malam Kamis akhir bulan Rajab tahun 204 H. Ia dimakamkan esok harinya di sebelah barat Al Khandak, dekat kuburan Zahrah.

Ibnu Farhun dalam kitabnya menceritakan bahawa baru saja Imam Syafi�i meninggal dunia, lalu datanglah seorang Arab dan bertanya, �di manakah bulan dan matahari majlis ini?� mereka menjawab bahawa beliau telah meninggal.

Orang itupun menangis dengan kuat sambil berucap, �Semoga Allah mengasihinya dan mengampuni segala dosa. Beliau adalah orang yang membuka pintu hujjah yang terang, yang membersihkan air muka yang hitam, dan yang membukakan pintu-pintu fikiran yang tertutup rapat. Semoga Allah meredhainya!�

Wallahu A�lam bish Shawab.

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: