jump to navigation

Ruang Kebosanan Dalam Diri Disember 24, 2007

Posted by ummahonline in Surat Pembaca.
trackback

Oleh: Buzar-1

Dalam diri setiap insan, terdapat suatu ruang yang lazimnya tidak digemari iaitu ruang kebosanan. Dimana dalam meniti detik-detik masa hidup, ruang kebosanan atau merasa suatu kekosongan dijiwanya adalah salah satu sifat lumrah insani.

Kebosanan adalah lahir daripada ruang-ruang yang wujud dari permintaan minda, kehendak rasa-hati, kesihatan tubuh-badan serta juga terlopongnya masa-masa yang meminta untuk diisi. Kerana lazimnya insan bertindak melakukan sesuatu diatas perkara-perkara diatas, bersama fitrahnya yang saban waktu meluru menerokai sesuatu yang baru buat dirinya dan ini adalah perbezaan ketara dengan mahluk lain iaitu haiwanat.

Kepada haiwan, hidupnya adalah amat terbatas dari segi keupayaan tubuh badan yang tidak fleksible mahupun akalnya, lantas apa yang dialaminya, biarpun perkara yang sama berkurun-kurun lamanya, tiadalah ia mengalami ruang kebosanan dijiwanya.

Mungkin kebosanannya pada peringkat kerana tiada memiliki pasangan hidup namun ia amat jauh perbezaan bila dikatakan dengan jiwa-jiwa insan yang mengalami kebosanan.

Insan, sesejak mula belajar berjalan, ia akan sentiasa cuba mengisi waktu sehariannya dengan aktiviti-aktiviti seperti mencapai apa sahaja dihadapan pandangannya, cuba menangkap percakapan-percakapan mereka yang disekitarnya mahupun setiap hari mempelajari keadaan sekitarnya. Dan bila semakin dewasa, lebih banyak perkara-perkara yang dipelajari, dikaji dengan bantuan alam sekitar serta juga dari sudut pandangan tersendiri mahupun yang dihidupkan dalam kehidupan sehariannya.

Sebegitulah seterusnya bila meningkat matang sehinggalah kehari tuanya. Dan dalam dunia yang berkembang pantas dan hampir kini kelihatan seakan tiada sempadannya, maka semakin banyak perkara-perkara, maklumat-maklumat mahupun amalan-amalan kehidupan insan seharian disetiap sudut dunia berligar dimana-mana, yang mana juga melahirkan lebih banyak ruang permintaan dalam dirinya. Dan disinilah juga terletak lebih besar ruang perangkap untuk suatu kebosanan. Tidak dinafikan untuk mereka yang diperdalaman atau kawasan-kawasan terpencil juga hadirnya perasaan kebosanan, tetapi tata-cara kehidupan serta pemikiran yang dilewatinya, membuahkan pengawalan cepat keatas ruang kebosanan dirinya. Mungkin segalanya dalam kuantiti terhad serta juga sekitar yang menenangkan jiwa dari bergolak diatas ruang kebosanan.

Manakala semakin sibuk atau hadirnya dalam bentuk kuantiti yang besar perkara-perkara yang berlaku dalam kehidupan seseorang, semakin besarlah juga risiko ruang kebosanan dalam dirinya. Katakan seorang yang biasa dianjakkan dengan sesuatu yang menjadi kebiasaan hariannya seperti television atau komputer atau apa sahaja alat komunikasi untuk mendapatkan berita-berita semasa, tiba-tiba ketiadaan alat-alat tersebut, maka jiwanya akan merasa sesuatu kekosongan.

Katakan seseorang yang biasa dianjakkan pendengarannya dengan bunyi-bunyian musik atau suasana-suasana yang menghiburkannya dari sudut bunyian, tiba-tiba tiada semua itu, tentu jiwanya merasa tiada keharmonian. Katakan seseorang itu biasa dikelilingi oleh sahabat-handai yang mana menceriakan kehidupan sehariannya, tiba-tiba semuanya menjauhkan diri, tentunya dia akan merasakan suatu kehilangan dan seterusnya untuk perkara-perkara lain yang dilaluinya dalam kehidupan seharian yang mana tanpa perkara-perkara tersebut maka wujudnya ruang kebosanan.

Dan ini belum lagi dikatakan kebosanan dari perkara-perkara yang kerap dilakukannya seperti bosan mendengar sesuatu lagu yang telah begitu banyak kali didengarinya, bosan kepada rutin kehidupan seharian seperti keatas pekerjaan yang dilakukan, pelajaran yang dilalui, makanan yang sama setiap hari, kesesakan lalu lintas, kegopohan tingkah-laku mereka yang disekitarnya dan seterusnya.

Mungkin kita akan menyangka, itu semua adalah perkara lumrah dalam kehidupan seharian seorang insan, tetapi sedarkah kita, kebanyakkan keburukan yang ditimpa oleh insan adalah dari ruang-ruang kebosanan yang wujud dijiwanya? Lantaran untuk mengisi ruang-ruang kebosanan inilah, insan bertindak berbagai-bagai laku, yang kekadang ada manfaat darinya, tetapi banyak juga kemudaratan darinya.

Misalnya seorang gadis yang setiap waktu dihimpit dengan berbagai-bagai bentuk hiburan sama ada dari alat elektronik mahupun majalah-majalah sensasi, lazimnya akan merasa suatu kebosanan pada satu-satu peringkat umurnya, dan tanpa kawalan orang-tuanya, akan bertindak keluar mencari teman-teman sejiwa, namun ramai yang berakhir dengan kekecewaan kerana terperangkat dalam kemelut bebas sosial, sehingga ada yang melahirkan anak diluar nikah mahupun seterusnya kepada kes-kes membunuh diri. Atau misal, seorang remaja lelaki yang tertekan jiwanya lantaran kebosanan, bertindak juga seperti gadis diatas, maka berkemungkinan besar, akhirnya hidup dalam belenggu-belenggu dadah mahupun kegiatan yang merosakkan akhlak.

Misal yang lebih besar, segala keburukan seperti wujudnya kasino, bar-bar, diskotik-diskotik dan segala bentuk maksiat adalah berpunca juga dari ruang-ruang kebosanan yang meminta diisi. Lalu, apakah perkara yang terbaik untuk insan mengatasi fitrah jiwa kebosanannya?

Sebagai seorang Islam, iainya tiada lain dengan mengambil jalan yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. Allah yang mencipta segalanya, maka Allahlah yang mengetahui apakah terbaik untuk hamba-hamba yang diciptakanNya. Dengan mengamalkan amalan solehan, serta dengan menghidupkan jalan kehidupan yang ditunjukkan oleh Rasulullah, inilah “penebat” atau penawar kepada segala ruang-ruang kebosanan yang ada dijiwa insani. Bahkan bukan sahaja penawar, malah membantu setiap insan agar dapat melakukan aktiviti-aktiviti yang benar-benar membawa manfaat samada untuk selama hidupnya didunia, mahupun diakhirat.

Aktiviti-aktiviti amal solehan dalam kehidupan seharian, seperti berdakwah (berpesan-pesan atau menasihati sesamanya kearah kebaikan), taklim-wa-taklum (duduk dalam majlis ilmu atau mengajar sesuatu ilmu kebaikan kepada orang lain), ibadat-wa-zikir (memenuhi diri dengan amal ibadat seperti menunaikan solat mahupun nawafil solat serta membaca Al Quran, tashbihat mahupun membawa pengamalan keatas doa-doa masnun dalam kehidupan seharian), berkhimat pada diri serta keluarga mahupun masyarakat (berkhidmat dimasjid, bergotong-royong, membantu insan yang memerlukan pertolongan dll) adalah aktiviti yang menutup ruang untuk kebosanan dan juga meningkatkan darjat diri disisi mahluk mahupun disisi Allah Taala.

Setiap amalan solehan yang dilakukan dengan keikhlasan disamping meyakini ganjaran kebaikan dari Allah (sebagaimana terdapat banyaknya hadis-hadis mahupun ayat Al Quran sendiri yang menceritakan kelebihan keatas sesuatu amalan solehan), bukan sahaja tiada kebosanan atas amalan solehan tersebut, malah mampu membawa diri merasakan kebahagiaan dalam mengamalkannya dan kehidupan yang dilalui seterusnya adalah lebih bermakna serta ada hala-tujunya.

Komen-komen»

1. la_abwa - Januari 19, 2008

Mana perginya komen2 lama? penat juga nak tulis semula.

Nota Editor: la_abwa, kami masih tak sempat untuk muatkan semua ulasan2 lama ke dalam sistem baru. Sabar ya. Atau jika anda mahu segera dimuatkan, boleh disalin saja ulasan2 lama anda di sini: http://ummahonline.com/index/modules.php?name=Your_Account&op=userinfo&username=la_abwa

2. la_abwa - Januari 20, 2008

Alhamdulillah ruang kebosanan yg bersebab ‘dari ruang kosong yg minta diisi’belum pernah lagi menapak dalam diri saya. Tetapi kebosanan itu mula menyapa bila sesuatu perkara/pertanyaan diajukan/dilakukan berulang kali tanpa kesudahan.

sebagai contoh bila berbicara soal furu-iyyah, masalah bid’ah dalam agama, masalah polimik syiah/sunni dan sebagainya, ini menimbulkan kebosanan dalam acara berbahas/berhujjah yg merupakan satu perkara yg seringkali kita lakukan bila berinteraksi di internet.

adakalanya saya merasa hairan bila ada orang menanyakan bagaimana nak menghilangkan kebosanan hidup. Saya merasa hairan kerana merasakan masa 24 jam itu terlalu singkat untuk dibiarkan berlalu.

Bagi saya , seseorang yg kreatif dan tahu tujuan hidup ,sama ada dia beragama atau tidak tetap tidak akan merasa bosan. Orang yg sering bosan adalah mereka yg tak kreatif atau tidak proaktif. Mereka ini hanya menunggu yg bulat datang menggolek,yang pipih datang melayang.

Untung bagi mereka yg mendapat taufik atas hidayah yg diterima. Orang seperti ini tidak punya ruang masa untuk dibazirkan sia2, mereka sentiasa berfikir bagaimana nak memenuhkan ‘kitabun mubin’ dengan ‘ahsanu amala’. Allahu’aklam.

3. buzar-1 - Januari 20, 2008

Alhamdulillah,

la abwa termasuk dikalangan mereka yang sentiasa berpesan-pesan kearah kebenaran dan memahami maksud dijadikan Allah dimuka bumi ini.

Hari ini berapa ramai yang kecundang, hatta kita telah mendengar ramai kalangan artis yang begitu kreatif (terutama disebelah barat)
dan namanya dikenali dipersada dunia, mengakhiri hidupnya dalam gelanggang penuh bermasaalah atas sesuatu sebab hingga ada yang ketahap membunuh diri.

Sebagaimana juga ramainya kalangan insan yang terperangkap dalam langkah-langkah kehidupan yang dilaluinya samaada yang berada, terpelajar mahupun sebaliknya. (angka kes rogol, penagihan dadah, mentaliti berpoya-poya dll sehingga kepada mereka yang tidak mengenal agamanya sendiri adalah terlalu tinggi)

Sedang ramai juga yang pasif, menghabiskan masa terluang hanya kepada perkara-perkara tidak berfaedah seperti mencari-cari kesalahan orang lain, mendambakan hidup hanya untuk perkara duniawi, menghabiskan seluruh waktu lapang seharian dikedai kopi, cafe, tempat-tempat hiburan dll dan seterusnya. (dalam mana tidak mengerti akan kekosangan jiwanya lalu memerlukan segala perkara yang tidak berfaedah untuk mengisi jiwanya)

Tiada siapa yang sempurna (terutama diri saya ini), masing-masing ada kekurangannya, lantas perlunya sentiasa berpesan-pesan kearah kebaikan, kerana sifat insan adalah lepa dan sesungguhnya ingat-mengingati antara satu sama lain itu benar-benar memberi manfaat terutama untuk mukmin/mukminat.

Semoga Allah merahmati la abwa dan menjadikan la abwa asbab hidayat.

4. la_abwa - Januari 20, 2008

Alhamdulillah,

jika buzar1 rasakan demikian kerana itu yg saya harapkan,saya harap orang membaca tulisan saya teruja untuk buat kebaikan/kebajikan. Namun fikiran manusia tidak selalunya lurus, dan macam2 tafsiran . Ada -ve dan ada +ve. Faiza azamta fatawakkal allallahi…sy sudah berazam , terpulanglah Allah menentukan kesudahannya.

Berbalik kpd soal kebosanan, saya terfikir kebosanan ini ada beberapa kategori antaranya:-
i)bosan disebabkan tak ada kerja maknanya ujud ruang kosong yg tak dipenuhi
ii) bosan yg disebabkan perkara berulang2 yg menjemukan , atau kesalahan yg sama dilakukan secara sengaja/tidak sengaja.
iii) Bosan kerana terlalu banyak kerja/usaha yg dibuat ttp tak dapat mencapai tujuan/harapan lalu menimbulkan kekecewaan.

semua tu berpunca bila manusia tidak mensyukuri nikmat tuhan. bagiamana nak syukur jika tak tahu yg it adalah nikmat. Ttp ada juga jenis manusia yg bersyukur tak kena tempat, contohnya orang malas. Ada orang malas sentiasa syukur sebab ada org lain bereskan kerjanya. Org lain rasa bosan dgn sikap ambil lewa org malas ttp org malas pula sentiasa ambil peluang dari kerajinan org lain…

Malas adalah sifat mazmumah. Ttp ada orang tidak sedar sifat malasnya itu adalah -ve sebaliknya mempunyai berbagai alasan untuk bermalas2 termasuk malas solat, malas menolong orang lain, segalanya malas.

saya tak pasti sifat malas ni berpunca dari kebosanan atau berpunca dari ‘kreativiti’ membuang masa. :). Malas ini ada kalanya menimpa saya juga… cuma nak buang masa tu pun saya malas juga.

apa kata buzar1 ttg malas?


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: