jump to navigation

10 Muharram Januari 19, 2008

Posted by ummahonline in Artikel.
trackback

Oleh: Murtadha Muthahhari

Mengapa Imam Husayn bangkit? Apakah tujuan yang mendorong kepada kebangkitannya? Di sini terdapat tiga penjelasan mengenai tentang hal ini.

Pertama: ada yang mendakwa kebangkitan Imam Husayn adalah kebangkitan biasa yang—naudzubillah—yang dilatari oleh tujuan serta kepentingan peribadi saja. Sebenarnya dakwaan seperti ini tidak hanya akan ditolak oleh seorang muslim, tetapi bahkan bukti-bukti sejarah yang kuat tidak membenarkan alasan itu.

Kedua: seperti yang ada di benak dalam sebahagian masyarakat awam, bahawa kesyahidan Imam Husayn adalah untuk pengampunan dosa umat manusia, sama seperti yang diyakini oleh orang-orang kristian tentang Isa Al-Masih. Cara berfikir semacam ini sememangnya sungguh menyesatkan.

Ketiga: situasi dan keadaan dunia Islam pada waktu tersebut sudah sampai pada titik genting yang mengharuskan Imam Husayn untuk bangkit, kerana Imam Husayn melihat bahawa Islam hanya akan lestari menerusi kebangkitannya.

Kebangkitan beliau adalah kebangkitan di jalan haq dan hakikat. Peperangan beliau adalah peperangan akidah dan ideologi, peperangan antara kebenaran dan kebatilan.

Dalam kapasitinya sebagai peribadi, Imam Husayn tidaklah begitu mempunyai erti dalam peperangan antara kebenaran dan kebatilan. Saat menuju Karbala, beliau berkata di salah satu ceramahnya: “Tidakkah kalian saksikan bahawa kebenaran tidak lagi ditaati, dan kebatilan tidak lagi dilarang, maka merupakan keharusan bagi seorang mukmin yang berada di tengah situasi dan keadaan semacam ini untuk bersimbah darah syahadah di jalan Allah swt”

Dalam rangka itu, Imam Husayn memaksimunkan kesempatan berkumpulnya jemaah haji di Mina dan Arafah. Di sana beliau menerangkan tujuan-tujuan universal Islam secara singkat.

 

Beliau mengatakan: “Ya Allah! Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Tahu bahawa gerakan, kebangkitan, protes, perlawanan dan peperangan, semua ini bukanlah untuk merebutkan kekuasaan seseorang, bukan juga untuk memunggah harta dan perolehan duniawi, bukan pula atas dasar kerakusan dunia, melainkan untuk mengembalikan ajaran-ajaran agama-Mu, untuk mewujudkan perbaikan di bumi-Mu, agar hamba-hamba-Mu yang tertindas merasa aman dan supaya ditegakkan kembali hukum-hukum-Mu yang terabaikan”.

Pada peristiwa bersejarah Asyura (10 Muharram), ada sebab dan motif, dan juga ada pula tujuan dan harapan yang menyelubungi peristiwa tersebut.

Kita, masyarakat muslim sedang berhadapan dengan fakta sejarah yang mengelirukan, sebagaimana Muawiyah bin Abu Sufyan telah mengelirukan tentang sabda Rasul saw mengenai Ammar bin Yasir; bahawasanya “…kelompok yang menyimpang dan zalim akan membunuhmu”.

Imam Husayn membawa motif dan tujuan tertentu dalam kebangkitannya. Berikutnya tiba saat kita untuk merumuskan sebab serta harapan yang berbeza untuk kebangkitan tersebut?

Abu Abdillah Al-Husayn telah melahirkan kebangkitan yang luar biasa besar dan suci. Semua syarat-syarat kesucian sebuah kebangkitan terdapat di dalamnya, sehingga tidak ada lagi kebangkitan yang dapat mengunggulinya. Apakah syarat-syarat itu?

Pertama: tujuan yang manusiawi dan universal. Syarat pertama dari sebuah kebangkitan yang suci adalah tujuan kebangkitan tersebut adalah tidak bersifat subjektif, tetapi manusiawi dan universal. Yakni demi sosial, kemanusiaan, hakekat, kebenaran, tauhid, keadilan dan kesejajaran, bukan kerana kepentingan pribadi.

Kedua: pandangan dan kesedaran yang kuat. Syarat kedua dari sebuah kebangkitan yang suci ialah bahawa kebangkitan itu hendaknya dilandasi dari pandangan dan kesedaran yang kuat. Ertinya, kadang-kadang masyarakat lalai atau tidak mengerti—di saat yang sama ada orang yang betul-betul sedar dan memiliki pandangan yang tajam—sehingga dapat merasakan luka masyarakat seratus kali lipat lebih dari yang mereka rasakan.

Apa yang tidak disaksikan masyarakat dalam sebuah cermin dapat disaksikan oleh orang itu dalam binaan yang masih awal. Dua puluh, tiga puluh atau lima puluh tahun berlalu, masyarakat baru menyedari kenapa orang tersebut bangkit, mereka mulai mengerti apa tujuan-tujuan suci di balik kebangkitan itu. Inilah seperti yang terjadi pada Sayyid Jamaluddin Asad Abadi.

Dan ketiga: kesendirian. Syarat ketiga dari sebuah kebangkitan yang suci ialah bahawa kebangkitan itu merupakan satu-satunya kebangkitan yang tidak ada duanya.

Ertinya, di saat keadaan mencekik dan suasana mencengkam, tak seorang pun berani bersuara, selain kegelapan mutlak, putus asa mutlak, diam mutlak dan hening mutlak. Tiba-tiba muncul seseorang memecah keheningan dan meneriakkan suara, bergerak dan menyulut obor menyapu kegelapan, yang kemudian diikuti oleh orang-orang lain.

Komen-komen»

1. wisdom - Januari 21, 2008

Rahsia 10 muharram pengorbanan, kemuliaan


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: