jump to navigation

Fatimah Februari 15, 2008

Posted by ummahonline in Seni.
trackback

Oleh: Seddiqeh Vasmaqi

Setiap fajar pagi dan tirai malam menjelang aku terusik
sebab namamu sentiasa terlantun dalam derita

Namamu membuatku galau
Namamu mengirimkan semangat alam benak dan kalbu
Kalbuku adalah tempat meratapi deritamu
Memahami erti deritamu adalah masalahku

Berjuta-juta orang mengeluh
Sebab apa dikau menangis!
Apabila orang faham akan tangismu
seluruh dunia akan ikut menangis
Syurga tak membisu mendengar tangismu
Pun tak diam mendengar misteri agungmu

Mentari penuh mengandung hujan menahan beban deritamu
Kala tangan Ilahi menjamahmu dunia
dunia pun terpaku
Musim semi pun tiba usai kau tersenyum
Sang suria muncul dari balik wajah cantikmu

Duhai dikau yang bersemayam di atas langit ketujuh
Duhai dikau yang tumbuh dari tanah yang dingin
Duhai dikau yang telah melahirkan kesatria-kesatria perang!
Duhai dikau yang di hadapanmu Saturnus berlutut!

Bersamamu Kitab Suci terpercik darah tersebak
Bersamamu musim bunga tulip tiba
Kemarahanmu bercampur dengan kemarahan Kebenaran

Belati ditarik dari sangkurmu agar
tak tersentuh oleh kesia-siaan
Pusaramu tersembunyi dari kawan mahupun lawan
Mengingatimu menjadikan fikiranku cerah
bahagia dan kadang juga sedih
Dalam fikiranku, dikau bak semangat yang menyala
Dalam fikiranku, dikau bak misteri
Tanpamu jalan menuju cinta menjadi kabur

Sang musafir menjadi longlai dan bisu
Meski kuciptakan bayangan wajahmu dalam fikiranku
tetap saja aku belum mampu mendekatimu
Apa saja yang kukatakan
belum mampu mencitrakanmu!

Siapakah yang mampu melantunkan syair sesuai citramu?

Komen-komen»

1. bravopro67 - Februari 20, 2008

Salam~

Entah saya faham atau tidak membaca syair seperti di atas. Seperti suatu masa dulu bila dibilang orang; “Fatimah Penghulu Wanita Seluruh Alam”. Saya membaca ungkapan itu sekadar membaca ungkapan. Barangkali sekadar slogan tanpa pengertian. Kelabu fikiran saya memikirkan, mengapa Nabi sawa bila Fatimah itu digelari Sayyidatun Nisa’ il ‘Alamin. Mengapa ya? Komputer sayapun tidak mampu menganalisa dan mengungkap apakah sebabnya pada saat itu. “Hang” dan perlu di ‘reboot’ semula. Padahal, Az Zahra, wafat meninggalkan dunia ini dalam umurnya sekadar belasan tahun. Kalau di waktu ini, persisnya belum sempat orang besar-besar menganugerahkan pingat-pingat kehormatan dan gelar-gelaran manusiawi. Hassan dan Hussein Sayyidul Syababul Ahlul Jannah pun, belum puas mendapat belaian cinta ibunya, sudah mendapat gelaran anak yatim. Kurang 6 bulan selepas datuknya dikebumikan di dalam rumah Ummul Mukminin.

Alangkah sedihnya, penghulu wanita ini wafat dengan ada tulang rusuknya patah selepas bayinya “Muhsin” keguguran. Didahulukan dengan peristiwa cobaan pembakaran pintu dan rumahnya sekaligus dan diberkas suaminya dengan tali-tali pengikat unta. Alangkah baiknya “jasa ” ummat ini membalas jasa ayahnya dengan memperlakukan kaum kerabatnya ahlul baytnya sebegini!. Apakah keluarga Maula orang beriman sampai begitu mulia dan terhormat sekali dikerjakan orang?. Belum lagi kisah tanah Fadak yang di ‘Land Acquisition’ pemerintah tanpa perintah mahkamah. Apakah perlunya mahkamah pada ketika itu kerana pemerintah sama ertinya dengan mahkamah. Pemerintah sama ertinya dengan istilah KPN dan Panglima Angkatan Bersenjata zaman ini. Seumpama filem “Judge Dredge” lakonan Stalone zaman ini dengan skripnya bernada garau;” I am the law”.

Khabarnya, di waktu kewafatan wanita termulia seluruh alam ini, kedua-dua bocah mulia ini menangis sambil menekupkan muka di dada ibu mereka hinggakan makhluk-makhluk langit bergoncangan. Penduduk langit menjerit: “Cukup dan sudah wahai Ali,’enough is enough’, ‘Stop and No More!’. Jangan biarkan mereka menangis dan berduka seperti itu walaupun sesaat lagi, kami sudah tidak mampu lagi melihat dan menahan pemandangan seperti itu. Sudah bener-bener ni!”.

Kalau begitu sahaja penduduk langit sudah tidak tertahan, bayangkan pula, kurang lebih 50 tahun selepas itu, ahlu kisa’ yang terakhir diragut segala-galanya, anak-anak!, kerabat!, sahabat dan teman-teman setia berjumlah 72 orang di Padang Karb dan Bala’ itu. Dalam keadaan haus dan lapar, dan dalam keadaan yang paling kejam lagi sadis yang sejarahpun tidak pernah mencatat sebelum dan sesudah Hari Asyura, 61 Hijrah itu. Lebih malang lagi, manusia-manusia berjiwa haiwan yang mengaku umat nenendanya, mereka-mereka itulah punya makar angkara. Kepala cucu Nabi, dibawa dan dipamerkan dari Kufah sampai ke Syam. Barangkali, Ibnu Marjanah dan anak lelaki Muawiyah itu, cucunya Pembesar Quraishi Mekah dan keturunan wanita si pemakan hati di hari Uhud, sekadar mahu menginggatkan ummat terhadap datuknya si empunya kepala itu. Atau sekadar ingin membalas dendam dan kesumat di hari Badar. Atau sekadar, iklan dan tontonan percuma rakyatnya ‘Amirul Mukminin Yazid’ di Kufah mahupun Damaskus. Mungkin mesejnya begini bunyinya: “Awas, kalau kamu derhaka dan ingkar pada ku, beginilah nasib-nasib kamu tidak kira siapa. “Puteranya” Nabi pun aku kerjakan, apatah lagi setakat lalat-lalat dan penyapu-penyapu buruk seperti kamu. Peduli apa aku!. Aku Yazid putranya Muawiyah, pemegang kekuasaaan terhadap kamu. Titah perintah ku itu kota”.

Berbalik kepada kisah “Sayyidatun Nisa’ Al ‘Alamin”, Kenapa tidak ‘Aishah binti Abu Bakr sahaja punya gelaran itu? Bukankah beliau satu-satunya perawan yang dikahwini oleh Nabi? Bukankah beliau wanita yang disucikan dari tuduhan sehingga wahyu turun dari langit membersih nama beliau dari tuduhan jahat itu. Dek kerana tuduhan itu, 2-3 orang sahabat dihukum sebat 80 kali kerana menuduh zina tanpa 4 orang saksi.

Bukankah beliau sangat aktif dalam politik pasca hidupnya rasul? Bukankah beliau wanita berilmu yang banyak membimbing ummat dan banyak meriwayatkan berita-berita dari Nabi?. Kalau tidak salah, ribuan hadis-hadis bilangannya. Allah swt. memerintah supaya para ummul mukminin tinggal sahaja di rumah, tapi perjuangan dan cita-cita beliau melampaui segala perbatasan dan rintangan waimma wahyu Tuhan sekalipun. Perjuangan melampau sempadan Madinah, Mekah mahupun Basrah. Apatah lagi sekadar sempadan “gender” dan “masculine”. Uthman bin Affan yang hidup tua tika itu sama umur dengan ‘Cik Det’ hari ini pun dijerkahnya dengan perkataan; “Bunuh si Na’tsal itu”.

Tidak cukup dengan itu beliau menaiki unta yang paling besar yang digelar Al Askar di Basrah yang pernah Nabi sawa ramal pada waktu hidup beliau. Unta yang begitu hebat fizikalnya, sehinggakan perang itupun digelar sebagai “Perang Unta”. Kenapa sejarah mencatatkan ‘Aishah sahaja yang digonggong dengan lagu ‘underground’ dan ‘rap’ oleh anjing-anjing jalanan di Haub?. Kenapa unta itu sampai di panah dengan ribuan anak-anak panah membaluti struktur fizikalnya, sehinggakan unta tadi sudah kelihatan menjadi “Landak” rasaksa dari jauh. Mujur sekali, pada ketika itu belum ada lagi Ultraman Ace, Tiga atau Taro.

Belum lagi kisah si dia menunggang keledai. Menghalang jasad abangnya Aba Abdillah, dari dikebumikan di sisi Nabi. “Itukan tanah dan rumah kepunyaan ku; jerit wanita mulia lagi hebat itu”. “Aku tidak mengizinkan rumahku dimasuki oleh orang itu walau sekadar sudah menjadi jasad tanpa roh dan sudah diuliti kain putih” katanya lagi. “Bukankah penghuni rumah ini suami kesayangan aku sendiri, dan bukankah dia hanya sekadar anak lelakinya si Abu Turabi”.

Kalau ditulis lagi kenapa dan mengapa, entah sampai bila akan terjumpa noktah terakhirnya. Sekadar melayan kisah-kisah secara sedikit kreatif. Itupun kalau sememangnya layak dipanggil sebegitu. Kalau tidak, anggap sahaja seperti berita-berita di dalam surat-surat khabar tabloid. Kalau dewasa ini cerita-cerita dalam kain artis pun orang suka baca, kenapa cerita-cerita begini mahu disembunyikan orang?. Cerita wanita Mangolia dibom pun digemari orang, kenapa tidak cerita-cerita “wanita-wanita” yang bersemayam di atas langit ketujuh? Wanita-wanita yang berada dalam carta terkemuka seluruh alam dan sepanjang zaman. Bukan carta Hollywood atau Bollywood, tapi carta Tuhan Robbil ‘Alamin Wa Robbil Kullu Wujood..

wassalam

2. La_abwa - Februari 21, 2008

Jika saya ditakdirkan mati dgn badan terkerat 81 bahgian, ttp dijanjikan sbg penghulu surga, maka tidak saya izinkan sesiapa mengungkit kisah kematian itu semata2 untuk meraih simpati.

Balasan surga sudah lebih dari berbaloi. Ungkitan2 dan tokok tambah hanyalah retorika.Wanita syurga itu tak perlukan simpati mahupun puji. Disisi Allah , syurga baginya sudah PASTI.

yg tak pasti adalah syurga bagi kita yg bersandar kpd kisah2 catatan manusia.Adakalanya kisah2 itu pula menjadikan umat sengketa dan berburuk sangka.Allahuaklam.

3. bravopro67 - Februari 23, 2008

Salam~

Sekali lagi, bagaimana ditafsirkan dan difahami sesuatu peristiwa. Bagaimana tafsir dan ta’wil sesuatu kejadian. Iblis pun apabila menentang perintah Tuhan agar tunduk pada Adam, beliau mena’wil bahawa dia dijadikan dari api sedangkan Adam dijadikan dari tanah. Apapun, apakah ta’wil Iblis diterima?

Berbalik kepada kisah Fatimah Penghulu Wanita Seluruh Alam, kita menceritakannya agar kita menjadikan beliau sebagai role model. Kisahnya perlu diulang dan diulang, kerana beliau diwajibkan untuk dicintai dan dikasihi, Belaiu adalah ahlul bayt yang disucikan, kerana beliau adalah sebahagian dari Muhammad sawa dan entah berapa banyak lagi alasan dan sebabnya.

Kalau ummat berburuk sangka dan bersengketa, itu masalah ummat. Kita diwajibkan untuk mencari kebenaran. Apakah kita perlu mengikut iblis hanya kerana tidak mahu sengketa dan kita tidak mahu berburuk sangka?.

Tambahan lagi, kalau Fatimah Az Zahra tidak dikenali dan dicintai, apakah kita mampu mengikut jejak langkahnya ke arah sirotol mustaqim sedangkan beliau adalah penunjuk arah ke destinasi terakhir idaman semua. Orang yang sesat dan mengikut jalan yang sesat, apakah mereka mampu mengikut jalan wanita penghulu syurga?

4. bravopro67 - Februari 25, 2008

“Jika saya ditakdirkan mati dgn badan terkerat 81 bahgian, ttp dijanjikan sbg penghulu surga, maka tidak saya izinkan sesiapa mengungkit kisah kematian itu semata2 untuk meraih simpati. ”

Jawapannya simple dan mudah. Anda cuma berfikir secara individu dan peribadi. Adapun Az Zahro’. adalah penghulu wanita seluruh alam. Bila beliau menjadi mulia dan menjadi penghulu syurga, dia mahu menarik seramai-ramai manusia untuk mengikut jejak langkahnya mendapat kemuliaan. Dia mahu, seluruh manusia terselamat dari hanyut dalam arus muka bumi ini. Sebab itulah dia mendapat penghormatan menjadi penghulu wanita seluruh alam.

Dia rela berkorban dan terkorban tapi natijah dan kesannya bergema dan terlaung sampai penghujung zaman. Sampai nafas manusia yang terakhir sekali di atas muka bumi ini. Pengorbanan beliau bukan sekadar meraih simpati, tapi pengorbanan beliau adalah hasil beliau tidak mementingkan diri. Sila baca Surah Al Insan, manusia yang bernazar untuk berpuasa, memberi makanan berbuka mereka kepada yatim, miskin dan tawanan perang. Manusia-manusia jenis ini adalah jenis pejuang dan rela berkorban. Perjuangan mereka tidak berakhir di hembusan terakhir mereka tetapi harum nafas mereka dinikmati sampai penghujung zaman. Maka wajarlah dia digelari Penghulu Wanita Seluruh Alam.

Wassalam


Tinggalkan komen