jump to navigation

Tentang Sastera Februari 29, 2008

Posted by ummahonline in Surat Pembaca.
trackback

Oleh: Eekmal Ahmad

Bagaimanakah kita melihat sesuatu karya sastera? Bagaimana kita menilai sesuatu karya itu sebagai karya sastera, ataupun semuanya yang dikatakan hasil penulisan itu adalah karya sastera–perkataan sastera itu sendiri datang dari cystra yang bermaksud hasil penulisan–maka bolehkah kita merumuskan semuanya hasil penulisan itu adalah karya sastera?

Boleh saja untuk bersetuju atau tidak bersetuju. Akan tetapi kita tahu manusia berkeupayaan memberi makna. Menuangkan makna kepada satu perkataan. Agar maksud dari perkataan itu menjadi besar dan membina erti. Kita ambil saja perkataan ‘sastera’ itu sebagai contoh. Boleh saja makna nya hanya secara literal; apa-apa saja hasil penulisan, ataupun sastera yang sudah ‘diberatkan’ dengan makna yang pelbagai; sastera itu harus ada estetika, bermoral, ada unsur perlawanan ataupun sebaliknya.

Kita cuba dan berhempas pulas untuk memahami apa itu seni? Apa itu sastera? Makna, ada yang disuapkan kepada kita. Ada yang kita ciptakan. Mana satu yang betul. Adakah semuanya betul atau semuanya salah?

Dan kita dengar seni untuk masyarakat, seni untuk seni dan seni untuk tuhan. Pergulatan panjang mencari makna seni/sastera dan juga peranannya dan itulah hasilnya. Paling tidak di Malaysia dan Indonesia. Semuanya sebenarnya mencari, menuangkan atau memaksakan makna dan erti kepada kita.

Maka saya dengan rendah hati menanyakan mengapa tidak ada seni untuk saya sebagai batang tubuh, individu dan yang punya upaya untuk memberi erti?

Rumit. Ya saya tahu sangat rumit. Kerana kita tidak pernah percaya akan diri kita sendiri, sebagai batang tubuh yang punyai erti serta keluasan makna yang tidak terjangkau. Maka jika percaya akan DIRI kita, maka seni itu kita bangunkan demi kebebasan. Kebebasan dari kolektivisme, lembaga negara yang lemah dan ketuanan ideolog.

Dan saya mahukan seni dan SAYA. Untuk SAYA. Dan ia susah…

Kerana kebebasan ada kecemburuan. Dan juga dicemburui.

KEBEBASAN diragukan, dipertikaikan oleh agamawan, kolektivis, individualis dan juga sebenarnya oleh batang tubuh DIRI SENDIRI. Bila saja seni dan kebebasan dihubungkan maka ia mula diperhatikan. Kerana masing-masing kelompok punya ‘moral’ tersendiri, walau kepada yang mendabik dada melaungkan dialah yang paling bohemian.

Saya tidak pernah pusing dengan makna serta erti yang tersimpan rapi dalam diri masing-masing. Saya mulai ‘suspicious’ bila ia mulai mahu dilembagakan, mahu diinstitusikan. Kerana makna yang dipunyai kekeramatan DIRI, akan mula dipaksakan. Moral anda, kelompok dan ideologi sekarang sudah mahu dijadikan moral saya, seni saya dan sastera saya. Saya mula tercekik lemas.

Dan tiba-tiba ada ‘krisis moral dalam sastera Malaysia’.

Bukankah ia krisis kamu( kepada yang mahu memaksakan), moral kamu, sastera kamu dan Malaysia kamu! Bukan saya.

Krisis moral dalam Malaysia, bagi saya bukanlah bila sang penulis mula terjun ke ruang ‘eros’. ‘The Decline’ bagi SAYA, bila penulis yang ingin bergayut di ranting eros jatuh terjelopok di kubang kelucahan. Dan ‘decline’ itu bukan kepada apa yang dia pilih( bergayut ataupun terjun), tapi kerana ‘kepoyoan’ dan kepura-puraannya. Kerana dari mula dia( penulis yang bergayut tadi) sudah tahu dia tidak akan mampu dan tidak mahu pun untuk mencapai ruang eros yang diterokai oleh Henry Miller.

Apa yang dia mampu hanyalah untuk meniru aksi-aksi panas. Keberahian dan amor platonicus gagal untuk dia fahami. Yang ditulis hanyalah kerana wang, dan kritikan saya bukanlah kerana pilihan untuk wang itu, tapi kerana gagal dan tidak ada keberanian untuk mengaku tujuan asal. Itu bagi saya krisis moral!

Krisis moral yang bermula bila ruang sudah ditutup. Ekspresi sudah jadi konformiti dan seragam. Di situ estetika hancur. Dan estetika itu hilang bukan bila sang penulis mampu mengangkat isu eros untuk memahami maksud ‘longing to know’, tapi bila estetika itu ditentukan pemerintah, dan lembaga yang kononnya untuk memartabatkan seni dan sastera.

Komen-komen»

1. illa - Ogos 16, 2008

ramai yang x faham pun apa itu estetika dalam berkarya, bersastera mcm ne nk hslkan karya y bk tanpa adanya nilai estetika???


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: