jump to navigation

Di Bawah Rimbunan Falsafah Mac 9, 2008

Posted by ummahonline in Telaah Buku.
trackback

Oleh: Nur Hamzah

Judul: Confessions of a Philosopher: A Personal Journey Through Western
Penulis: Bryan Magee
Penerbit: Modern Library, 1999
Halaman: 496 Mukasurat

Friederich Nietzsche pernah berkata, “pelajarilah makna hidupmu dari cermin hidupmu melalui dunia falsafah.” Ini seolah-olah membaca buku-buku falsafah tidak memastikan kebahagian hidup, tetapi dapat sedikit memahami hidup melalui dunia falsafah. Falsafah di sini dapat dibayangkan seperti cermin yang menampung pergumulan hidup.

Dalam pergumulan hidup ini, setiap orang adalah failasuf alamiah. Terlihat bahawa falsafah merupakan samudera kehidupan yang boleh dilihat oleh siapapun untuk menafsirkan hidupnya dengan kacamata falsafah. Contohnya Karl Jasper berpendapat bahawa kematian adalah salah satu medium hidup dengan berfalsafah untuk menapaki kewujudan diri manusia,seperti juga Albert Camus pernah mengatakan bahawa hidup itu absurd, untuk memahami hidup yang sebenarnya adalah bunuh diri menjadi jalan kemanusian yang sejati.

Jika memang falsafah membantu untuk memahami makna hidup dan hidup menghasilkan perenungan kefalsafahan, falsafah tentu bukan sekadar persoalan akademik yang menjadi kesibukan para profesor dan mahasiswa. Memang ada kecenderungan kuat dalam sejarah falsafah barat untuk mencirikan falsafah suatu sosok ilmiah. Hujah-hujah kefalsafahan berwujud menjadi abstraks yang tidak lepas dari corak pemikiranya peribadi tokoh failasuf. Bukankah sejak zaman Yunani kuno para sofis seperti Thales, Socrates, Plato, dan lain-lain menjunjung tinggi hujah melebihi narasi, logos melebihi mitos.

Falsafah terus bergerak untuk meruntuhkan mitos, untuk memuncakkan zaman pencerahan pada abad ke-18 dan berakhir pada abad ke-19 sampai pada pemikiran falsafah Nietzsche. Dari Nietzsche-lah orang banyak belajar mendengarkan mitos atau narasi sebagai ungkapan kedalaman berfalsafah melalui narasi dan metafora.

Buku yang ditulis oleh Byan Magee ini mengingatkan kita pada corak pemikiranya St.Agustinus dan Rousseau. Melalui narasi pemikirannya pengakuan seorang failasuf untuk diwartakan kepada para penggemar falsafah di belantara dunia. Kerana penulis buku sudah melakukan arif di berbagai dunia falsafah dan menjadi matang. Kiranya memang juga perlu memberikan sumbangan pemikiran melalui autobiografi dalam menjejakkan falsafah. Tetapi di sebalik itu juga muncul kenyataan apa perlunya mengenal Bryan Magee? Bukankah Bryan Magee bukan seorang failasuf besar seperti Karl Marx, Derrida, Habermas atau Jean Paul Sartre: yang mempunyai latar sejarah sosial, politik dan falsafah di dunia.

Hadirnya buku ini hanya ingin membuka tabir intelektual Bryan Magee di dunia falsafah barat dan peradaban barat. Rahsia yang diakuinya di depan publik adalah melalui proses kematangan dalam melahap falsafah. Dalam rimbunan intelektual Byan Magee dikenal ahli sejarah falsafah yang telah banyak menulis tentang sejarah falsafah seperti Falsafah Inggeris moden, isu-isu falsafah radikalisme, dan menulis tentang pemikiran-pemikiran tokoh seperti Schopenhauer, Wagner, Karl Popper,dan lain-lain.

Oleh kerana itu, Bryan Magee mengungkapkan falsafah dalam buku ini cara penulisannya sangat luar biasa melalui aliran ke aliran falsafah dari tokoh ke tokoh falsafah. Namun, Bryan Magee cara penyajian berbeza dengan buku-buku falsafah yang menjadi menu di barat, ia mencuba menghadirkan dengan falsafah lewat Autobiografi dan lebih menampilkan pesona falsafah dan membungkus dengan ketakjuban penulisnya terhadap falsafah mulai dari pemikiran Plato sampai Popper.

Mengantarkan falsafah autobiografi hanya ingin mengabaikan nilai-nilai akademik, bagaimana falsafah itu lebih popular di kalangan masyarakat bukan hanya untuk kalangan intelektual saja. Strategi ini yang dilakukan Bryan Magee, agar falsafah lebih mudah terpasarkan di kalangan masyarakat khalayak, dengan pendekatan autobiografi ini sangat mudah dicerna dan difahami oleh siapapun.

 

Di samping itu, penampilan corak berfikirnya Bryan Magee ingin mensejajarkan dengan para filosof sekelas dengan Plato, Derrida atau Habermas.sehingga ia berani menulis alur sejarah falsafah ini, untuk mengenalkan kepada publik bahawa tokoh–tokoh falsafah barat setelah abad ke 20 boleh menghasilkan tokoh falsafah di barat di era abad ke 21.

Bryan Magee tidak menata ulasannya secara sistematik, tetapi membiarkannya mengalir, dengan cara demikian ia mendapat banyak peluang untuk menumpahkan segala pengetahuan terperincinya tentang sejarah falsafah dan para tokohnya tanpa ikatan alur atau sistem. Skema yang menjadi alur dasar penulisannya buku ini ia menggunakan kerangka pemikirannya Immanuel Kant, Karl Popper, Bertrand Russell, Schopenhauer, Kierkegaard dan Heidegger. Namun Byan Magee berhasil menunjukkan bagaimanapun rumitnya falsafah ia menemukan galian-galian yang dalam, untuk dapat menjelaskan secara rinci dari analisa kefalsafahan kerana falsafah bukanlah suatu yang asing dan rumit.

Bryan Magee juga memberikan gambaran kepada kita untuk lebih mendalam tentang kenikmatan belajar falsafah harus bervariasi dengan muzik, drama, teater. Hal ini juga akan mudah menggugah kita dalam berfalsafah secara cekap. Contoh dengan melakonkan drama Hamlet, Shakespeare. Bahagian dari pergumulan hidup untuk bereksistensi diri manusia.

Lewat karya Bryan Magee ini juga akan memperkaya wacana falsafah kita akan dikenalkan berbagai falsafah mulai dari falsafah politik Thomas Hobbes, falsafah ekonomi Karl Marx, falsafah teknologi Thomas Kuhn, sampai falsafah posmodenisme Derrida. Di samping itu juga merAkam pengalaman peribadi Magee yang penuh dinamik di dunia falsafah: pergulatan di tengah-tengah pengaruh falsafah mazhab Oxford yang mendominasi pemikiraNnya falsafah di England di masanya; kisah-kisah di sebalik penyususunan buku-buku falsafah; juga krisis makna hidup yang sempat mencengkam dirinya dan cara mengatasinya.

 

Membaca dari ulasan buku ini nampaknya juga sangat menggiurkan dan memerlukan stamina tinggi dalam menggeledah dari pemikiran Magee dari corak dan penciriannya. Yang notabene dari buku ini ialah ia sangat membantu dalam mempelajari falsafah.

Buku ini yang dikemas dalam bentuk novel seperti Sophie’s World ini dapat mengajak pembaca untuk ikut merasakan dan mempelajari ghairah yang membuat seorang merentasi hutan falsafah. Boleh jadi buku ini akan membuat para penggemar falsafah terpujuk rayu untuk terjun dalam kedalaman dan kedahsyatan falsafah.

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: