jump to navigation

Falsafah Politik Imam Ali Mac 13, 2008

Posted by ummahonline in Artikel.
trackback

Oleh: Iwan

Apakah tujuan boleh menghalalkan cara (wasilah)?

Pertanyaan di atas merupakan pertanyaan yang paling mendasar dalam kajian falsafah politik. Pertanyaan lebih mudah: Apakah untuk sampai kepada tujuan dan maksud, kita dibenarkan melakukan apa saja dan dengan alat apa saja? Dengan kata lain, jika seandainya tujuan kita adalah tujuan yang benar, berhak-kah kita menggunakan wasilah atau perantaraan sesuatu yang tidak benar?

Sebagai contoh, jika seandainya kita memiliki tujuan peribadi seperti untuk membahagiakan manusia, apakah kerananya kita dibenarkan untuk melakukan hal-hal seperti berbohong? Ketika kita punya tujuan untuk mendapat kedudukan dan kekuasaan, apakah dibenarkan bagi kita untuk melakukan penipuan serta mengumbar janji palsu?

Jika kita menengok dan bertanya kepada para politikus zaman dulu dan (apalagi) sekarang, jawaban mereka adalah: ya ! Tujuan boleh membenarkan apa-apa cara digunakan sekalipun. Cara apapun walaupun bertentangan dengan nilai-nilai akhlak, kemanusiaan dan agama, adalah di anggap benar demi meraih tujuan. Kaedah ini seperti, “ambillah tujuan dan tinggalkanlah prinsip”.

Teori ini walaupun kelihatannya aneh dan sangat disayangkan, akan tetapi ternyata diyakini oleh banyak politikus dari dulu hingga saat ini. Dan tidak hanya itu mereka juga mengamalkan kaedah-kaedah tersebut.

Niccolo Machiavelli dalam bukunya “The Prince” menuliskan:

“Walaupun semua sepakat bahawa sifat-sifat seperti jujur, menjaga pembicaraan, perbuatan baik, tidak melakuakan penipuan merupakan dasar-dasar bagi kebaikan sebuah kota. Akan tetapi di sisi lain, di hadapan fenomena-fenomena yang terjadi pada zaman sekarang, kita menyaksikan bahawa para penduduk kota kurang memperhatikan hal itu. Mereka untuk boleh unggul dari orang lain, melakukan makar dan penipuan menganggap itu sebagai salah satu cara yang benar. Dan ternyata mereka bisa melakukan perbuatan-perbuatan besar dan mendapat hasil yang lebih bagus berbanding orang-orang yang melakukannya dengan jujur.

“Oleh kerananya biarkan mereka tetap dalam keyakinannya, iaitu untuk sampai kepada tujuan terdapat dua jalan. Pertama lewat jalur hukum dan kedua lewat paksa. Jalur pertama adalah jalur kemanusiaan sementara jalur yang kedua kehaiwanan, akan tetapi kerana jalur pertama biasanya tidak banyak menghasilkan sesuatu, maka jalur kedua menjadi suatu kemestian. Bagi setiap masyarakat diharuskan melakukan siasah dengan seperti serigala untuk memperlihatkan kekuatan dan mengalahkan yang lain.

“Seorang yang berfikiran luas, sama sekali tidak akan mampu, atau tidak boleh menganggap dirinya jujur. Kesimpulannya, warga yang mampu mempertahankan kekuasaannya sangatlah sedikit, akan tetapi ia mesti yakin bahawa semua orang, besar dan kecil tanpa harus berfikir tentang baik dan jeleknya cara untuk sampai kepada tujuan. Kerana mereka sudah menentukan tujuan maka cara pun—apapun nilainya—akan boleh ditentukan.”

Winston Churchill dalam bukunya tentang perang dunia kedua, serta tentang Iran, ia menuliskan:

“Walaupun kita telah mengadakan kesepakatan dengan orang Iran untuk tidak melakukan hal ini, akan tetapi piawai ini—perjanjian dan dampak terhadapnya— boleh dianggap benar dalam perbandingan-perbandingan sederhana iaitu ketika dua orang melakukan perjanjian. Akan tetapi dalam masalah politik ketika keuntungan memihak kepada suatu negara, maka hal itu tidak berlaku lagi. Saya tidak boleh menutup mata dari keuntungan yang akan diperoleh oleh Britain hanya kerana sebuah perjanjian. Dan hal itu tidak boleh dianggap sebagai penentangan dengan nilai-nilai kemanusiaan. Nilai-nilai tersebut secara mendasar tidak boleh mencakup perkara-perkara besar ini.

Dan, contoh ketiga dari model seperti ini adalah apa yang menjadi kaedah politik Mu’awiyah terhadap shulh (gencatan senjata) dengan Imam Hasan. Ia melanggar semua butiran-butiran yang ada pada surat perjanjian gencatan senjata dan dengan terang-terangan berkata: “Wahai masyarakat! Ketahuilah bahawa perjanjian dan syarat-syarat itu saya letakkan di bawah telapak kakiku “

Memang, ternyata lembaran-lembaran sejarah banyak mencatat model-model seperti ini. Puluhan, ratusan, ribuan bahkan jutaan tokoh serta politikus yang dengan gencar mengumandangkan dan mendakwa pembela dasar-dasar kemanusiaan, hak-hak asasi, agama serta menjunjung tinggi nilai-nilai moral. Akan tetapi sikap, perilaku serta percaturan mereka bertentangan dengan semua itu dan mengikuti aturan syaitan. Perbuatan paling buruk pun mereka lakukan demi tujuan kebendaan dan haiwani. Mereka berbuat seolah tidak ada sedikitpun nilai kemanusiaan di dalamnya dan hanya nilai-nilai hewani lebih menonjol, seperti apa yang diungkapkan oleh Al-Qur’an “ Mereka itu seperti haiwan bahkan lebih sesat.”

Model-model tokoh serta politikus seperti ini akan sangat mudah kita dapati di zaman sekarang. Demi meraih suatu tujuan, mereka rela melakukan apa saja walaupun harus menyengsarakan negara yang lain serta meragut masa depan anak-anak suatu masyarakat seperti apa yang terjadi di Iraq, Afghanistan, dll.

Di sisi lain kita juga boleh dapatkan kelompok yang beseberangan dengan mereka. Ini termasuklah orang-orang yang tidak meyakini prinsipsyaitani di atas. Kita akan sebutkan model dari orang-orang yang tidak membenarkan untuk melakukan apa saja demi mencapai suatu tujuan. Tokoh yang paling menonjol untuk model ini adalah Imam Ali bin Abi Thalib. Tidak disebutkan dalam sejarah bahawa Imam Ali melakukan percaturan yang bertentangan dengan kemanusiaan, akhlak dan agama demi mencapai suatu tujuan.

Hal ini diakui oleh kawan serta lawan, bahkan diakui oleh orang-orang di luar Islam seperti George Jordac seorang Kristian yang mengakui bahawa Imam Ali merupakan uswah kemanusiaan dan menggelarinya sebagai “suara keadilan manusia”. Ketika ia memiliki banyak musuh yang berusaha untuk menjatuhkan nama baiknya, akan tetapi begitu bersih pertimbangan politiknya, kata-katanya yang menjunjung tinggi akhlak mulia dan ikhlas kepada Tuhan, sampai saat ini—setelah 14 abad—tidak seorang pun yang boleh menemukan kelemahan beliau.

Imam Ali tidak membenarkan dirinya untuk melakukan perbuatan yang bertentangan dengan akhlak serta syariat hanya kerana demi mencapai satu tujuan. Akan tetapi sebaliknya kita saksikan dalam sejarah, bahawa demi menjaga nilai-nilai akhlak, kemanusiaan dan syariat ia harus disisihkan dan mendapat kesulitan. Akan tetapi tetap ia tidak mahu mencemari dirinya dengan tindakan syaitani.

Malah, Imam Ali hakikatnya lebih tahu dan lebih mampu dari semuanya untuk melakukan hal itu, akan tetapi ia tidak pernah melakukannya. Dalam sebuah ceramahnya:

“Demi Allah! Mu’awiyah tidak lebih pintar dari aku, akan tatapi ia melakukan penipuan, penghianatan dan maksiat. Jika dia tidak melakukan itu maka dia tidak akan ada apa-apanya. Aku adalah orang yang paling cerdas di antara mereka, akan tetapi setiap khianat adalah dosa dan setiap dosa adalah kufur (nikmat). Penghianatan adalah bagai sebuah bendera yang akan sangat jelas di akherat nanti. Demi Allah! Aku tidak akan pernah tertipu dengan makar dan tidak akan melakukan itu.”

Setelah masyarakat Madinah membaiat Imam Ali pada tahun ke 35 Hijriah, dalam cermah pertamanya beliau dengan jelas dan jujur berkata:

“Aku menjadi jaminan atas apa yang akan aku katakan. Barang siapa yang menyaksikan ibrat-ibrat dari hari-hari, masalah-masalah serta masa depannya, maka hanya taqwalah yang boleh menjaga dia dari segala penyimpangan. Ketahuilah! Bahawa ujian itu akan kembali kepada kalian seperti cubaan yang terjadi ketika awal pengangkatan Nabi saw. Aku bersaksi demi Tuhan yang telah mengutus NabiNya! Kalian akan menjadi satu (sama) dan akan tersaring serta akan terpisah mana di antara kalian yang rendah dan mana yang tinggi (darjat keiamanan), sebahagian kalian akan mengungguli yang lain, yang ketinggalan akan tetap ketinggalan. Demi Allah! Aku tidak pernah menyembunyikan hakikat dan aku tidak pernah bohong”

Imam Ali di awal-awal kekuasaannya dengan jelas dan tegas mengumumkan program serta visi misinya, dan tidak melakukan kempen serta makar demi untuk mendapat suara rakyat, akan tetapi ia sampaikan yang hak dan membiarkan masyarakat untuk memilihnya. Imam Ali mengetahui mana yang benar dan sebagai hamba Allah swt, ia lakukan apa yang disukai Tuhannya dan menganggap bahawa semuanya sebagai taklif syari’, ia tidak memperhitungkan hasil serta selera peribadinya. Dan inilah yang menjadi prinsip dan dasar bagi kebijaksanaan politik yang dianutnya. Ini semua berkat ketakwaan yang ia miliki sehingga ia berkata:

“Apakah kalian menyuruhku untuk meraih kemenangan dengan paksa? Aku bersumpah hal itu tidak akan pernah terjadi, selama masih ada siang dan malam serta bintang masih bersinar di langit, aku tidak akan melakuan itu.”

Berbeda dengan teori serta falsafah politik yang di percayai oleh tokoh-tokoh barat (dan timur juga), kita saksikan kehidupan Imam Ali, ia selalu meperhatikan nilai-nilai kemanusiaan, akhlak, syariat dan agama dan tidak sudi untuk melakukan penipuan, bohong dan pengkhianatan walaupun dalam kondisi yang serba sulit. Dalam salah satu ucapannya:

“Demi Allah! Jika aku ditawari tujuh langit dengan apa yang ada di isinya dan aku disuruh untuk bermaksiat kepada Allah, maka aku tidak akan menerimanya”

Komen-komen»

1. abyham - Mac 25, 2008

Asmkm,
Itulah sebenarnya Imam Ali krmwjh sosok pemimpin yang unggul berdasarkan pengajaran yang yang dinukilkan oleh RasululLah s.a.w.a . Imam ‘Ali krmwjh adalah satu-satunya manifestasi / contoh pemimpin ‘terbaik’ manusia selepas RasullulLah s.a.w.a. Sikap dan tindakannya adalah contoh pemimpin sebenar selaras dengan tuntutan Alqur’an. Ketokohannyalah menyebabkan beliau yang ‘mencintai ALlah swt dan dicintai AlLah swt’ telah ditunjuk oleh RasululLah s.a.w.a untuk meruntuhkan ‘pintu Khaibar’ setelah tugas yang sama gagal dilaksanakan oleh sahabat-sahabat Baginda.

2. yie - April 3, 2008

jaid jiddan ya akhii
Satu kebenaran telah terbukti
Selawat


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: