jump to navigation

Muallaf: Brian Dan Sepasang Gadis Ronin April 25, 2008

Posted by ummahonline in Catatan Kaki, Kolum.
trackback

Oleh: Ekky Imanjaya

“Hus! Hati-hati bicara! Banyak pengikut Wahabi di sekitar sini,” ungkap Ana (Sharifah Amani) kepada adiknya, Ani (Sharifah Aleysha), dan guru sang adik, Brian (Brian Yap), saat berdiskusi bebas tentang penafsiran kitab suci. Itu adalah salah satu adegan dari filem terbaru Yasmin Ahmad, Muallaf.

Adegan lain tak kalah nakal. Miss Siva memukuli Ani di depan kelas. Guru sekolah Katolik itu tak tahan kerana muridnya acapkali mengucapkan kutipan dan nombor-nombor tak jelas. Akhirnya, saat ia menyuruh seluruh kelasnya melukiskan gajah, Rohani (nama panjang gadis Melayu itu), malah melukiskan bunga. Dan saat dirotan, Ani malah meneriakkan berulang-kali sebuah nombor: 105:1.

Tak banyak yang faham tentang Ani, yang ikut kakaknya, Ana atau Rohana, kabur kerana protes terhadap kelakuan ayah mereka. Alhasil, Ani membuat orang di sekitarnya takut dengan tingkah anehnya. Misalnya, nombor di atas adalah penafsirannya atas perintah sang guru, iaitu nomor surat Al-Fiil (Gajah) ayat pertama dalam Al Quran. Sedang kalimat-kalimat yang dianggap igauan dari mulut Ani adalah ucapan terkenal para agamawan, mulai dari Tao The Ching hingga Santo Augustine. Hanya Brian yang memahami Ani. Brian, seorang Cina pendiam, juga sedang melakukan pendekatan pada Ana.

Ana dan Ani adalah sebuah proses pencarian ketuhanan. Keduanya belajar agama, mulai dari sosiologi agama hingga perbandingan agama, selayak para ronin: bebas dari mazhab. “Ronin” adalah istilah dalam bahasa Jepun untuk para “samurai tak bertuan”. Diterjemah secara bebas, ronin boleh juga menggambarkan para intelektual bebas, yang mandiri dan tak ikut golongan apa pun dalam mengembangkan pikiran mereka.

Walau Ana dan Ani sedar bahawa mereka memerlukan guru, dan ilmu mereka tidak memadai untuk menafsirkan ajaran-ajaran agama, tetapi mereka tetap mencari Tuhan secara bebas. “Setiap orang sedang mencari Tuhan dalam caranya sendiri,” tegas sang kepala sekolah, seorang India. Demikianlah pula keadaan Brian, seorang Cina yang bermasalah dengan ibunya dan kerananya tak lagi ke Gereja. “Biasanya, orang yang jauh dari tuhannya adalah orang yang sedang bermasalah dengan sesuatu,” tegur Ana, halus. Tapi Brian adalah sesama musafir, sesungguhnya, seperti Ana dan Ani –dalam perjalanan mencari Tuhan.

Muallaf adalah filem yang sensitif, sedikit ofensif, dan agak nakal. Filem ini melakukan kritik sosial secara subversif. Tapi justeru itulah kekuatan filem ini: keberanian.

Tengoklah gambaran sang Datuk, ayah Ana dan Ani, yang menganggap najis ludah anjing tapi tak merasa bersalah jika mabuk dan bermaksiat. Tipikal masyarakat Melayu (termasuk Indonesia?), atau indahnya sebuah adegan two shots saat seorang ustaz Melayu dengan baju koko putih, dengan pendeta India dengan baju putih bersih juga bersatu padu. Atau, lihat saja pembukaan filem ini, tulisan Basmalah (seperti ciri khas pada semua filem Yasmin) —kali ini, dalam aksara Cina. Semua menyuratkan keberanian Yasmin menyatakan sikapnya dalam filem ini.

Tapi, hemat saya, Yasmin tak keluar batas. Ia hanya menunjukkan fenomena keberagaman agama yang sebenarnya. Kita bisa bergaul dengan penganut agama lain, bahkan memelajari agama mereka, tanpa meninggalkan hakikat agama sendiri, apalagi mencampuradukkan dengan ajaran agama lain. Pesan pluralisme ini boleh bersembunyi, misalnya, dalam permainan kata dan nama “Siva” dan “Rohani”.

Logik dalaman filem ini kuat. Alasan masa lalu yang menghantui tokoh utama sungguh tajam. Ani yang dibotakkan dan Brian kecil yang ditelanjangi di depan umum, menunjukkan sebuah rasa malu dan, akhirnya, dendam kepada orang tua mereka. Dalam konteks ini, isu memaafkan mencuat lagi, seperti pada Gubra. (Kesediaan Sharifah Amani untuk dibotakkan demi filem ini, men jadi kontroversi di sebahagian kalangan konservatif Malaysia. Ada fatwa bahawa haram bagi perempuan membotakkan rambutnya)

Tapi, harus diakui, inilah filem Yasmin yang paling sarat dengan pesan, penuh dialog, dan lebih berat daripada trilogi Orked (Sepet, Gubra, dan Mukhsin; “Orked” adalah nama tokoh utama trilogi itu, yang juga diperanankan oleh Sharifah Amani). Mungkin kerana “beban misi” filem ini juga lebih berat dan sensitif. Setelah isu pembaharuan etnik dalam film-film terdahulunya, untuk pertama kalinya Yasmin mengangkat tema agama. Tepatnya: Agama yang yang membawa damai, cinta, dan cahaya.

Nota: Ekky Malaky adalah seorang pengamat pemikiran dan kebudayaan Islam, serta pengkritik filem. Merupakan lulusan Sarjana Falsafah, Fakultas Ilmu Budaya, Universitas Indonesia dan Sarjana Muda Sastera Arab juga di universiti yang sama. Beliau terkenal sebagai penulis bebas mulai dari Sabili hingga Gatra dan Tempo, di samping terlibat dalam halaman http://www.rumahfilm.org. Kini beliau sedang melakukan sarjana penyelidikan filem di Universiteit van Amsterdam, Belanda. Manakala, tulisan ini pertama kali dimuatkan di www.rumahfilm.org.

Komen-komen»

1. ckasih - Mei 4, 2008

================
================
NOW AVAILABLE CHRISTIANITY MADE IN MALAYSIA!!!
================
================
EVERY CHRISTIAN NOW MUST LEARN ARABIC. THE FIRST LESSON IS SAY “ALLAH” AND NOT “GOD”.
This is because English language not suitable anymore because the original Bible is in Arabic.

Get the full story here: http://eznlight.blogspot.com


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: