jump to navigation

Antara Kesalan dan Harapan April 30, 2008

Posted by ummahonline in Surat Pembaca.
trackback

Oleh: Latifah Abdul Wahab

Petang tadi saya sekali lagi melawat rakan di hospital. Nampaknya bisul di kakinya belum mahu mengalah, masih berdengut dan tak nampak tanda-tanda berkurangan sekali pun doktor telah memberikan beberapa dos antibiotik. Rakan saya ini mewarisi kencing manis dan telah pun mengidapnya sejak dibangku sekolah. Kini beliau memerlukan 4 kali suntikan insulin sehari.

Saya bawakan makanan, saya berjanji esok akan masakkan sup sayur. Rakan saya  nampak agak serba salah, dia tak mahu susahkan saya. Saya amat faham perasan dia, kalau boleh dia ingin merasa masakan adiknya sendiri. Dia teringin jika adiknya datang membawa sedikit makanan yang dimasak sendiri sebagai tanda kasih sayang adik beradik. 

Saya amat faham benar perasan rakan baik saya ini. Kami sudah biasa bercerita dan bicara daerah hati, soal perasaan dan soal adat beradab yang kian pupus ditelan kesibukan mengejar dunia.

Apa yang saya lakukan sekadar meraikan seorang rakan yang tiba masanya memerlukan perhatian dan simpati. Saya bersyukur kerana saya lebih sihat dari beliau sekurang-kurangnya buat masa ini .

Saya bersyukur kerana diberi kesempatan masa, masih punya kudrat dan lebih penting masih punya perasaan untuk meringankan beban sakit melalui simpati dan empati. Di waktu begini adakalanya kita perlu mengorbankan sedikit keselesaan kita untuk memberi keselesaan kepada orang lain terutama orang yang rapat dengan kita.

Dari gaya  bicara dan redup mata rakan saya ini, saya amat faham harapannya. Jika selama ini beliaulah yang memasak makanan untuk ayahnya dan adik-adik turut tumpang sekaki makan minum dirumahnya, apalah salahnya di waktu beliau sakit, adik beradik berkorban sedikit untuk memasak atau membelikan juadah yang ‘istimewa’.

Saya tak dapat berbuat apa-apa selain dari menenangkan perasaannya. Saya ingatkan kepadanya bahawa hakikat bantuan itu dari Allah jua, manusia ini cuma sebagai pengantara. Adakalanya harapan kita tidak disampaikan melalui orang yang kita harapkan tetapi datang dari orang lain yang diizinkan Allah.

Saya boleh memahami perasaan orang yang sedang sakit, sensitif dan  mudah tersentuh.  Hari ini sahaja tiga orang meninggal dunia dari wad yang dihuni oleh rakan saya.  Ini menambahkan lagi sayu dan pilu hati rakan saya. “Tak lama lagi agaknya sampailah masa saya” katanya seolah-olah bergurau.

Ya, ajal maut Allah s.w.t yang tentukan, sampai masa kita tak dapat mengelak tak dapat menangguh. Jadi sebaiknya masa yang ada kita penuhi dengan amalan yang dapat memberi manfaatkan kepada diri kita dan orang lain.  Mudah-mudahan  apa yang kita lakukan tidak menjadi satu kesalan.

Komen-komen»

1. chuanwei - Mei 2, 2008

========
========

KALAU NAK BUAT BLOG, JANGAN LUPA MASUK SINI: http://www.leoxa.com/
(Themenya Terlampau Cantik & Boleh Pula Letak Adsense)

========
========
ramai yang telah berpindah daripada blog-blog lain ke blog Leoxa.com kerana theme yang sangat cantik

2. La_abwa - Mei 6, 2008

Kepada hambaAllah yg asyik mngiklankan Leoxa.com, harap sdr dapat menjaga adat berada di’rumah’ orang. Jangalah gunakan ruangan komentar rencana untuk iklan anda . Gunakan ruang di sudur ‘tentang OUL’ sekali untuk iklan anda itu.

3. ckasih - Mei 8, 2008


shocked: MALAYSIA MAKE NEW RULES FOR CHRISTIANS!!

EVERY CHRISTIANS MUST SAY “ALLAH” RATHER THAN “GOD” & DONT SAY “TRINITY” ANYMORE..
This is because English language not suitable anymore because the original Bible is in Arabic.

The full story is here: ckasih.blogspot.com


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: