jump to navigation

Mengharamkan Islam Hadhari Adalah Pemaksaan Kuasa Jun 9, 2008

Posted by ummahonline in Surat Pembaca.
trackback

Oleh: Hasmi Hashim

Tindakan beberapa kerajaan negeri untuk mengharamkan konsep Islam Hadhari jelas sebagai aplikasi “ pemaksaan kuasa Negara ” terhadap ruang kebebasan intelektual

Komunite Seni Jalan Telawi ( KsJT ) mendesak agar kerajaan-kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat (Pakatan) menumpukan kepada isu dan perkara lebih mustahak dan teras untuk ditangangi.

Kami yakin, tentulah harapan rakyat kepada kerajaan baru di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Perak adalah bagi melihat kerajaan Pakatan memainkan peranan membela nasib golongan terpinggir seperti peniaga kecil, ibu tunggal, mahasiswa dan semua lapisan masyarakat daripada hanya terbelit dengan ‘perangkap’ Umno dan Barisan Nasional (BN). Tatkala rakyat merintih kekurangan beras di dapur dan ribuan nelayan yang kekeringan diesel untuk ke laut; tindakan mengharamkan Islam Hadhari boleh sahaja dianggap sebagai mengalih isu yang sedang dideritai rakyat.

Tatkala semua kerajaan negeri-negeri berkenaan siap untuk menempuh seratus hari pemerintahan, wajar direnung kembali perjuangan awal reformasi iaitu menuntut hak kebebasan bersuara dan berpendapat. Kami bimbang dengan pemaksaan kuasa termasuk pengharaman Islam Hadhaari hanya membayangkan bagaimana kerajaan baru inni dilihat mirip autoritarian ala kerajaan terdahulu.

KsJT percaya, sekalipun konsep Islam Hadhari tetap lemah dan kabur, namun itu bukan alasan bahawa konsep berkenaan dianggap terlalu ‘bahaya’ dan perlu diharamkan. Pembelaan sebenar adalah kepada nasib rakyat jelata dan bukan dengan tindakan politik popular semata-mata.

Nota: Hasmi Hashim merupakan jurucakap Komunite Seni Jalan Telawi (KsJT), sebuah gerakan wacana yang didirikan oleh sekelompok anak-anak muda pasca-reformasi. Beliau boleh dihubungi menerusi hasmihashim@yahoo.com.

Advertisements

Komen-komen»

1. badar - Jun 11, 2008

apa lagi yang lebih bahaya jika akidah kita yang menjadi mangsa dan cagarannya..
adakah patut hanya semata kehendak kononnya atas dasar kebebasan bersuara islam yang hakiki lagi suci kita rela palitkan dengan nama hadhari? konon pendekatan..tapi semua berpaksikan hawa nafsu semata..
butakah mata kita melihat islam sekarang dipijak n dihina..apa lagi yang lebih utama?…
ingatlah jika kita x menolong agama ALLAH pasti tuhan akan gantikan dengan golongan yang ingin mendaulatkan agamanya…
teringat pesan saidina UMAR : “kita adalah bangsa yang dimuliakan ALLAH dengan AL~Quran..barang siapa yang mencari kemuliaan selain darinya akan diihinakan oleh ALLAH dengan sehina2nya…”

2. Lempeng - Jun 12, 2008

Insya Allah…Pendekatan kerajaan Pakatan Rakyat untuk mengharamkan Islam Hadhari manzahirkan keredhaan Allah bukan untuk menutup isu2 lain.
Dengan meletakkan Hukum Syarak sebagai asas tunjang pemerintahan, bukan Islam hadhari yg sekular, maka kita akan yakin segala permasalahan dalam negara dapat diatasi dengan sebaiknya..
ISLAM ADALAH SYUMUL…merangkumi semua aspek kehidupan..

3. Lempeng - Jun 12, 2008

Kehinaan yang menimpa umat Islam secara bertali arus sehingga ke hari ini adalah merupakan kesan dari tiadanya kekuatan politik di dalam tubuh umat Islam – tiadanya sebuah kepimpinan umum umat Islam (Al-Khilafah) yang menerapkan hukum-hukum Islam di dalam Negara Islam dan menyebarkan Islam ke luar Negara melalui dakwah dan jihad. Malapetaka yang terus menerus menimpa kaum Muslimin merupakan rentetan dari tiadanya perlaksanaan ke atas perintah Allah secara menyeluruh. Dari firman Allah, adalah merupakan suatu kepastian bahawa dengan terlaksananya hukum-hukum syara’ secara menyeluruh, alam ini pasti akan dipenuhi rahmat Allah.

4. la_abwa - Jun 16, 2008

Bagi saya, mana2 mana rakyat yg ingin melihat bumi ini makmur dengan penghayatan Islam sebagai teras harus mengembelingakan usaha menyedarkan masyarakat sekelilingnya kearah Islam yg sebenar . Kita tahu untuk merobah masyarakat bukanlah satu perkara mudah apalagi untuk mentarbiyah pemimpin.

Bilangan rakyat jauh lebih banyak dari pemimpin, tetapi kuasa kepimpinan pula yang besar poengaruhnya kepad rakyat. Tidak mustahi perkara ini diterbalikkan. Kita lihat di zaman nabi , Nabi Muhammad itu lahir dari kalayak masurakat biasa bukan dari golongan raja2 atu pembesar negeri. Mungkin itu mukjizat nabi.

Ingat kita dibeklalkan dengan mukzijat yang maha agung yaitu al-qur’an.Tetapi berapa ramai yang boleh membaca dengan tartil dan berapa ramai yng menjadikan al-qur’an sebagai bacaan wajib. Adalah pihak KsJT sendiri menjadikan bacaan al-qur’an sesuatu yg wajib dihafaz oleh ahli2nya? atau menganggap hal ini terlalu peribadi dan takut riak jika dibincangkan?.

Bagi saya umat Islam tak akan bangun dengan cemerlang jika budaya solat berjemaah dan membaca al-qur’an tidak dilaksanakan dengan sungguh2. Keluarkanlah teori kefalsafahan sebanyak dan secanggih mana pun, ia hanyalah retorika. oleh itu jangan tidur lagi.. http://assakynah.blogspot.com.

5. M.Lokman Yasin - Jun 19, 2008

Mengharamkan Islam Hadhari Adalah Pemaksaan Kuasa , betulke?

Apabila Islam ditambah istilah baru padanya ia umpama menyatakan bahawa islam itu ada berbagai-bagai jenis, maknanya Islam Hadhari ialah Islam anutan UMNO. Islam yang selama ini yang kita amalkan tak betul le kalau macam tu.

Apa kelayakan paklah nak cita istilah lain bagi Islam. Kalu ada yang nak terpenggaruh dengan beliau maka nanti ada PM lain yang berkuasa bila dia buat istilah baru pulak pada Islam maka kita ikut pulak lah ye…?

Bagi saya Islam adalah satu begitu pada nama begitu pula pada content nya sebagaimana yang kita anuti selama ini dan jangan ditokok tambah.

Sape yang nak menjawab dengan Allah Taala nanti di Akhirat. Jangan kerana kerana kita rasa tak mahu bersama dalam mempertahankan
ajaran dan tuntutan Islam yang sedia ada maka kita nak MODIFIED pulak Islam tu dengan selera kita nak tunjuk bahawa Islam kita ada beza sikit dengan Islam sedia ada.

Ini tak ubah macam orng yahudi dan nasrani. Syabas diatas kebenaran ini PAS mempertahankan akidah . Apa gunanya kita mendapat sokongan manusia yang ramai didalam kita dilaknat olh Allah. Wallahua’lam..

6. ibnu_yusup - Ogos 5, 2008

Blog ini juga pernah menulis tentang satu Firman Allah ta’ala, “Dan berpegang teguhlah dengan tali Allah seluruhnya dan jangan kalian berpecah belah …” surah Ali Imran ayat 103. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Aku tinggalkan sesuatu untuk kalian. Bila kalian berpegang teguh dengannya maka kalian tidak akan tersesat selamanya, yaitu Kitabullah dan Sunnahku” (HR Imam Malik).

Adakah Islam Hadhari itu haram? Haram sekiranya agama Islam yang telah sempurna ini perlu di”konsep”kan selaras dengan perkembangan semasa. Islam itu releven untuk semua zaman, kini dan selamanya.. Ia tidak perlu di”konsep”kan atau diterjemahkan dengan istilah yang lain. Oleh itu dengan memabngkitkan isu Islam Hadhari merupakan pemikiran yang dangkal dan tidak boleh diterima.

7. Nabila Abdullah - Ogos 11, 2008

Salam Perjuangan ….

Ringkasan…penting juga pengharaman Islam Hadhari nie, coz ramai org non muslim ingat ooo okey Islam Hadhari boleh ‘free hair’, ooo Islam Hadhari boleh minum arak, and oooo Islam Hadhari yang di bawa oleh ‘Pak Lah’ betui ini non muslim says, Pas tu org yang tak tau ttg Islam pun tgk lah cara ‘Pak Lah’ dan bini dia yang Jin 2, dan lagi kunco-kunco dia yang hidup bebas sebebas bebasnya ….Idup Islam Hadhari Pak Lah, tp tak tau lah di dunia yang hakiki nanti mcm mana blh d gunapakai ka Islam Hadhari ni.

8. Akhdan - Ogos 30, 2008

sebenarnya tumpuan perlu diberikan pada intipati kenyataan ini.. iaitu pemaksaan kuasa itu sendiri.. kita perlu menghalusi pengertian keseimbangan kuasa antara kerajaan dan rakyat..

Cuba baca artikel Wan Saiful Wan Jan diatas yang bertajuk “Erti Libertarianisme Bagi Saya” disitu dia menjelas kan bahawa “mereka yang berkuasa tidak boleh sewenang-wenangnya menggunakan kuasa mereka untuk memaksa rakyat mengikut telunjuk mereka. Pemerintah juga tertakluk kepada undang-undang.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: