jump to navigation

Negara Memerlukan Kapitalisme Kreatif September 14, 2008

Posted by ummahonline in Congak, Kolum.
trackback

Berselindung di sebalik nama ?Bajet Prihatin?, bajet 2009 yang dibentangkan oleh Datuk Seri Abdullah Badawi tampaknya sangat kurang menampakkan suntikan baru untuk pembangunan ekonomi. Sebaliknya kerajaan lebih banyak memberikan insentif, yang kebanyakannya berbentuk wang tunai kepada rakyat ? mungkin terdesak akibat kesan keputusan pilihanraya Mac 8 yang lalu.

Bajet yang dibentangkan ini dihalusi dari beberapa sudut. Keputusan kerajaan untuk menurunkan cukai persendirian sebanyak 1 peratus dan cukai korporat kepada 26 peratus, dan dalam masa yang sama mengumumkan pemberian bonus dan nilai minimum pencen RM720 adalah dua perkara yang bertentangan logiknya.

Kaedah pengurusan pencen di Malaysia menggunakan konsep ?pay as you go? yang bermaksud pencen yang diberikan kepada pesara adalah hasil kutipan cukai pekerja aktif semasa. Apa yang dilihat melalui bajet yang dibentangkan, cukai semakin rendah tetapi nilai pencen ditambatkan pada minimum RM720. Penulis hanya mempunyai dua pandangan : pertama defisit meningkat dan kedua kedudukan kewangan kerajaan sebenarnya sangat kukuh.

Dari sudut teknikalnya, RM720 ini diperolehi menerusi rumus pencen yang digunakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam iaitu nilai pencen = 1/600 x (bilangan bulan bekerja) x (gaji terakhir) yang mana bilangan bulan bekerja yang maksimum boleh diambilkira adalah 300 bulan iaitu selama 25 tahun perkhidmatan.( Maka RM720 membawa maksud gaji minimum yang diterima pakai oleh kerajaan untuk kakitangan awam adalah RM1440).

Terdapat beberapa kelemahan dilihat dalam sistem yang digunakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam ini. Pertama adalah konsep ?pay as you go? yang digunakan akan menimbulkan masalah apabila terdapatnya fenomena baby-boom. Baby-boom adalah keadaan dimana kadar kelahiran pada satu-satu tahun itu meningkat dengan tingginya.

Hal ini jika berlaku, akan dengan mudahnya mengganggu-gugat akaun kerajaan. Kedua, saraan pencen merupakan suatu bentuk liabiliti kepada kerajaan, dan untuk kes Malaysia, dengan bilangan anggota perkhidmatan awam mencecah 1.2 juta orang, angka ini dengan mudahnya akan menimbulkan kesukaran kepada akaun negara.

Untuk mengatasi masalah ini, kerajaan seharusnya meminimumkan penglibatan kerajaan dalam pengurusan negara (mengurangkan saiz bilangan kakitangan awam), memansuhkan penggunaan sistem ?pay as you go? dan barangkali menswastakan sahaja urusan pencen (yang mana tindakan ini akan merancakkan lagi industri insurans di Malaysia dengan meng?apung?kan perkhidmatan pencen di pasaran terbuka).

Tindakan melonggarkan syarat pinjaman perumahan kerajaan dengan melanjutkan tempoh pembayaran daripada 25 tahun kepada 30 tahun dilihat sebagai suatu cubaan untuk meningkatkan kecairan/liquidity peminjam. Sememangnya cash-in-hand akan meningkat, tetapi nilai pinjaman tidak berubah dan kerajaan juga dapat meraih sedikit keuntungan atas faedah yang dikenakan untuk tambahan 5 tahun pembayaran ansuran tersebut.

Dari sudut pandangan pelabur pula, bajet yang diumumkan tiada satu pun yang memberikan rangsangan kepada mereka, terutamanya bagi pelabur saham. Ketiadaan suntikan insentif dalam hal ini dibimbangi akan melembabkan perjalanan urusniaga pasaran modal tempatan.

Tidak dinafikan tindakan kerajaan meluluskan beberapa peruntukan besar untuk membina terminal bersepadu di bandar Tasik Selatan dan projek membina jalan raya di Sabah dan Sarawak akan memberikan kesejahteraan kepada rakyat. Namun hakikatnya Malaysia perlu ?berlari dengan lebih pantas?.

Projek-projek ini memakan masa yang lama untuk disiapkan, tetapi rakyat mengidamkan keselesaan yang hampir serta-merta. Sungguhpun begitu, projek-projek ini perlu diteruskan untuk kebaikan jangka masa panjang, Cuma kadang-kala kos sebanyak RM570 juta untuk projek terminal pengangkutan di Bandar Tasik Selatan sedikit sebanyak menimbulkan tanda tanya kerana angka tersebut terlalu tinggi.

Tindakan kerajaan menurunkan cukai untuk barangan pengisar makanan, periuk nasi, ketuhar gelombang mikro dan cerek elektrik turut dilihat sebagai usaha untuk meringankan beban rakyat. Namun tindakan ini dilihat tidak memberikan kesan yang banyak kerana rata-rata barangan yang dinyatakan merupakan barangan yang tidak perlu dibeli selalu.

Langkah yang drastik perlu diambil oleh pihak kerajaan untuk meningkatkan lagi pelaburan terus asing. Negara juga difikirkan wajar untuk mula mengorak langkah, mengurangkan penggantungan hasil perusahaan berbentuk komoditi seperti petroleum dan minyak sawit. Untuk menjadi sebuah negara yang maju, negara perlu berubah kepada perusahaan berbentuk perkhidmatan.

Namun, usaha untuk membasmi kemiskinan perlu terus menerus dilakukan dengan menyuntik rangsangan terhadap aktiviti ekonomi berbentuk mikro. Pemilikan rumah oleh rakyat perlu ditingkatkan, peluang-peluang pekerjaan perlu diperbanyakkan dengan merangsang pelabur asing untuk melabur dan membuka kilang di Malaysia. Untuk menggalakkan rakyat menghasilkan produk yang kompetitif, kos untuk mempatenkan produk perlu dikurangkan dan halangan birokrasi untuk menubuhkan syarikat perlu dihapuskan.

Kerajaan juga disarankan untuk menilai semula beberapa aspek pengurusan yang dilihat wajar diswastakan terutamanya sistem saraan pencen seperti yang dinyatakan di atas. Industri Kecil-Sederhana (IKS) perlu diberi galakan. Bank-bank wajar diberikan insentif sekiranya mereka meluluskan pinjaman mikro kepada pengusaha IKS kerana sektor ini dapat memberi manfaat kepada rakyat golongan bawahan.

Kerajaan boleh merancakkan ekonomi mikro terutamanya dengan menjalankan pelan terperinci berkaitan creative-capitalism. Syarikat-syarikat besar perlu diberkan galakan untuk memenuhi tanggungjawab sosial (Corporate Social Responsibility).

Terdapat banyak cara boleh dilakukan termasuklah memberi insentif kepada syarikat yang memberi bantuan biasiswa pendidikan kepada golongan miskin, menggalakkan pihak swasta dalam projek pemilikan rumah rakyat, melonggarkan syarat-syarat pemasaran syarikat terutama berkaitan perubatan untuk menggalakkan syarikat-syarikat tersebut menjalankan aktiviti penyelidikan dengan lebih drastik.

Kebanyakan ahli ekonomi percaya bahawa pasaran adalah tidak sempurna. Dengan itu kerajaan perlu memainkan peranan yang lebih melalui pendekatan creative-capitalism untuk merancakkan ekonomi negara demi kesejahteraan rakyat.

Nota: Penulis merupakan Graduan Sains Aktuari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 2008.

Komen-komen»

1. kapitalisme eksploitatif - September 16, 2008

dari bukti-bukti impirikal yang boleh dibaca, digali, diamati dan dicermati dari persekitaran kita (bagi mereka yang mahu mencermati) kapitalisme tidak akan kreatif tetapi cenderung akumulatif dan eksploitatif.

kapitalisme mungkin disolek, dimake-up sebagai kreatif tetapi jika dipadamkan solekan dan make-up itu, akan ternampak rupa sebenar kapitalisme yang cenderung bersifat akumulatif dan eksploitatif.

wajah akumulatif dan eksploitatif kapitalisme ini, bagi mereka yang mahu mencari dan menggali dengan lebih dalam, boleh diperolehi dari kajian-kajian impirikal yang dibuat oleh tokoh-tokoh sarjana ekonomi tempatan dan luar negara.

antara sarjana tempatan yang giat menjalankan kajian-kajian impirikal yang sekarang bekerja dengan united nation development programme ialah professor jomo ks.

oleh itu, saya menasihatkan penulis sebelum mengeluarkan tesis kapitalisme kreatif, sila baca buku jomo yang terbaru – Flat World Big Gaps untuk melihat wajah disebalik solekan kapitalisme kreatif.

ini bukan hanya tesis tetapi tesis yang disertakan dengan bukti-bukti impirikal.

terima kasih

2. hamidi - September 16, 2008

Terima kasih atas komen yang diberikan. Saya selalunya melihat permasalahan ekonomi dari sudut yang teknikalnya. (dengan kata mudah, bagaimana sesuatu sistem itu dapat meningkatkan nilai wang dalam poket rakyat). Kapitalisme kreatif tidak berdiri atas dirinya sendiri tetapi masih melibatkan pihak kerajaan, namun pada tahap penglibatan yang rendah. Dalam industri insurans contohnya, secara spesifiknya dalam urusan pencen seperti yang dinyatakan di atas, sistem pencen boleh diswastakan dan diapungkan dalam pasaran terbuka. Umum mengetahui syarikat swasta mempunyai keefisienan yang lebih berbanding kerajaan, dengan penswastaan sistem pencen, bukan sahaja perniagaan bernilai berbillion-billion ringgit diwujudkan dalam negara, bahkan syarikat insurans akan bersaing sesama sendiri untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik (menawarkan faedah tertinggi dan kutipan premium yang terendah). Persaingan juga didapati dapat meningkatkan nilai wang. Dalam hal ini, keterlibatan kerajaan diminimumkan (bukan dihapuskan). Melalui Bank Negara, kerajaan akan memantau aktiviti perniagaan syarikat-syarikat ini contohnya dengan mewajibkan rezab statutori sebanyak RM50 juta jika hendak mewujudkan syarikat insurans. Bank Negara bertindak sebagai penjaga kepentingan rakyat, bukan untuk mengaut keuntungan. Liabiliti kerajaan dapat dikurangkan dan fokus lebih dapat diberikan kepada isu-isu yang lebih penting. Syarikat-syarikat swasta dan golongan kapitalis umumnya mempunyai kekayaan dan kemahiran yang tinggi (kalau tidak, tidak mungkin mereka berjaya di pasaran terbuka). Di sini, kerajaan perlu kreatif untuk mengawal kapitalis (golongan yang kreatif mencari kekayaan). Pada zaman Saidina Omar yang pernah menakluk 1/3 dunia, beliau tidak pernah mengawal ketatnya sistem ekonomi dan membiarkan pasaran melakukan ‘kerja’nya. Cukai pada ketika itu juga rendah, jika ikut Islam, 1/40 atau 2.5 peratus sahaja. Kerajaan perlu lebih fokus kepada isu yang tidak boleh diuruskan oleh golongan kapitalis seperti keselamatan negara.

3. Amin Ahmad - September 16, 2008

menarik idea ini. bagi mereka yg menolak kapitalisme, mereka hampir lupa taks yang diperas negara itulah yg mereka rakus minta sebagai subsidi. jika tidak, habis sumber negara digeledah atas tujuan subsidi.

kapitalisme tidak sepenuhnya salah kerana bg pendokongnya, hak pemilikan harta adalah jelas. kapitalisme kroni selalunya membunuh. ia muncul kerana adanya apa yg dipanggil protectionism yg mengelakkan persaingan dan membunuh ruang rakyat memasuki pasaran dengan perlindungan atas nama cukai!

4. sosdem - September 18, 2008

bak kata anwar ibrahim, bila untuk orang miskin kita kata subsidi, bila untuk orang kaya dan korporat kita kata insentif.

perkataan subsidi telah dipropagandakan sebagai negatif. sedangkan negara liberal amerika itulah yang paling banyak memberikan subsidi untuk melindungi industri pertniannya. tapi mereka tak sebut la subsidi, mereka kata insentif.

jadi, apa salahnya dengan insentif (menurut mereka yg pro-kapitalisme baca subsidi) untuk orang-orang miskin, susah, melarat, berpendapatan rendah?

adakah memberi insentif kepada golongan ini untuk mereka meningkatkan mobiliti sosial mereka, suatu tindakan yang salah?

sila turun ke rakyat. pergi kilang-kilang dan lihat bagaimana kapitalisme memeras rakyat bawahan yang bekerja di kilang-kilang pengeluaran.

cukai adalah suatu keperluan. apa salahnya cukai tinggi? jika cukai itu kemudiannya digunakan untuk kemanafaatan rakyat?

jangan malas membaca dan mengkaji keadaan di negara-negara scandinavia. pergi ke website undp dan lihat negara mana yang human development indexnya yang terbaik, rasuah paling kurang, media paling bebas, kemiskinan paling rendah, jenayah paling kurang, rakyat sejahtera paling tinggi – umumnya negara-negara scandinavia yang cukainya tinggi.

tapi duit cukai tu perlulah digunakan untuk menyempurnakan keperluan asas rakyat. di negara scandinavia, cukai memang tinggi tapi pendidikan percuma, kesihatan percuma, rumah subsidi, pencen diberi negara, penjagaan hari tua dibiayai oleh negara, pengangkutan, api, air letrik, telefon umumnya dimiliknegarakan – dan lihat ranking kedudukan mereka di dalam indeks pembangunan insan, kesejahteraan rakyat, jenayah, kemiskinan dan pelbagai indeks untuk mengukur kualiti kehidupan manusia.

berikan satu contoh negara yang mengamalkan liberalisme yang rankingnya sebaik negara-negara scandinavia?

terima kasih.

5. hamidi - September 22, 2008

Terima kasih saudara sosdem (sosial demokrasi?). Artikel saya bukanlah berkaitan terus berkenaan liberalisme tetapi lebih kepada free market (dan kebetulan free market adalah sebahagian daripada 4 asas liberalisme). Dalam keadaan di Malaysia khususnya, proses memiliknegarakan kekayaan seakan-akan tidak menampakkan hasil yang memberangsangkan. Setelah bertahun-tahun kerajaan cuba untuk meningkatkan ekuiti bumiputra, sampai hari ini masih gagal. (mungkin kerana komposisi kaum di Malaysia hampir tiada yang benar-benar, sedangkan di beberapa negara scandinavia, kaum yang majoriti ada yang sehingga mewakili 98% rakyatnya). Mengambil kata-kata Ehssan Dariani, pengusaha laman web studiVZ, (Europe’s fastest-growing socal network for university students) :’WE NEVER LEARNED HOW PRICES AFFECT SUPPLY AND DEMAND, ONLY ABOUT EVIL MANAGERS AND UNJUST WAGES’.
Saya cukup yakin pasaran terbuka akan mendorong rakyat menjadi lebih kreatif dalam memikirkan kelangsungan kehidupan seharian (kerana secara peribadi, jika semua perbelanjaan saya ditanggung kerajaan, apa lagi yang perlu difikirkan?;-)..)

6. Amin Ahmad - September 22, 2008

mereka yg bicara soal negara gemuk ala liberal amerika tak akan dapat memulas libertarian amerika :)

7. hamidi - September 23, 2008

memetik kata-kata Lee Kuan Yew dalam buku ‘Dilema Singapura’, beliau berkata beliau akan menggunakan 70% masanya untuk berfikir tentang membangunkan ekonomi, dan selebih 30% untuk memikirkan masalah politik. Sekiranya masalah ekonomi dapat diselesaikan, maka tidak banyak masalah politik sukar untuk timbul. Let us be more practical rather than debating big ideas like ‘socialism’ or ‘liberalism’

8. Amin Ahmad - September 23, 2008

sosialis dan liberalis rata2 menumpukan debatnya sekitar persoalan ekonomi :)

9. hamidi - September 24, 2008

yup, dan bagi yang suakr menerima idea free-market, supply and demand yang menentukan harga, mereka sepatutnya mengambil contoh-contoh permasalahan dari bawah, dan melihat bagaimana masalah itu dapat diselesaikan. Itulah yang selalu saya lakukan, saya tidak menerima idea dari atas, tapi cuba menyelongkar dari bawah dan akhirnya, kebiasaannya, free-market akan dapat menyelesaikan masalah. ;)

10. hamidi - September 24, 2008

ye saudara amin, tetapi kadang-kala kita harus mengkaji bahagian yang bawah (teknikal) sebelum dapat membahaskan idea yang lebih tinggi. Agar hujah yang diberi bukan setakat menyuruh orang ‘melihat negara lain’ dan ‘membaca lebih buku’, inilah yang dinamakan situasi ‘duplicating without fitting own’s situation and problem’.

Saudara sosdem;
Bagi permasalahan rasuah, apakah kaitan antara idea sosialisme dan kadar rasuah? Bukankah sosialisme yang lebih bersifat totalitarian lebih mudah untuk terjebak dalam rasuah. Rasuah memerlukan peningkatan mentaliti kesedaran sivik rakyat dan bukannya semata-mata mengamalkan sosialisme akan menyebabkan kadarnya menurun. Apakah korelasi yang lebih menerangkan perkara ini? Begitu juga dengan ‘media bebas’ yang saudara katakan. Tentu sekali warga Singapura akan tergelak jika negara mereka dikatakan mengamalkan ‘media bebas’. Begitu juga dengan ‘kesihatan percuma’, ‘pencen hari tua dibiayai’ dan ‘pendidikan percuma’, apakah fungsi badan-badan kebajikan dan industri insurans khususnya? Jika cukai dikutip rendah, maka duit tersebut boleh digunakan untuk membeli polisi anuiti pencen, pelan pendidikan dan insurans kesihatan. Kerjaan masih lagi mengawal mereka, seperti yang saya katakan, melalui bank negara, agar syarikat2 ini mampu memenuhi janji mereka untuk membayar manfaat yang dijanjikan. Dalam hal yang minor ini sahaja, peluang perniagaan bernilai berbillion-billion dapat diwujudkan. Saudara mungkin tidak nampak angle ini kerana sememangnya industri insurans di Malaysia, bak kata seorang ahli akademik, masih di peringkat ‘bayi’. Jangan malas mengkaji angle2 ini.

11. Amin Ahmad - September 24, 2008

sdr sosdem memberi contoh ekonomi sosialis..kita memberi contoh dr bawah

12. sosdem bukan sosialis - September 25, 2008

apa itu contoh dari bawah? dari hujah yang dilontarkan tidak ada satu pun yang merujuk kepada kajian impirikal tentang keadilan, kesaksamaan dan kemanusiaan yang dibawa oleh pasaran bebas.

contoh dari bawah haruslah di dasari bukti-bukti impirikal melalui kajian-kajian sarjana khususnya sarjana ekonomi yang membuat kajian tentang kesan pasaran bebas ke atas negara-negara dunia ketiga.

membaca buku dan melihat negara orang lain adalah penting untuk mengambil model yang terbaik di dalam menguruskan ekonomi.

kecenderungan untuk menidakkan bacaan buku dan melihat negara lain adalah kecenderungan yang boleh memandulkan fikiran.

persoalan totalitarianisme ini bukan semata-mata masalah negara sosialis mahu pun kapitalis. totalitarianisme berlaku di semua negara yang tidak demokratik termasuklah negara-negara yang mengaku islamis.

kapitalisme di negara-negara latin amerika sebelum ditumbangkan oleh gerakan rakyat adalah sangat totalitarian sehingga membunuh ratusan ribu nyawa. begitu juga kapitalisme suharto yang membunuh hampir satu juta nyawa di indonesia pada 1965.

ini tidak bermakna bahawa negara-negara sosialisme juga tidak melakukan hal yang sama. totalitarianisme adalah masalah semua ideologi baik kapitalisme, sosialisme mahu pun islamisme. totalitarianisme muncul hasil daripada kepincangan sistem demokrasi.

begitu juga dengan persoalan rasuah. adalah dangkal dan cetek menghuraikan masalah rasuah hanya melalui pendekatan individu yang perlu ditingkatkan mentaliti siviknya.

rasuah umumnya adalah lebih kepada permasalahan struktural bukan individu semata-mata. struktur yang tidak demokratik, tidak ada check and balance, agihan kekayaan yang berat sebelah, tiada kesaksamaan dan keadilan sosial, keterpinggiran ekonomi – kesemua faktor-faktor ini cenderung mempengaruhi pola rasuah.

kenapa polis singapura jarang rasuah? ini adalah kerana gaji polis singapura rata-ratanya tinggi. konstabel sahaja bergaji SD2500 berbanding dengan polis malaysia yang berpangkat sarjan pun, gaji masih kurang RM1000. RM1000 di bandar besar seperti KL? tak menghairankan jika polis malaysia khususnya di bandar-bandar besar kaki rasuah.

ini bukan masalah individu yang perlu ditingkatkan mentaliti siviknya. ini masalah struktural yang melibatkan agihan kekayaan yang tidak adil.

jadi, perlu banyak membaca dan melihat perbandingan dengan negara lain untuk mendapat jawapan yang lebih holistik.

kenapa negara-negara scandinavia adalah antara negara yang terendah rasuahnya di dunia? lihat struktur ekonominya yang berbentuk sosial-demokrat. kaji, baca dan bandingkan. itu cara untuk kita memecahkan permasalahan yang melanda negara kita sekarang ini.

jangan hanya cakap mengambil contoh dari bawah tanpa turun melihat sendiri nasib rakyat bawahan yang berada di bawah yang hidup miskin dan sengsara di dalam sistem kapitalisme sekarang ini.

sekali-sekala jenguk-jenguk rumah-rumah flat kos rendah, kawasan ladang estet, rumah-rumah setinggan, masyarakat orang asli, masyarakat orang asal di sabah dan sarawak yang dirampas hak mereka oleh kapitalisme.

jangan hanya pandai bercakap ambil contoh dari bawah tapi diri sendiri tidak pernah turun ke bawah!

13. ahmad labu - September 26, 2008

industri insuran lahir dari ketakutan dan rasa insecurity manusia. macam mana tak rasa insecure, kalo sumer barang nak siswastakan. sekolah, kesihatan, universiti, api, air, telefon, pengangkutan. maner nak ader security kalo barang-barang asas ni dimilikindividukan.

industri insuran didirikan hasil dari ketakutan dan insecurity manusia yang dicetuskan oleh sistem kapitalisme.

14. sosdem bukan sosialis - September 26, 2008

Di bawah adalah beberapa petikan dari wawancara dengan Vandana Shiva, aktivis terkenal dari India yang juga merupakan pengarah yayasan penyelidikan sains, teknologi dan ekologi. beliau juga adalah penulis buku terkenal Earth Democracy, Justice, Sustainability and Peace.

“But a decade and a half of globalization’ s perverse rules have led to 200,000 farmers committing suicide because they can’t make a living anymore — all their money goes to make profit for Monsanto or Cargill. Meanwhile, with the economy’s so-called growth, people are starving. Per capita entitlement to food has dropped in a decade and half from 177 kg to 152 kg per year.”

“They forget that food ultimately is not produced in the speculation and commodity exchanges controlled by Cargill in Chicago. It is produced by hard working women and men working with the soil and sun. And if you destroy the capacity of the people to work the land and the capacity of soil to produce, you’re going to have hunger. The tragedy is that the hunger of today and the rise of food [prices] is the result of globalization policies, and it is being implemented on a global scale. Unless we bring local food sovereignty and “food democracy” back into the picture, we will not have a solution to this.”

“Climate change and agricultural food crises do have a connection. In fact, my next book is precisely about this connection. Industrial farming — driven by agribusiness in order to sell more chemicals, pesticides, and costly seeds to farmers — is heavily responsible for emissions of greenhouse gases such as methane from factory farms nitrogen oxide from chemically fertilized soil and fossil fuels from mechanized farming systems.”

“If I had to rank criminality of corporations, Monsanto will easily walk away with the highest award. Monsanto has taken over the control of world’s seed supply. It has bought up every small seed company in India, Brazil and the United States and become the biggest seed corporation. But its entire model of functioning is through corruption. They corrupted the United States decision-making such that U.S. citizens no longer have a right to know what they are eating, whether milk has bovine growth hormone in it or if soybeans and corn are genetically engineered. They are spreading this corruption worldwide.”

Ini hanyalah sekelumit dari bukti-bukti impirikal tentang kesan free market ke atas rakyat di belahan negara-negara dunia ketiga.

nah! di mana yang dikatakan free market membawa kesejahteraan? yang nyatanya dari bukti yang diperolehi dari negara-negara dunia ketiga, free market bukan sahaja telah membawa krisis makanan, kesengsaraan, kemiskinan dan kelaparan tetapi juga telah membunuh ratusan ribu petani-petani miskin di belahan dunia ketiga.

free market juga ternyata cenderung untuk melahirkan penipuan licik dan korupsi peringkat tertinggi demi untuk mengaut keuntungan sebanyak mungkin. semakin banyak untung yang diperolehi hasil dari eksploitasi petani miskin semakin tamak haloba pemodal-pemodal kapitalisme ini.

di manakah nilai kemanusiaan free market ini? yang pasti free market cenderung menguntungkan syarikat-syarikat besar dan menindas rakyat miskin. di dalam persaingan dunia free market, nilai kemanusiaan tidak lagi penting. yang penting ialah survival of the richest and death of the poorest!

untuk membaca lebih lengkap sila layari: http://www.alternet.org/water/85433/vandana_shiva%3A_why_we_face_both_food_and_water_crises/

sean gonsalves menghuraikan ideologi free market dengan tepat sekali:

“Free market ideology comes down to socialism for the rich, capitalism for everybody else. “Compassionate conservatism” for the wealthy. “Market discipline” for the poor.”

baca di: http://www.alternet.org


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: