jump to navigation

Antonio Gramsci: Menemukan Hagemoni Budaya September 19, 2008

Posted by ummahonline in Tokoh.
trackback

“What we can do, for the moment, is to fix two major superstructural ‘levels’: the one that can be called ‘civil society’, that is, the ensemble of organisms commonly called ‘private’, and that of ‘political society’ or ‘the state’. These two levels correspond on the one hand to the functions of ‘hegemony’ which the dominant group exercises throughout society and on the other hand to that of ‘direct domination’ or command exercised through the state and ‘juridical’ government.”—(Selection from the Prison Notebooks)

Antonio Gramsci seorang anak miskin, lahir di Ales, pekan kecil di Sardinia, Itali, pada 22 Januari 1891. Gramsci seorang mahasiswa Fakulti Sastera di sebuah Univesiti di Turin, kota besar waktu itu yang telah membuka mata Gramsci.

Selain tuntutan kuliah, kedatangan Gramsci ke Turin menjadi titik perkenalannya dengan kehidupan kota industri yang bergelimangan kemewahan. Namun, secara kritis Gramsci melihat kekeringan budaya di sana. Pertunjukan-pertunjukan budaya kosong tak terisi, dan tidak memiliki perspektif baru.

Sebagai mahasiswa jurusan sastera, dia sering menulis banyak kritikan terhadap teater. Semua itu membuka matanya tentang betapa tajamnya jurang penghidupan kota dan desa, interaksi keduanya, dan soal hubungan politik yang tempang antara kelas buruh di kota dan petani di desa. Kemiskinan dan ketidakadilan yang dialaminya awal usianya di Sardinia sangat mendalam, sehingga cukup membekas di lubuk hatinya.

Pengalaman-pengalaman inilah yang juga memberi kesan yang bukan sedikit bagi pembentukan Gramsci sebagai seorang revoluasioner. Beliau amat terkesan dengan idea-idea Marx tentang kebangkitan proletar. Bagaimanapun, Gramsci tidak melihat berlakunya hal yang diramalkan oleh Marx lalu mencari persoalan mengapa ia tidak berlaku.

Beliau membuat kesimpulan, kapitalisme semakin kuat kerana sistem itu menggunakan apa yang diistilahkan Gramsci sebagai “hegemoni” dan menyebabkan apa yang diperjuangkan oleh kapitalis telah diterima oleh masyarakat global sebagai satu-satunya sistem yang baik. Tiada lagi alternatif kepada sistem kapitalisme. Hegemoni, menggunakan prinsip-prinsip psychological warfare untuk menguasai pemikiran manusia sama ada psy-op di era moden atau klasik.

“Selepas pemikiran dikuasai, maka, tangan, kaki dan badan akan menuruti” adalah antara falsafah psychological warfare.

Lawan kepada hegemoni adalah dominasi, iaitu penguasaan secara paksaan atau penaklukan. Dibandingkan dengan dominasi, hegemoni bersifat lebih halus. Menggunakan dominasi hanya menghasilkan tindak balas serta merta dan fizikal daripada mereka yang cuba dikuasai dan dikawal, serta pelaksanaan yang terhad.

Hegemoni boleh digunakan menerusi pelbagai pekakas seperti bidang akademik khususnya penghasilan buku ilmiah yang beragenda, seni dan budaya, komunikasi dan semua yang berkaitan dengan gaya hidup kita.

Di sinilah kelebihan Gramsci yang mengkritik Marx yang hanya menekankan struktur dalam analisisnya. Bagi Gramsci, superstruktur juga yang membentuk masyarakat. Pemikiran Gramsci ini amat relevan dalam analisis globalisasi kini yang telah menjadi supra-kapitalis.

Gramsci bukan sekadar tokoh yang hanya bergelut dengan idea-idea intelektual. Dia juga terlibat dalam berpolitik dan berkenalan dengan organisasi-organisasi massa militan. Melalui tugas-tugas politik kakaknya yang bernama Genero, Gramsci mula ikut sertai Parti Sosialis Itali.

Pada tahun 1914, Gramsci menjadi editor bagi mingguan Parti Sosialis, II Grido Popolo (Jerit Tangis Rakyat), dan menjadi staf editor tetap di sana. Ogos 1917, pemberontakan spontan meletus di Turin. Para buruh di Turin bangkit lalu membentuk kekuatan yang menggoyangkan rejim Mussolini. Pusat kota Turin di kepung oleh para buruh. Dalam pemberontakan selama empat hari itu, sekitar 50 orang buruh syahid dan ratusan lainnya dimatikan perjuangannya dengan menghumbankan mereka di balik tirai besi.

Bagi Gramsci, peristiwa itu mempunyai pengertian politik yang luar biasa. Akibat pemikirannya, Gramsci juga campak ke dalam penjara oleh pemerintah Fasis hingga mengakhiri hidupnya dalam keadaan sakit di usia 46. Di dalam penjara itulah lahir karya-karya agung Gramsci, Prison Notebooks.

Anderson (1976) menghujahkan terdapat tiga model yang berbeza dalam karya Prison Notebooks nukilan Gramsci tersebut. Dalam model yang pertama, ia adalah berkaitan dengan kepimpinan moral dan budaya yang dipraktikkan dalam ruang masyarakat sivil, manakala pemerintah pula adalah kuasa yang menindas melalui polis dan ketenteraan.

Dalam model ini, kebanyakan pekerja percaya bahawa mereka telah menggunakan kuasa memilih bagi melantik pemerintah melalui pilihan raya. Model kedua pula, hegemoni dilihat seperti dipraktikkan dalam negara (state) dan masyarakat sivil. Gramsci menekankan peri penting institusi pendidikan dan perundangan dalam praktik hegemoni. Pendidikan dan pendasaran (policing) adalah aktiviti penting dalam membina hegemoni di Eropah Barat di awal kurun ke 20.

“Setiap pemerintah adalah beretika selagi fungsi yang paling pentingnya adalah untuk meningkatkan tahap moral dan budaya masyarakat, tahap di mana ia selaras dengan keperluan pembangunan dalam pengeluaran sekaligus selari dengan kepentingan kelas dominan. Sekolah sebagai institusi pendidikan positif dan mahkamah sebagai institusi pendidikan negatif dan represif adalah aktiviti terpenting pemerintah: namun secara realitinya kedua-dua kaedah ini menuju ke arah matlamat yang sama, yang melibatkan apparatus hegemoni politik dan budaya kelas pemerintah” (Gramsci 1971: 26).

Justeru, praktik hegemoni dalam model yang kedua turut melibatkan paksaan fizikal dalam bentuk aktiviti pihak polis dan penjara, dengan pengenalan kepada undang-undang.

Dalam model ketiga pula, hujah Gramsci kelihatan telah menghapuskan perbezaan antara pemerintah dan masyarakat sivil di mana beliau kadang-kadang merujuk pemerintah sebagai gabungan masyarakat politik dan masyarakat sivil. Ini dapat dilihat dalam petikan karya Gramsci yang berikut:

“pemerintah seharusnya difahami bukan sahaja sebagai apparatus kerajaan, tetapi juga apparatus ‘peribadi’ atau ‘hegemoni’ atau masyarakat sivil. hegemoni… melibatkan tekanan peribadi, ke arah masyarakat sivil di mana ‘Pemerintah’ juga adalah negara” (Gramsci 1971: 28).

Kerana pada hakikatnya kekuasaan akan selalu punya taktik untuk terus-menerus memperoleh kuasa dan sebaliknya kelompok tertindas tidak selalu berani melakukan perlawanan. Rintisan perubahan yang radikal maupun tidak, tetap harus memperhitungkan, taktik pemerintah yang jelas-jelas ingin bertahan dan terus berkuasa.

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: