jump to navigation

Di Manakah Tempatnya Hatim al-Thayy September 23, 2008

Posted by ummahonline in Artikel.
trackback

Ali bin Abi Thalib berkata, “Aku hairan dengan seorang muslim yang didatangi sesama muslim yang memerlukan bantuannya, tapi ia tidak mahu melakukan kebaikan. Sekiranya ia tidak mengharapkan pahala dan tidak takut seksa, ia masih haru segera melakukan akhlak yang mulia. Itulah yang akan membawanya ke jalan keselamatan.”

Seorang laki-laki bertanya: “Apakah engkau mendengarnya dari Rasul Allah?”

Ali berkata kepadanya: ”Benar. Bahkan aku mendengar yang lebih baik dari itu? Pernah para tawanan dari kabilah Thayy dibawa ke hadapan Nabi saw. Seorang perempuan dari tawanan itu berkata:

“Ya Muhammad, mengapa tidak kamu lepaskan aku. Janganlah engkau memalukan orang-orang Arab kerana apa yang kau lakukan padaku. Aku puteri pemimpin kaumku. Ayahku melindungi kehormatan, menolong orang yang kesusahan, mengenyangkan yang lapar, membahagikan makanan, menyebarkan kedamaian, dan tidak pernah menolak orang yang minta bantuan. Aku puteri Hatim al-Thayy.”

(Begitu mendengar perkataannya) Rasul Allah bersabda: “Inilah sifat-sifat orang mukmin. Sekiranya sekarang ini bapamu muslim, kami pasti sangat menyayanginya. Bebaskan dia, kerana bapanya mencintai kemuliaan akhlak. Allah mencintai kemuliaan akhlak”

Bapa perempuan itu memang pemimpin kabilah Thayy. Kedermawananannya sangat legendaris. Orang-orang Arab sering berkata: Dia dermawan seperti Hatim al-Thayy. Ia sudah meninggal dunia sebelum masuk Islam. Rasul Allah sangat memuliakan al-Thayy, kerana kemuliaan akhlaknya. Ia pun menegaskan bahawa Allah pun mencintai dia.

Para ulama pernah bingung di mana harus ditempatkan Hatim. Kerana ia kafir, kata sebahagaian ulama, ia harus ditempatkan di neraka. Tapi ia berakhlak mulia. Ia dimuliakan Allah dan Rasul-Nya.Ia dicintai Allah dan Rasul-Nya “Lakukan kebaikan, kerana sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berbuat baik” (Al-Qur’an 2:195). Kerana itu, tidak mungkin Tuhan mengazabnya. Mestinya ia ditempatkan di syurga.

Akhirnya mereka membuat keputusan yang lucu (dan sejak bila para ulama menjadi agen syurga dan neraka!). Hatim al-Thayy ditempatkan di neraka, tapi ia berada dalam sebuah gedung megah yang fireproof. Di dalam gedung itu, udaranya sejuk. Rezeki yang berlimpah didatangkan kepadanya. Betul-betul seperti gedung di syurga, hanya daerahnya di neraka.

Keputusan para ulama itu boleh jadi mengatasi kebingungan mereka. Mereka bingung kerana mereka menentang pluralisme. Saya tidak bingung. Orang yang berakhlak baik akan memperoleh keselamatan. Seperti kata Imam Ali, sekiranya orang tidak percaya akan adanya pahala dan seksa, akhlak yang baik akan membawanya kepada keselamatan.

Tuhan berfirman, “Sesungguhnya orang-orang beriman (Islam), orang-orang Yahudi, Nashrani, dan Shabi’in (selain Yahudi dan Nashrani) yang beriman kepada Allah dan hari akhir, serta beramal baik, maka bagi mereka pahala di sisi Tuhan mereka.dan tidaklah ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak menderita” (Al-Baqarah 2: 62; lihat juga Al-Maidah 5:69)

Sayyid Rasyid Ridha dalam Tafsir al-Manar 1: 336 menjelaskan: “Ayat ini menjelaskan perlakuan Allah kepada setiap umat yang mempercayai Nabi dan wahyunya masing-masing, yang mengira bahawa kebahagian pada hari akhirat seakan-akan pasti akan tercapai hanya kerana ia Muslim, Yahudi, Nashara, atau Shabiah, misalnya. Padahal Allah berfirman bahawa keselamatan bukan kerana kelompok keagamaan (jinsiyyah diniyyah). Keselamatan dicapai dengan iman yang benar yang menguasai jiwa dan amal yang memperbaiki manusia.”

Sayyid Husein Fadhlullah, tokoh Hizbullah Libanon, dalam Tafsir Min Wahy al-Qur’an 2:23 menafsirkan ayat di atas tanpa kebingungan: “Makna ayat ini sangat jelas. Ayat ini menegaskan bahawa keselamatan pada hari akhirat akan dicapai oleh semua kelompok agama ini yang berbeza-beza dalam pemikiran dan pandangan agamanya berkenaan dengan akidah dan kehidupan dengan satu syarat: memenuhi kaidah iman kepada Allah, hari akhir, dan amal saleh”

Sekiranya orang seperti Hatim al-Thayy, yakni orang “kafir” yang berakhlak baik, dilaporkan kepada kita, kita pasti akan mengatakan bahawa ia langsung masuk neraka. Kita bahkan akan menaruh kecurigaan besar kepadanya. Kita akan bergumam: Kasihan ya, walaupun berakhlak baik mereka tetap saja masuk neraka, kerana tidak masuk Islam.

Tapi ketika anak perempuan Hatim al-Thayy yang kafir dihadapkan kepada Nabi, ia membebaskannya kerana penghormatannya kepada akhlak bapaknya yang mulia. Nabi saw mungkin menggumamkan Al-Quran: Innallaha yuhibbul muhsinin!

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: