jump to navigation

Islam, Bukan Pluralisme Oktober 24, 2008

Posted by ummahonline in Surat.
trackback

Saya sungguh sangat prihatin melihat sekelompok muslimin yang telah melakukan tindakan naif terhadap penganut agama lain dan mengorbankan masyarakat awam yang tak berdosa atas dalih jihad. Mereka telah menampilkan Islam sebagai agama keganasan. Jelas, ini sangat bertentangan dengan ajaran Islam, yang merupakan rahmat bagi alam semesta. Allah SWT berfirman: “Dan tidaklah Kami mengutusmu (Muhammad), kecuali menjadi rahmat bagi alam semesta.” (al-Anbiya: 107).

Namun di sisi lain, Islam juga tidak mengajarkan pluralisme dalam pengertian bahawa semua faham atau keyakinan adalah benar. Dengan kata lain, Islam melakukan truth claim (mendakwa kebenaran) terhadap dirinya. Dan hal ini tidak semestinya bertentangan dengan isu toleransi. Ini kerana keduanya memiliki terminologi yang berbeza.

Dalam Islam ada istilah Akidah, iaitu keyakinan yang diyakini sebagai kebenaran setelah melalui proses berfikir, mengkaji, dan menguji. Dalam terminologi ini, seorang yang mengaku sebagai muslim semestinyalah meyakini secara tegas bahawa keyakinannya adalah yang benar. Al-Qur’an sendiri menegaskan hal ini: “Barangsiapa mencari agama selain Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) darinya, dan ia di akhirat termasuk orang-orang yang merugi.” (Ali Imran: 85).

Tak hanya Islam, dalam agama Kristian juga dikenal kebenaran (truth claim). Sebagaimana yang tertuang dalam “Dominus Jesus?,” yang diterbitkan oleh Vatikan pada tahun 2001, yang berisi penolakan terhadap pluralisme agama dan menegaskan kembali bahawa Jesus Kristus adalah satu-satunya medium keselamatan Ilahi.

Kebenaran merupakan kepastian dari akal. Tanpa Kebenaran, manusia akan terjerumus dalam kemunafikan, kerana ia akan membenarkan semua keyakinan meskipun saling bertentangan. Bahkan ketika seorang pluralis menolak Kebenaran, maka faham pluralis yang dianutnya menjadi tidak bererti dan pada hakikatnya ia anti-pluralisme.

Selain itu, dalam Islam dikenal pula istilah Akhlak, yang selain berbicara tentang potensi jiwa manusia, juga berbicara tentang adab (perilaku mulia). Dalam terminologi ini, seorang muslim mesti mempunyai sikap tolak-ansur terhadap penganut keyakinan yang berbeza dengan dirinya. Sebagaimana yang ditegaskan dalam al-Qur’an bahawa kaum muslimin mesti berlapang dada atas perbezaan dengan cara-cara mulia, yang berbunyi: “Janganlah kalian berdebat dengan kaum Ahlul Kitab, kecuali dengan cara yang terbaik.”? (al-Ankabut: 46) dan “Tidak ada paksaan dalam beragama.” (al-Baqarah: 256).

Peristiwa Mubahalah Kaum Nasrani Najran (tahun ke-9H) merupakan contoh terbaik yang menegaskan tanggapan di atas, bila kita melihatnya secara sempurna dan tidak sebahagiannya.

Peristiwa ini diawali dengan surat Nabi Muhammad saw kepada pihak berkuasa Nasrani di Najran (sebuah daerah di perbatasan Hijah dan Yaman). Kemudian kaum Najran mengirimkan utusan untuk menemui beliau saww, yang saat itu sedang berada di Masjid Nabawi.

Para utusan tersebut pergi dengan mengenakan pakaian sutera, cincin emas, dan rantai salib. Ketika mereka memasuki masjid, Nabi saw meminta mereka agar memakai pakaian sederhana dan melepaskan perhiasan mereka. Nabi saw pun menyambut mereka dengan hormat dan hangat. Namun sebelum dialog dimulai, para utusan tersebut mengatakan bahawa waktu berdoa mereka telah tiba. Nabi saw pun mengizinkan mereka beribadah di dalam masjid, namun dengan menghadap ke timur. Setelah mereka selesai beribadah, barulah Nabi saw berdialog dengan mereka dengan cara-cara yang mulia, santun, dan ilmiah.

Dari kisah sejarah ini terlihat bahawa Nabi Muhammad saww telah melakukan truth claim dengan menyeru kaum Nasrani Najran agar menyembah Allah. Namun Nabi saw bersikap tolak-ansur kepada mereka, dengan mewujudkan seruan tersebut dalam bentuk dialog ilmiah, yang disertai pula dengan sikap mulia dan santun.

Nabi saw juga bersikap tolak-ansur, dengan mengizinkan mereka beribadah di masjid dan menunggu hingga mereka selesai melakukan ibadah. Namun Nabi saw juga bersikap tegas, ketika meminta mereka agar menanggalkan perlengkapan kemewahan saat memasuki masjid dan meminta mereka untuk menghadap ke timur –mungkin maksudnya agar tidak menghadap ke arah Ka’bah– saat mereka hendak beribadah.

Dengan demikian, Islam pada hakikatnya merupakan agama yang tegas namun tidak despotik dan anarkis. Islam juga bersikap terbuka, namun tidak pluralis. Wallahu A’lam.

Advertisements

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: