jump to navigation

Gila November 3, 2008

Posted by ummahonline in Artikel.
trackback

Pada suatu hari, Rasulullah SAW melewati sekelompok orang yang sedang berkumpul. Beliau bertanya, “Kerana apa kalian berkumpul di sini?” Para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, ini ada orang gila, sedang mengamuk. Kerana itulah kami berkumpul di sini.” Beliau bersabda, “Orang ini bukan gila. Ia sedang mendapat musibah. Tahukah kalian, siapakah orang gila yang benar-benar gila (al-majnûn haqq al-majnûn)?” Para sahabat menjawab, “Tidak, ya Rasulullah.” Beliau menjelaskan, “Orang gila ialah orang yang berjalan dengan sombong, yang memandang orang dengan pandangan yang merendahkan, yang membusungkan dada, berharap akan surga Tuhan sambil berbuat maksiat kepadanya, yang kejelekannya membuat orang tidak aman dan kebaikannya tidak pernah diharapkan. Itulah orang gila yang sebenarnya. Adapun orang ini, dia hanya sedang mendapat musibah saja.”

Majnûn, orang gila, berasal dari akar kata jannat, yang ertinya menutupi. Dia masih mempunyai akal, tetapi akalnya itu tidak dapat menerangi perilakunya. Akalnya sudah dikuasai hawa nafsunya. Dalam pengertian inilah Nabi SAW menyebut orang takabur sebagai majnûn.

Para sahabat menyebut majnûn kepada orang yang perilakunya tidak normal (abnormal), sementara Nabi SAW menyebut orang seperti itu dengan mubtalâ, orang yang mendapat musibah, orang sakit. Ia sakit kerana sanggup menanggung derita. Perilakunya yang aneh hanyalah teknik untuk melarikan diri dari kenyataan yang sangat menyakitkan; berpisah dengan orang yang dicintai, dikhianati sahabat, kehilangan pekerjaan, menghadapi buah simalakama dan sebagainya.

Nabi SAW menyuruh kita melihat orang seperti itu sebagai orang yang patut kita bantu. Ia bukan majnûn, tetapi mubtalâ. Kita harus meringankan deritanya dan memberikan jalan keluar dari bala yang mengenainya. Ia bukanlah orang yang tertutup akalnya. Ia hanyalah orang yang hancur hatinya. Bukankah Tuhan berkata, “Carilah Aku di tengah-tengah orang yang hancur hatinya”?

Orang yang kena bala harus didekati, tetapi orang gila harus dijauhi. Menurut Nabi SAW, ciri utama orang gila ialah takabur. Ia merasa dirinya besar dan merendahkan orang lain. Takabur menutupi kenyataan bahawa ia tidak berbeda dengan yang lain; ia hanyalah makhluk yang berasal dari nuthfah dan berakhir pada jifâh (bangkai). Kerana takabur, ia menjadi majnûn. Akalnya tertutup. Takabur mengubah kedudukan, keturunan, dan kekayaan menjadi tirai baja yang menutupi jati dirinya.

Rasulullah SAW berkata kepada Abu Dzar, “Wahai Abu Dzar, barang siapa mati dan dalam hatinya ada sebesar debu dari takabur, ia tidak akan mencium bau syurga, kecuali bila ia bertaubat sebelum maut menjemputnya.” Abu Dzar berkata, “Ya Rasulullah, aku mudah terpesona dengan keindahan. Aku ingin gantungan cambukku indah dan pasangan sendalku juga indah. Yang demikian membuatku takut.” Rasulullah SAW bertanya, “Bagaimana perasaan hatimu?” Abu Dzar menjawab, “Aku dapatkan hatiku mengenal kebenaran dan tenteram di dalamnya.” Rasulullah SAW berkata, “Yang demikian itu tidak termasuk takabur. Takabur itu ialah meninggalkan kebenaran dan kamu mengambil selain kebenaran. Kamu melihat kepada orang lain dengan pandangan bahawa kehormatannya tidak sama dengan kehormatanmu, darahnya tidak sama dengan darahmu.”

Walhasil, anda takabur kalau anda tidak mahu menerima kebenaran kerana yang menyampaikan kebenaran itu rakyat kecil, orang miskin, bawahan, atau pegawai. Anda tidak mahu mendengar nasihat dari anak atau isteri anda kerana anda menganggap mereka lebih rendah dari anda. Anda tidak mahu mendengar pembicaraan dari orang Islam yang fahamnya berbeda dengan anda kerana anda menganggap mereka sesat dan anda berada di jalan yang paling benar. Kerana anda mempunyai hubungan dekat dengan orang besar, anda ingin diperlakukan sebagai orang istimewa dan hukum apapun tidak boleh berlaku untuk anda.

Kerana anda merasa lebih berilmu, anda meremehkan orang yang anda anggap bodoh. Anda kecam mereka. Anda mentertawakan kejahilan mereka. Kalau ilmu anda itu ilmu agama, anda berikan gelar-gelar yang buruk kepada orang yang anda pandang tidak sepaham dengan anda. Anda khususkan syurga untuk kelompok anda dan neraka untuk kelompok lain. Anda sahkan semua ibadah anda dan anda batalkan ibadah yang lain.

Kerana anda ahli ibadah, anda merasa diri anda yang paling shalih di antara semua makhluk di bumi ini. Anda sombong dengan shalat malam anda. Anda bangga dengan bacaan Quran anda. Anda tinggi hati dengan haji dan umrah anda. Kemudian, anda merasa puas dengan ibadah anda dan lupa dengan akhlak anda di tengah-tengah masyarakat. Anda begitu puas dengan puasa anda sehingga anda lupa pada fakir miskin di sekitar anda. Anda begitu senang dengan shalat anda sehingga anda lupa memperbaiki akhlak anda.

Kerana anda mempunyai kekayaan lebih dari kebanyakan orang, anda sempitkan dada anda. Anda rendahkan orang-orang yang kurang kaya dibandingkan anda. Anda ciptakan kelompok eksklusif. Anda singkirkan ke pinggir orang-orang yang lebih miskin dari anda. Anda menganggap mereka tidak sederajat dan tidak sedarah dengan anda.

Kerana anda merasa berkuasa, anda tidak segan-segan menggebuk orang yang tidak anda sukai. Anda tidak menghiraukan penderitaan rakyat kecil yang anda tindas dengan tak semena-mena. Anda menegakkan kekuasaan di atas keringat, air mata dan darah orang-orang yang tidak berdaya.

Kalimat-kalimat di atas dapat anda gunakan untuk mendiagnosis apakah anda memiliki penyakit takabur. Satu saja di antara “gejala” itu anda rasakan, Anda sudah menjadi orang yang benar-benar gila (al-majnûn haqq al-majnûn).

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: