jump to navigation

Revolusi Muzik Januari 22, 2009

Posted by ummahonline in Artikel.
trackback

Muzik adalah salah satu unsur dari sebuah kebudayaan. Kalau kita menelaah jendela budaya dalam tradisi di beberapa negara, maka banyak sekali kita lihat muzik tradisional yang ada. Lantaran itu, saya pun tergugah untuk meninjaunya dari segi falsafah, untuk melihat apa hubungannya.

Falsafah lahir berabad-abad lalu ketika Sokrates, Aristoteles, dan filsuf Yunani lainnya gencar melakukan analisis ilmiah terhadap berbagai cabang pengetahuan. Revolusi selalu lekas datang dan lekas pula mati. Itu pendapat saya.

Kenapa?

Kerana zaman yang terbentang luas sejak peradaban manusia purba tak pernah bertahan lama dalam satu era keemasan selama sejuta tahun. Begitu pun dampaknya terhadap bidang-bidang utama yang menjadi pelindung hidup manusia. Pengetahuan, teknologi, sosial dan budaya semakin hari semakin menawarkan kecanggihan dan berevolusi sesuai peradaban zaman.

Bagaimana boleh setiap zaman yang merubah segala titik induknya menjadi sesuatu yang kini disantap oleh seluruh umat manusia dengan mudahnya?

Saya membaca saya petikan membahas wacana falsafah dan menyebut “falsafah sebagai salah satu cara terbaik yang memperkuat kebiasaan berfikir”. Benar! Kita sebagai manusia dianugerahkan akal oleh Tuhan agar boleh berfikir secara rasional. Sedangkan peradaban–yang menuntut dukungan seluruh umat manusia untuk menjalaninya–tidak mungkin lepas dari segala pemikiran manusia yang terkendali oleh arus zaman tersebut.

Revolusi adalah lahirnya sesuatu yang baru untuk menggantikan sesuatu yang lama. Mudahnya, ia menggantikan semua yang usang. Manusia di sini sebagai kendali dan penguasa terhadap segala apa yang terjadi dalam proses berevolusi itu.

Saat ini, kita menemukan muzik dengan jenis/warna muzik (genre) yang baru, eksperimental, unik, dan beberapa mengganggapnya aneh. Kalau kita melihat kembali pada peradaban zaman dulu ketika muzik hanya dimainkan dengan biola, cello, flute, dan instrumen orchestra lainnya.

Di samping itu, ada antara muzik dalam peradaban dulu yang tidak lagi membuat kita terkagum mendengarnya. Dengan kehadiran “wajah” baru macam gitar elektrik, bass elektrik, drum kits, fruity loop, computer programming, tentu akan dengan cepat mengalahkan ‘wajah” lama dengan gesit dan tak kenal ampun.

Lihat saja berapa banyak pengunjung konsert muzik rock dan pementasan orchestra di sebuah stadium? Manakah yang lebih banyak? Sebahagian besar tentu lebih banyak pengunjung di konsert muzik rock. Ini adalah tanda bahwa manusia juga mengagungkan karya seni futuristik dari instrumen “wajah” baru itu, seakan-akan manusia tak rela untuk cepat-cepat mengganti “wajah” baru itu, apalagi jika harus kembali ke akar lama.

Falsafah seni muzik lebih berhubungan dengan “pasca-modernisme”, apalagi kalau kita sudah membaca lambakkan buku tentang hubungan antara pasca-modenisme dan identity budaya. Kita akan teringat betapa budaya yang begitu didominasi oleh seni muzik (meskipun kebanyakan muzik etnik dan sakral), adalah hal yang patut menjadi jawaban bahawa muzik adalah memang sebuah unsur dari budaya itu sendiri.

Dari tahun ke tahun, revolusi muzik yang berkisar tentang kemunculan warna-warna muzik/genre baru selalu dikaitkan dengan gaya dan style pada masa itu pula. Sedangkan fashion dalah salah satu bukti dari identiti budaya. Nah, ketika kita mengalami krisis identiti, yang akan terbentur dengan fasa sejarah di mana manusia memasuki gelombang liberalisasi dan kemanusiaan dari yang diluar-kerasionalan.

Inilah juga yang menimbulkan track/record yang buruk. Modenisasi telah dianggap gagal menyemai perdamaian dan keadilan politik, sosial ,ekonomi dunia. Muzik adalah salah satu “alat” pendukung yang paling bisa melahirkan “chaos” di mana-mana, kerana muzik memang sangat mudah dipelajari dan dinikmati berbagai kalangan.

Namun kita jangan lupa dengan kehadiran “sistem” yang membuat muzik menjadi sesuatu yang “kotor”. Dengan semua alat pemerintah dalam “industri muzik”nya, tentu kita akan merasakan sendiri bahawa muzik zaman modern ini kebanyakan hanyalah muzik yang lahir kerana adanya pasaran, khususnya artis/band memang sudah banyak sekali yang tidak mengindahkan estetika dari seni muzik.

Lalu kaitan adanya pengaruh psikologi dari muzik yang dihubungkan dengan pola “pasca-modenism” yaitu munculnya berbagai pemikiran humaniora, bahkan ini sudah muncul ketika era John Lennon dan The Beatles-nya itu. Prinsip-prinsip estetika seni yang luhur telah melunak dengan kehadiran prinsip humaniora, baik dalam segi lirik mahupun lagunya.

Bagaimana dengan metafizik? Kalau anda mengenal muzik-muzik jenis underground, banyak munculnya pemuzik yang mengusung aliran metafizik; seperti Death Metal, Doom Metal, Dark Gothic, Grindcore di mana tema lagunya adalah sakral, penalaran Tuhan dan Iblis serta berbagai pertanyaan apakah realiti itu memang benar adanya, dan sebagainya.

Dampak yang timbul dari segala pemikiran metafizik dalam muzik iaitu, munculnya isu-isu tentang mitos yang belum tentu benar serta menyesatkan. Kita tidak pernah tahu, namun memang ada baiknya untuk menelaah semua itu sebagai wujud kepedulian sesama manusia. Entah, berapa banyak orang yang sudah tertipu fikirannya dengan hal-hal yang tidak jelas secara logiknya.

Komen-komen»

1. sabahdaily » Revolusi Muzik - Januari 22, 2009

[…] Sumber: UmmahOnline […]


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: