jump to navigation

Muhsin Labib: Bertuhan Menerusi Falsafah Oktober 13, 2009

Posted by ummahonline in Wawancara.
Tags: , ,
trackback

sunsetRamai yang beragama, barangkali tanpa kesedarannya tentang Tuhan. Kata Tuhan lumrahnya diterima sebagai kata mati. Tanpa soal. Maka, wacana-wacana agama sering tak menyentuh ruang Tuhan, kerana difikirkan sudah selesai. Namun, dalam tradisi falsafah Islam, itu nyata sekali berbeza. Mulla Sadra dengan dengan Asfar-nya, Ibn Sina dengan Isharat wa Tanbihat-nya, dll, semuanya berusaha menunjukkan daerah Tuhan bukanlah daerah larangan. Insaf atas lemahnya wacana tentang Tuhan dewasa ini, AQIL FITHRI yang kini di Jakarta di bawah zamalah Cendikiawan Awam Asia 2009/2010, Nippon Foundation, Jepun, mengambil peluang mewawancara Muhsin Labib. Beliau adalah alumnus doktoral UIN Syarif Hidayatullah Jakarta, dengan tesisnya yang langsung merujuk pada falsafah Mohammad Taqi Misbah Yazdi. Justeru, dengan latar falsafahnya yang kental, pengalamannya menuntut dalam tradisi Sadrian, serta kearifannya tentang Islam, maka Tuhan juga dapat didekati menerusi kacamata falsafah.

Sebenarnya, apakah manfaat adanya tuhan?

Nah, persoalan yang harus ditangani dulu bukannya manfaat adanya tuhan atau tidak. Tapi, ada atau tidak.

Tapi, apakah penting ada-nya tuhan?

Bukan penting. Tapi, ada atau tidak. Sebelum bertanya penting atau manfaat, maka harus dijawab dalu, tuhan itu ada atau tidak. Sebab, itu akhirnya akan pergi kepada persoalan, penting atau tidak.

Baik, apakah tuhan itu ada atau tidak?

Maka, di sini anda harus huraikan, apa yang dimaksudkan dengan ada. Apa itu ada? Bermula dari pertanyaan ini, anda harus masuki dunia ontologi yang begitu rumit, serius dan dalam sekali. Tapi, ada kata-kunci yang boleh dipegang. Sekarang, anda tak perlu sibuk dengan kata tuhan dahulu. Hanya, buktikan dahulu bahawa diri anda itu ada. Apakah diri anda itu ada? Sekarang, anda sedang berbicara, dan berinteraksi, di mana ada sedar atau tak sedar anda akan menyatakan ini adalah real. Apa yang anda maksudkan dengan real? Atau, apakah memang benar anda sedang berbicara dan berinteraksi dengan saya? Apakah mungkin saya ini adalah sebuah ilusi.

Bukankah saya dapat merasakan, memikirkan, melihat, dan dari semua inderawi ini membuktikan adanya pembicaraan dan interaksi saya dengan anda. Maka, anda adalah real. Saya juga adalah real. Seperti ungkapan, “saya berfikir, maka saya ada.”

Fikir?  Apa itu fikir? Cuba lihat sekeliling anda, di dalam bilek ini, apakah yang anda dapat tangkap?

Benar, saya boleh melihat apa yang terdapat dalam bilek ini. Dan, sudah tentu saya tak mampu melihat apa yang ada di luar bilek ini kerana terbatas dengan dinding-dindingnya.

Tapi, adakah anda menyakini ada sesuatu di luar bilek ini? Adakah anda pasti ada sesuatu di sebalek bilek ini?

Ya, dari pengalaman, sudah tentu saya yakin ada sesuatu di luar bilek ini.

Baik, seterusnya, apakah anda yakin bahawa 50 tahun dahulu Tun Abdul Razak itu ada?

Ya, saya yakin.

Tapi, bukankah anda tak pernah bersentuhan, melihat, bertemu dengan Tun Abdul Razak? Saya berpegang pada kata pengalaman anda sebelum ini. Kerana itu dasar anda: pengalaman.

Benar, tapi, pengalaman saya antara dalam bilek ini, dan semasa Tun Razak, ada perbezaannya. Waktunya berbeza. Dan, kehadiran saya juga berbeza. Semasa Tun Abdul Razak, saya tetap tahu keberadaannya, meskipun tak pernah melihatnya. Berbanding, dalam bilek ini, saya melihat langsung.

Whatever. Yang penting, apakah anda menyakini, bahawa kedua-dua ini ada realiti? Sama ada Tun Abdul Razak dan bilek, apakah kedua-duanya adalah real, atau realiti?

Ya, saya mengakui, kedua-duanya adalah realiti.

Sekarang, apakah anda yakin esok adalah hari Juma’at?

Ya, saya yakin.

Jadi, tampak, untuk anda menyakini sesuatu, anda tak perlu bergantung pada segala inderawi anda. Anda dibatasi dinding bilek ini, tapi anda tetap menyakini ada sesuatu di luar sana. Anda tak pernah melihat Tun Abdul Razak, tapi anda menyakini, ianya ada. Anda belum sampai lagi pada hari Juma’at (esok), tapi anda tetap yakin, esok adalah hari Juma’at. Jadi, anda seharusnya mempunyai alasan lain, selain dari inderawi dan pengalaman lain untuk anda mengenal realiti. Inderawi, pengalaman, itu semua tak membawa pada realiti yang sesungguhnya, atau Realiti, dengan “R” besar. Jadi, anda perlu ada sebab lain untuk memahami Realiti tersebut. Bayangkan ketika anda melihat wanita cantik yang lalu di hadapan anda, apatah lagi, berdesir jantung anda. Bahkan, itu wanita yang anda idam-idamkan, malah, sedikit melihat pada anda, dan tersenyum. Dengan semua itu, apakah anda merasakan itu sebuah realiti?

Ya, sudah tentu, itu semua adalah realiti.

Jadi, apakah realiti itu benda (material)?

Hmmm, itu perasaan. Sudah tentu bukan-benda (non-material).

Nah, sekarang, apakah anda tahu anda sedang dibatasi oleh ruang dan waktu?

Ya.

Pengetahuan anda, pengalaman anda, perasaan anda, semuanya terbatas sekali. Jadi, jika anda menyakini ini, maka anda menyakini hukum ruang dan waktu. Maka, dari sini, anda akan membangun konsep—bila, apa, siapa, di mana, dll—bagi menjelaskan semua hal tersebut, atau untuk memberi pengetahuan pada anda. Nah, kerana anda dibatasi oleh ruang dan waktu, maka anda akan berusaha untuk mengatasi sesuatu yang ada di luar ruang dan waktu. Menurut anda, ruang dan waktu itu adalah segala-galanya. Bagi anda, ruang dan waktu, adalah prima causa. Ruang ada akhirnya. Begitu juga waktu, ada akhirnya. Kedua-duanya bermula dan berakhir. Jadi, anda memang yakin bahawa sebesar manapun ruang, dan selama manapun waktu, akhirnya akan berhenti pada satu saat, atau pada satu titik. Jadi, setelah anda menyakini realiti-realiti ini, apakah itu satu kewujudan, atau dua kewujudan, atau tiga kewujudan?

Itu semua satu kewujudan besar, di mana-mana dalam kewujudan itu ada perbezaan-perbezaan benda dan bukan-benda (non-material).

Justeru, apa yang membezakan antara objek A dengan objek B atau dengan objek yang seterusnya?

Jenis-jenis benda.

Ya, jadi  tidakkah yang membezakan semua itu adalah persoalan, apa?

Ya.

Maka, di sini ada eksistensi dan esensi. Eksistensi adalah keberadaan, sementara ensensi  ialah ada-nya benda itu, atau apa itu. Ini yang sering menjadi salah-faham. Mithal saja antara dua gelas ini, apakah jarak di antara dua gelas ini kosong?

Ya, walaupun jarak antara keduanya tampak kosong, tapi sudah tentu ada sesuatu.

Jadi, ada itu tak berhenti. Jadi, kesemua ada adalah satu, atau Ada. Umpama, ada 1, ada 2, ada 3, dan seterusnya, dan ini semua menjadi Ada, dengan “A” besar. Nah, di sini anda harus bezakan antara ada dengan apa. Dan, apa itulah yang anda fahami sebagai ada. Anda terkongkong dengan sesuatu yang namanya, apa. Sebab, apa itu mengandungi ruang dan waktu, atau bagaimana, berapa, dll. Selama ini anda ingatkan apa yang ada itu, adalah satu. Hujungnya, anda tak mampu untuk melihat sesuatu di luar apa. Menurut anda, sesuatu itu harus Ada, maka itu mesti ada apa-nya. Padahal, apa itu konsep anda sendiri. Jadi, falasinya, ada menuntut sesuatu itu yang mesti apa. Mithalnya, tuhan itu apa?

Justeru, bagaimana untuk kita buktikan bahawa tuhan itu bukannya apa?

Kerana anda tak mampu untuk mengkonsepsi tuhan.

Tapi, bagaimana anda nak menjelaskan tuhan dalam konsep apa?

Buktinya, anda tak mampu nak menjelaskan tuhan dalam konsep apa, bagaimana, di mana, dll. Kalau anda mampu untuk menjawab itu, makanya tuhan itu adalah apa? Tapi, adakah anda mampu? Jadi, kalau susunannya, siapa à apaàada. Sekarang, biar saya tanya anda lagi, kertas dan tulisan di tangan adan itu, apakah kertas boleh ada kertas tanpa tulisan?

Ya, sudah tentu boleh.

Sebaleknya, apakah tulisan dapat ada tanpa kertas (atau sebarang alas untuk ditulis)?

Tak boleh. Mesti ada kertas.

Jadi, sekarang, di mana keberadaan kertas itu? Ternyata, kertas itu boleh ada tanpa keberadaan tulisan. Dan, tulisan takkan boleh ada tanpa adanya kertas. Kedua-duanya eksis, tapi eksistensinya berbeza. Kertas, itu adalah independent existence, manakala tulisan itu pula adalah dependent existence.  Dan, bayangkan, anda adalah salah satu aksara dalam sejumlah besar tulisan itu. Apakah anda sebagai salah satu aksara mampu untuk memahami seluruhnya? Apakah anda mampu untuk memahami seluruh ilmu dalam alam semesta ini?

Ya, pasti takkan mampu.

Jadi, ini sama juga anda takkan mampu untuk menanyakan seluruh ruang dan waktu. Apa yang anda dapat lakukan ialah, menanyakan aksara-aksara lain di samping anda. Nah, apa itu juga sebenarnya ada dua macam. Satu, yang partikularia dan satu lagi yang universalia. Kesemuanya itu termasuk dalam Ada, dengan “A” besar.

Jadi, apakah boleh katakan bahawa Ada dengan “A” besar itu adalah tuhan?

Ya. Jadi, tuhan itu adalah segala sesuatu yang meliputi segala kewujudan, termasuk anda. Sebab itu, Imam Ja’far as-Shadiq berkata, “berbuatlah dosa kamu, tapi jangan di depan tuhan.” Nah, apakah anda dapat terlepas dari pengetahuan tuhan. Anda hanyalah sebutir aksara. Maka, dengan sebutir aksara, apakah anda dapat terlepas dari kertas?

Tentu tidak. Tapi, apa itu definisi tuhan?

Tidak boleh didefinisikan. Sebab, definisi itu akan kembali terkongkong pada konsep apa. Definisi itu adalah pembatasan. Jadi, tuhan itu tak mampu didefinisikan.

Justeru, sama sekali kita tak mungkin untuk mengambarkan tuhan itu?

Tak boleh, sebab pengambaran anda akan masuk dalam ruang dan waktu. Anda harus masuk pada universalia dan partikularia. Anda harus tunduk pada itu.  Jadi, tuhan itu adalah selain apa yang terfikir oleh anda. Jika anda menyebut Allahuakhbar, sebenarnya tuhan lebih besar lagi dari kata tersebut. Tuhan akan lebih dari apa yang terlintas dalam benak anda. Kita menyebutnya Tuhan, dengan “T” besar, Barat menyebutnya God, Persia menyebutnya, Khoda, Yahudi meyebutnya Yahwe, dll. Tapi semuanya bermakna satu sahaja, Ada, dan sekali lagi, dengan “A” besar. Justeru, bila tuhan kita dapat definisikan, maka itu akan keluar dari konsep tuhan itu sendiri. Kita hanya menggunakan sebutan-sebutan dalam kerangka-fikir kita terbatas ini. Sebab, sebesar mana pun anda gambarkan tuhan, anda tetap percaya bahawa ada yang lebih besar lagi yang sampai tak dapat digambarkan. Kalau ada infiniti, pasti anda percaya anda yang lebih besar dari infiniti. Sebab itu, kalau anda dari fizik, anda boleh melihat seperti Rene Guenon, atau Sayyed Hossein Nasr. Guenon itu, sebagai seorang fizikanwan, akhirnya melihat fizik saja tak memadai untuk menafsir Realiti. Baginya, ruang metafizik jauh lebih luas, bahkan mengasyikkan. Sebab itu, ada garis perbezaan yang ketara buat mereka yang bertuhan dengan falsafah. Nah, tidakkah semua ini menarik?

Ya, sudah tentu amat menarik, walaupun kita bergelut untuk memahaminya.

Ya, menarik tapi tak laku di sini (Indonesia). Saya memang mengalami penderitaan dengan falsafah. Dengan falsafah, kita banyak kehilangan teman. Tiada teman untuk berbicara. Tiada teman untuk berkongsi. Sendirian. Akhirnya, saya menulis untuk terus survive. Tapi, selalu juga penulisan kita enggan diterbitkan. Kerana, dalam pandangan falsafah, kita akan melihat sesuatu dari sudut yang lain. Bukan dari sudut popular. Jadi, keterasingan adalah lumrah buat jalur falsafah. Jadi, selalu saja orang yang menjalani falsafah, maka harus juga menikmati kesendirian, menikmati apa yang menjadi kehendaknya, dan menikmati penderitaan. Tapi, sejauh ini memang kita menikmati.

Komen-komen»

1. Jebon - Oktober 13, 2009

Salam,

Falsafah org2 sufi didapat melalui exprience, lihat web…

http://doktrinisasi.blogspot.com/2009/07/neo-sufism-falsafah-dan-kerohanian.html

Wassalam

2. Jebon - Oktober 13, 2009

Salam,

Falsafah Ketuhanan org2 sufi didapat melalui exprience, lihat web…

http://doktrinisasi.blogspot.com/2009/07/neo-sufism-falsafah-dan-kerohanian.html

Wassalam

3. Jebon - Oktober 13, 2009

Salam,

Ya, falsafah akan menjadi terasing, contohnya sudah berapa kali posting sy telah didelete disini… falsafahnya enggak ada pro dan kontra disini… he,he,he,he…

http://doktrinisasi.blogspot.com/2009/07/neo-sufism-falsafah-dan-kerohanian.html

Wassalam…

4. achem - Oktober 17, 2009

penerangan yang sangat dicari tapi sukar didapati (terutama dalam bahasa)

5. Ila - Oktober 29, 2009

Wah! w/pn sgt memeningkn tp mampu dihurai agr fhm. Gemar dgn petikan “Dengan falsafah, kita banyak kehilangan teman. Tiada teman untuk berbicara. Tiada teman untuk berkongsi. Sendirian. Akhirnya, saya menulis untuk terus survive. Tapi, selalu juga penulisan kita enggan diterbitkan. Kerana, dalam pandangan falsafah, kita akan melihat sesuatu dari sudut yang lain. Bukan dari sudut popular. Jadi, keterasingan adalah lumrah buat jalur falsafah. Jadi, selalu saja orang yang menjalani falsafah, maka harus juga menikmati kesendirian, menikmati apa yang menjadi kehendaknya, dan menikmati penderitaan. Tapi, sejauh ini memang kita menikmati.”

“Sama sekali kita tak mungkin untuk mengambarkan tuhan itu?–Tak boleh, sebab pengambaran anda akan masuk dalam ruang dan waktu. Anda harus masuk pada universalia dan partikularia. Anda harus tunduk pada itu. Jadi, tuhan itu adalah selain apa yang terfikir oleh anda. Tidak boleh didefinisikan. Sebab, definisi itu akan kembali terkongkong pada konsep apa. Definisi itu adalah pembatasan. Jadi, tuhan itu tak mampu didefinisikan.”

Teringat kata2 dahulu “tidak boleh mgambarkan Tuhan krn bdosa”, benar xdpt dgambarkn Tuhan itu apa tp bdasarkn keterangan di atas BUKAN krn dosa sprt diberitahu ustaz2ah..

6. Ahmet - November 9, 2009

Sebenarnya dalam kisah seksa kubur, dah ada petunjuk kepada kaum yang ber-fikir, senang jer.
Malaikat akan bertanya pada si mayit: “Siapakah illah (Tuhan) kamu?”
Yang ditanyakan bukan siapa nama tuhan kamu, bukan pula apa tuhan kamu.
Allah itu tidak ada dalam ruang dan waktu, sebab Allah lebih dekat daripada urat-nadi kita. Kalaulah urat-nadi kita boleh sentuh dan ukur saiz die, apakah yang lagi dekat dari urat-nadi kita itu?

Dosa kita melukiskan Allah bukan setakat membuat lakaran, tetapi gambaran dalam kata-kata boleh membuat dosa, sebab kita dah mem-benda-kan Allah, dan perkara ini membuat kita sebagai manusia menjauh dari fitrah azali.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: