jump to navigation

Tentang Ahli Sufi (Bahagian II) April 29, 2010

Posted by ummahonline in Artikel.
Tags: , , ,
trackback

sufi_dancing-jpe1Banyak dari kalangan orang awam berfikiran bahawa orang Sufi itu hanya menekankan amalan wirid dan banyak melakukan tawassul (khasnya ke kuburan orang alim dan sebagainya). Tak kenal maka tak cinta, itulah rangkap mudah bagi menyatakan pendirian orang awam itu.

Tahap Muslim yang awam, khawas dan khawasul khawas itu telah banyak dihurai oleh ulama sejak zaman dulu lagi. Secara ringkas boleh dikatakan bahawa perjalanan bagi orang awam walaupun mudah didunia menjadi sangat berat diakhirat ( contohnya, mereka hanya memenuhi syariat 5 rukun Islam dan 6 rukun Iman ) dan kurang mementingkan atau tidak mencari ilmu tarekat , hakikat dan makrifat yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w kepada para sahabat r.anhum baginda. Itu sebabnya , dalam melakukan ibadat yang memenuhi kehendak syariat itu pun mereka tidak dapat melaksanakan dengan kekhusyukan yang dikehendaki kerana solat dan puasa tidaklah dilakukan secara jasmniah sahaja tetapi batiniah. Malah semua ibadat , jika tidak dilakukan dengan kekusyukkan ruhi , maka ruh itu tidak akan merasai kenikmatannya – dalam hal solat, ini bermakna ruh itu tidak dapat bermusyahadah dengan Allah s.w.t , sedangkan yang kembali kepada Allah ( “innalillahi wainnailaihi raji’un”) itu adalah ruh dan yang akan disoal di Hari Pembalasan ialah ruh. Jasad yang ditinggalkan dalam kubur itu akan lenyap dimakan tanah. Selama ini , hal ruh selalu kurang diberi perhatian dalam ibadah ummah. Contohnya niat – adakah membaca “Usalli ….“ itu secara jasadi atau ruhi? Pastinya , niat yang diterima ialah yang di”baca” oleh ruh. Jikapun orang itu membaca “Usalli…”nya dengan kuat , tetapi hatinya lalai , sudah pasti dari awal lagi ibadat itu sudah tertolak. Perkara macam inilah yang dipandang berat oleh ahli Sufi.

Intipati atau tema utama (central theme) dalam semua amalan Sufi ialah fana’ dan fana’ baqa’ billah. Mengapa demikian? Kerana hanya melalui jalan fana’ seseorang dapat mencapai keikhlasan 100%. Dengan fana’ fillah tanpa baqa’ billah , seseorang itu hanya boleh berada dalam musyahadah kepada Allah tetapi tidak akan dapat bersama denganNya – tidak dapat berbual dan belajar denganNya. Jadi, makam fana’ dan makam fana’ baqa’ billah merupakan dua makam “permainan” orang Sufi sebab tanpa dapat memfana’kan diri tak mungkin seseorang Sufi itu dapat mengenal Allah. Tanpa dapat memfana’kan diri, tak mungkin dapat melaksanakan “solahud daim” (sentiasa bersolat kepada Allah).

Kriteria amal ibadat orang Sufi memang diletakkan tinggi – ini kerana , ilmu tarekat, hakikat dan makrifat (penerusan dari sekadar syariat) itu biasanya hanya dapat diajarkan oleh guru mursyid yang bertaraf waliyullah. Mengapa demikian? Kita tahu, ilmu Sufi itu ilmu dzauqi – ini bermakna ilmu yang dialami sendiri oleh orang yang berkenaan. Oleh itu, tak mungkin seseorang guru itu dapat mengajari anak muridnya tentang sesuatu “hal” dan mencapai ke tahap sesuatu “makam” jika dia sendiri belum pernah mengalami “hal” dan mencapai “makam” tersebut. Sebagai contoh kriteria itu, kita ambil rukun Iman “percaya kepada Nabi a.s” dan “percaya kepada Malaikat “. Dalam mengikuti kriteria orang Sufi ini bermakna mesti dapat berjumpa dengan sekurang-kurangnya 10 malaikat a.s yang utama dan bertemu dengan para Nabi a.s yang 25 itu , paling tidak dengan para Ulul Azmi a.s. Jika tidak dapat , maka si-salik ( orang yang baru mengikuti jalan Sufi) itu dianggap gagal , sebab setakat percaya adalah makam orang awam , bukan makam Sufi. Begitu juga dalam ujian doa yang dilaksanakan oleh guru mursyid – jika tiang Arsy tidak bergegar ketika berdoa, anak murid itu dianggap gagal atau “main-main” dalam berdoa . Banyak lagi ujian yang harus dilalui oleh anak murid ( salik) dalam menuju ke makam liqaullah . Di sini saya huraikan satu hal tentang Talqin.

Semasa hiduplah kita perlu ditalqinkan – sebab jika sudah mati , talqin itu sebenar bagi mengingatkan orang yang masih hidup yang hadir dikubur bagi “menemani” seketika si-mati itu . Sewaktu dikafankan dan ditalqinkan si-salik itu akan mengalami keadaan sebenar kematian itu – ini bagus , sebab dia akan merasai dirinya seolah-oleh mati , sebab kita diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w ( dalam banyak riwayat hadith) untuk selalu mengingati mati. Tapi , bagi orang Sufi selain daripada mengingati mati terdapat beberapa petanda bahawa talqin yang disampaikan tuan guru itu sudah di”dengari” dengan sebenarnya oleh si-salik itu, antaranya : langit terbuka , lalu Arsy, Kursi , Lauh Mahfiz dan sebagainya ( kebesaran Allah s.w.t) dapat dilihat dengan jelas oleh matahati atau ruh , ketika dibacakan talqin. Ini bukti bahawa si-salik itu sudah “mengenal diri.” Tetapi , bukan sekadar itu – biasanya , mereka yang sudah terbuka hijab ini akan dapat memperjalani ruhnya ke alam uluwwi (alam tinggi) ini khasnya ketika solat . Jika ruh dapat “menembus” melepasi 7 petala langit untuk menghadap Allah s.w.t ke Arsy , Kursi dan Sidratul Muntaha , maka biasanya si-salik ini juga dengan mudah ruhnya dapat menembus 7 petala bumi – ini penting kerana kadang-kadang , anak murid ini diminta oleh gurunya untuk membantu “mengubati” orang awam , khasnya ilmu saka (yang selalu bomoh gagal membantu) kerana “makhluk saka “ ini terdiri dari makhluk halus yang kuat dan handal dan perlu “dihantar semula” ke bawah petala bumi.

Allah swt menjadikan manusia dari 4 unsur iaitu api , air, angin dan tanah. Api adalah penampakan daripada asma Allah al Azhim (Yang Maha Agung) , air pula penampakan daripada asma Allah al A’lim (Yang Maha Mengetahui), angin penampakan dari asma Allah al Qawiyy (Yang Maha Perkasa) dan tanah adalah penampakan daripasa asma Allah al Hakim (Yang Maha Bijaksana). Apa yang diistilahkan “Tanah” kemudiannya semuanya mengandungi unsur-unsur ini yang kemudiannya dihujani dengan jawhar dari samudera ketuhanan diikuti pengisian sifat al-jamal dan al-jalal Allah s.w.t. Jasad Adam a.s itu kemudiannya diisi dengan pelbagai alam daripada malakut kepada alam malak sebelum ditiupkan ar Ruh oleh Allah s.w.t. Oleh itu , ruh yang berasal daripada alam amr itu selalu akan merindui jalan pulang iaitu alam jabarut dan malakut untuk bertemu dengan al-Haqq. Tidakkah Rasulullah s.a.w sendiri mengalami mikraj secara ruhi 33 kali sebelum kali yang ke 34 dengan ruh dan jasad sekali , seperti yang diterangkan oleh Imam Qusayri? Bukankah 7 petala langit yang dijelaskan oleh Allah s.w.t itu untuk kita melaluinya dan bertaraqi sebagai satu sunnah seperti yang dialami oleh para sahabat Nabi (s.a.w) yang dekat seperti Saidina Ali kar. Seperti yang dihurai dalam pelbagai riwayat? Seperti yang disebut dalam kitab Asrar al-Insan oleh Sh.Nuruddin al-Raniri :

“……….andaikan semua ruh dapat kembali dengan sendirinya ke tempat asalnya , niscaya mereka tidak memerlukan akan kitab-kitab Allah dan para rasulNya . ……….tanpa para rasul , niscaya semua arwah tersebut tidak akan berhasil. “

Itu sebabnya tarekat yang harus diikuti para salik dinamakan tarekat kenabian- kerana manusia kena belajar dengan para nabi, terutamanya Rasulullah s.a.w. Itu sebabnya nama dan riwayat mereka (para anbiya’ a.s) disebut dalam al-Quran. Itu sebabnya Ibn Arabi menghuraikan hikmah-hikmah para nabi a.s itu dalam kitab Fusus al-Hikam agar manusia dapat memahami dan mengikuti bimbingan mereka a.s. Menurut Sh. al-Raniri lagi :

“ taraqi adalah isyarat agar menelaah semua kitab yang banyak mengadungi ilmu dan hikmah dengan cara bersungguh-sungguh disertai dengan mengerjakan amal saleh sampai berhasil kembali ke “tempat asal pertama” (maqam awwal atau abu arwah). ……hikmah itulah yang akan menyampaikannya ke tempat asalnya sebagaimana firman Allah s.w.t “ Kembalilah kepada Tuhanmu dengan ridha dan diridhai” ( al Fajr 89 ayat 28).”

Rasulullah s.a.w pernah bersabda “Orang-orang mukmin itu hidup di dua alam.“ Itu sebabnya dia juga perlu dilahirkan dua kali seperti burung – pertama sebagai telur dan kedua secara menetas iaitu dilahirkan secara zahir dan dilahirkan secara batin sebagai bayi maani . Bagi para salik yang menuju jalan akhir kepadaNya iaitu suluk maka ini bermakna dua maqam yang harus dilaluinya iaitu maqam fana’ fillah dan maqam baqa’ billah . Itulah jalan kematian iradi seperti yang disebut dalam al- Quran:

“Dan orang yang sudah mati , lantas Kami hidupkan kembali. Kami anugerahi cahaya baginya sehingga dia berjalan dengan cahaya tersebut di kalangan manusia” (Al-An’aam : 122).

Manusia yang telah ditetapkan di alam uluwwi (tinggi) pasti akan dapat menembus langit – untuk ke Sidratul Muntaha , Arsy dan Kursy atau ke surga-surga dan semua langit . Bagi mereka yang tidak dapat menembus , tempat mereka adalah di bumi atau di bawah bumi , tempat ahli neraka , para pendosa dan para syaitan , jin dan Iblis. Inilah alam safali (rendah) yang telah dicapai oleh mereka akibat sikap dan amal mereka sendiri yang selari dengan perangai Iblis dan penentang Tuhan yang lain.

Ketika imam para ahli syariat meminta diluruskan barisan , imam para ahli hakikat akan memohon disatukan hatinya dan meminta makmum memfana’kan diri ketika solat. Ada 13 rukun solat yang dikaitkan dengan 13 maqam rohani ( lihat Asrar Insan oleh Nuruddin al-Raniri) , sedangkan solat itu ialah seutama-utamanya ibadat kerana ia adalah yang pertama sekali disoal di Hari Akhirat. Menurut Ibn Arabi (lihat kitab Syarh Syathranju al-Arifin) nama-nama Allah s.w.t yang menjadi tempat bergantungnya semua wujud ada empat iaitu al Hayyu (Yang Maha Hidup) , al Qadir ( Yang Maha kuasa), al Murid ( Yang Maha berkehendak) dan al-A’lim ( Yang Maha Mengetahui). Maka sebarang sains tauhid yang ingin dibangunkan mesti mengambilkira penampilan atau penampakan nama-nama ini dalam semua wujud (Existence).

Sekian, wallahu a’lam bissawab.

Komen-komen»

1. a.rahman - Mei 1, 2010

Penulis cerita dongeng zaman dahulu dan penulis science fiction pada hari ini memang kaya dengan imaginasi yang luar biasa dan tidak masuk akal. Mereka menggambarkan dalam minda kemudian memindahkannya dalam bentuk penulisan.
Khayalan dan ilusi juga dialami dalam minda seseorang ibarat mimpi semasa tidur kemudian diceritakan semula seolah-olah memang pernah terjadi.
Apakah para sufi juga tidak mengalaminya hanya dalam minda sahaja kerana fizikal mereka tidak ada kemampuan untuk masuk ke alam ghaib terutama sekali tentang kebolehan bertemu Tuhan secara personal.Doa boleh menggegarkan arash. Apakah Arash itu tidak kukuh, senang sahaja digegarkan dengan doa manusia atau itu signal tentang penerimaan Tuhan?
Syaitan juga berada di alam ghaib namun tidak ada dilaporkan
tentang pertemuan dengan nya.Apakah tidak ada godaan syaitan semasa para sufi sedang mengembara dialam ghaib? Atau mata mereka telah dikelabui oleh syaitan sehinggakan percaya apa yang mereka nampak itulah hakikat sebenar kewujudan alam ghaib.Apakah tidak ada kemungkinan para sufi
telah dipermainkan oleh syaitan?

2. Rasional - Mei 6, 2010

A. Rahman – adakah anda tidak pernah dipermainkan syaitan ?

3. a.rahman - Mei 8, 2010

Sepanjang masa memang saya rasakan sentiasa dipermainkan oleh syaitan . Suara hati kita memang campuran rasional dan bisikan syaitan.Umpamanya kita disakitkan hati secara semulajadinya kita tentu akan menjadi marah. Marah tidak salah kerana respons tersebut datang dengan sendiri tanpa dijemput. Namun ia menjadi salah apabila kita melayan perasaan tersebut. Kita layan kita mengikut syaitan. Kita bersabar kita mengikut Islam. Kita mengkritik orang lain pun ada campuran rasional dan hasutan syaitan.Apa yang saya tertanya-tanya adalah kerana dikatakan syaitan itu adalah musuh yang nyata apakah para sufi tidak bergelut dengan
hasutan syaitan semasa melakukan amalan-amalan sufi tersebut. Satu perkara lagi yang saya berminat ingin tahu selain daripada amalan tersebut bertujuan mendekatkan diri dengan Allah,bagaimana amalan tersebut boleh menyumbang kepada kemajuan bangsa, agama dan negara.

4. luqman - September 18, 2010

bagaimanakah untuk kita mencapai tahap seperti ahli sufi iaitu kita dapat merasakan kemanisan dalam beribadat yakni kita dapat melihat alam ghaib di mana 0rang biasa tiada kelebihan seperti itu? Adakah dengan mencari guru yg benar2 mursyid atau berdasarkan amalan kita sendiri sehingga Allah S.W.T sendiri yang membuka jalan untuk kita?

5. hakikatinsan - September 27, 2010

Iblis tidak boleh menyentuh hamba Allah yg ikhlas. Jalan sufi ialah jalan org yg ikhlas juga jalan ahli zikir. Allah Taala ada mengundang hamba-hamba yg diridhoi (nafsu mutmainnah) utk mengadapnya didalam Surah AlFajar. Manfaat utama jalan tasawwuf ini ialah meleburkan syahwat nafsu ammarah. Apabila ini berhasil, maka akan terbinalah sebuah masyarakat yg mulia zohir dan batin. Namun taqdir Allah tetap mendahului ikhtiar manusia dimana Allah akan memenuhkan neraka jahannam. Kerna itu jumlah org yg ikhlas itu amat kecil bilangannya pd setiap zaman. Semuanya adalah didalam bidang kuasa Allah Taala. Dia bisa berbuat apa saja kerna Dia Tuhan. Kesalahan insan yg utama ialah apabila dia melihat, dia tidak dapat melihat Allah Taala. Yg dilihatnya hanyalah dirinya, syaitan, dunia, dsbg. Dia tidak dapat melihat hakikat Tuhan disebalik penglihatannya. Ini disebabkan dia belum mengenal syahwat ammarah yg ada pd dirinya yg menjadi hijab dan ujian terbesar buat dirinya. Aqidah paling utama bg sang sufi ialah LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH. Inilah dalil bg semua kejadian dimana pelaku sebenar adalah ALLAH TAALA. Oleh itu tidak perlu sangka buruk pd hamba-hamba yg ikhlas. Segala yg tercatat ini ada nasnya. Sila semak AQ dan Hadith.

6. dewi purnama sakti - Oktober 20, 2010

untuk a rahman..semoga dibukakan pintu hati mu suatu masa untuk menyaksikan sendiri apa itu yang hak dan batil..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: