jump to navigation

Gugatan HAMAS Januari 31, 2006

Posted by ummahonline in Intifadha.
add a comment

Oleh: Maszlee Malik

25 Januari 2006 merupakan tarikh yang dinantikan oleh majoriti rakyat Palestin. Tidak kira samada mereka yang tinggal di dalam Palestin 1948 (Israel), ataupun mereka yang tinggal di Gaza dan Tebing Barat, mahupun mereka yang tinggal di kem-kem pelarian Palestin di negara-negara jiran seperti Lubnan, Jordan dan Syria.Tidak keterlaluan juga jika dikatakan, seluruh dunia juga turut ghairah menantikan tarikh tersebut. Dari Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah (EU), malah rejim Zionis Israel juga berdebar-debar menantikan tarikh tersebut. Itulah tarikh pilihanraya legaslatif Pihak Berkuasan Palestin (PA). (selanjutnya…)