jump to navigation

Khalid Jaafar: Islam Saya, Islam Demokrat! Ogos 9, 2004

Posted by ummahonline in Wawancara.
add a comment

Oleh: Aqil Fithri

Forum terbuka ‘Masa Depan Politik Teologi’ yang dianjurkan oleh IKD baru-baru ini telah mengundang kontroversi yang sangat hebat buat Khalid Jaafar, Pengarah Eksekutif IKD merangkap Ketua Penerangan KeADILan Pusat. Isu yang dibangkitkan ialah penghinaannya terhadap peribadi Rasulullah saw dan tuduhannya bahawa PAS adalah punca kekalahan keADILan dalam Pilihanraya Umum ke-11.

Rentetan daripada kontroversi ini, UmmahOnline Team telah berkesempatan untuk mengadakan wawancara dengan beliau pada 12 Julai 2004 bertempat di IKD bagi memahami keadaan sebenar. Memang benar jangkaan awal kami, di sepanjang wawancara tersebut, beliau telah memperlihatkan nada keyakinannya terhadap pelbagai gagasan yang telah dikemukannya. Isu seperti; negara Islam, politik nasional dan survival gerakan Islamisme telah di tanggapinya secara logikal dan idealis sesuai dengan anutannya. Bagi anda yang berminat dalam hal ini, ikutilah pandangan-pandangan berani beliau ini:- (selanjutnya…)