jump to navigation

Tentang Sastera Februari 29, 2008

Posted by ummahonline in Surat Pembaca.
1 comment so far

Oleh: Eekmal Ahmad

Bagaimanakah kita melihat sesuatu karya sastera? Bagaimana kita menilai sesuatu karya itu sebagai karya sastera, ataupun semuanya yang dikatakan hasil penulisan itu adalah karya sastera–perkataan sastera itu sendiri datang dari cystra yang bermaksud hasil penulisan–maka bolehkah kita merumuskan semuanya hasil penulisan itu adalah karya sastera?

Boleh saja untuk bersetuju atau tidak bersetuju. Akan tetapi kita tahu manusia berkeupayaan memberi makna. Menuangkan makna kepada satu perkataan. Agar maksud dari perkataan itu menjadi besar dan membina erti. Kita ambil saja perkataan ‘sastera’ itu sebagai contoh. Boleh saja makna nya hanya secara literal; apa-apa saja hasil penulisan, ataupun sastera yang sudah ‘diberatkan’ dengan makna yang pelbagai; sastera itu harus ada estetika, bermoral, ada unsur perlawanan ataupun sebaliknya. (selanjutnya…)